29 Mac 2023

Pusat Sains Negara Cawangan Utara, Alor Setar

Hujung tahun lepas, kami akhirnya berkesempatan melawat Pusat Sains Negara (PSN) Cawangan Alor Setar. Sebelum ni, masa jalan-jalan Alor Setar pada tahun 2020, kami tak berpeluang melawat PSN sebab masa tu tengah tutup untuk pengubahsuaian. Tapi Disember tahun lepas dapat jugak bawa anak-anak ke sini.

Pusat Sains Negara Cawangan Utara ni terletak di Gunung Keriang dan merupakan destinasi menarik untuk dilawati oleh semua orang, tak kira la kanak-kanak ke, dewasa ke, semua boleh datang dan belajar sesuatu yang baru di sini. Dekat je dengan area Muzium Padi.


Pusat Sains Negara cawangan Utara di Alor Setar adalah institusi yang menawarkan pelbagai aktiviti dan pameran interaktif untuk mendorong minat dan kefahaman tentang sains dan teknologi. 

Pameran termasuk topik seperti tenaga, fizik, biologi, sains forensik dan banyak lagi. Terdapat juga program dan kerjasama dengan sekolah dan universiti untuk memperkukuhkan lagi ilmu sains dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.

Pameran interaktif Pusat Sains Negara Cawangan Utara merangkumi pelbagai topik sains, termasuk tenaga, fizik, biologi, sains forensik dan lain-lain. Di sini, pengunjung dapat mempelajari dengan cara yang menyeronokkan dan berinteraksi dengan pameran melalui pelbagai aktiviti seperti eksperimen sains, permainan dan bahan-bahan interaktif.







Di bahagian Thinking Station, pengunjung boleh buat 2 kraf dari beberapa aktiviti yang disediakan dan boleh membawa pulang sebagai cenderamata.

Balqis pilih untuk buat mainan kraf, Bilal pula pilih untuk buat button badge dan key chain.




Tempat bermain educational toys untuk kanak-kanak

Di bahagian luar bangunan Pusat Sains Negara Cawangan Alor Setar ni pulau ada taman permainan, di sini bolehlah anak-anak bermain sekejap selepas belajar macam-macam dalam PSN.





Selain itu, ada banyak restoran di sekitar Gunung Keriang yang menyajikan hidangan lazat yang patut dicuba.

Kami sangat berpuas hati dengan kunjungan kami ke Pusat Sains Negara Cawangan Alor Setar dan pasti akan datang lagi jika berkesempatan.

Ada ke yang dah biasa pergi Pusat Sains Negara KL atau Alor Setar? Jangan lupa share pengalaman lawat PSN kat ruangan komen ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10