07 November 2018

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu Terengganu

Masa hari kedua kami jalan-jalan di Terengganu, kami dapat melawat ke Taman Tamdun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Taman Tamadun Islam yang terletak di atas sebuah pulau ni, terdiri dari beberapa bahagian utama, dan yang tarikan yang paling utama dan terkenal adalah Taman Monumen. Taman Tamadun Islam ni terletak lebih kurang 15 ke 20 minit perjalanan dengan kereta dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Masa sampai sana, kami beli tiket untuk pakej River Cruise dan Taman Monumen. Oleh sebab river cruise ada jadual, so kami pergi naik river cruise dulu melayari Sungai Terengganu dulu baru masuk ke Taman Monumen. Mummy memang dah lama sangat teringin nak pergi Taman Monumen Taman Tamadun Islam ni sejak dibuka tapi tak berkesempatan nak jejak ke Kuala Terengganu. So, Mummy memang agak excited.


31 Oktober 2018

Surprise Anniversary Dinner at Akar Lima Kulim

Days before our anniversary, Husband had already informed that he was taking a day leave from work so we could go out, just the two of us. I was looking forward to the day. It had been ages since we had our date without the kids. Hehe.

So on the day itself, we were getting ready to go out when I asked where were we going. He said he needed to go to the bank. (On out anniversary? pppft.) Okay la.. but we went to our favourite breakfast place at Astaka Taman Tun Sardon first. We had capati with kuah daging, all time favourite serabai and roti sandwich daging and tuna. Then we went to the bank to get his thing settled and went to catch a movie. We decided to watch Paskal due to all the positive review. I am glad that we chose Paskal after all these years of no movie. It was a great movie. Got myself emotional a bit.

After movie, husband said we were going to have early dinner. Early cos we had to go back early to fetch the kids from the babysitter. (Yeah.. dating pun kena cepat-cepat lol). So he drove to I didn't know where he didn't want to tell. I was actually thinking we would go to Blackwood Cafe as he entered Kulim. But no, he drove to this place I don't even know where he found out named Akar Lima. And then came the surprise.

The lady owner showed our table. With balloons and flowers and "Happy Anniversary" decorations.

18 Oktober 2018

#snippetsofmylife : Wanita - keluarga dan kerjaya

Cerita semalam, makan-makan dengan 2 wanita yang "berkorban" untuk keluarga.
Yang tinggalkan kerjaya asal untuk anak-anak dan keluarga. Dengar cerita diorang, tertanya pada diri sendiri, kuatkah aku kalau nak tinggalkan dunia engineering/research sepenuhnya demi keluarga dan anak-anak?
Sebelum ni selalu je tanya diri sendiri; tak takut ke kalau org sekeliling kata, belajar je tinggi-tinggi tapi end up tak guna semua tu?

03 Oktober 2018

Open House Event Space, Bukit Mertajam, Penang

Open House Event Space is a newly opened event space located in Bukit Mertajam, Seberang Perai, Penang. The Open House is a kid-friendly open space which cater a smaller crowd with smaller budget place for meet-up, party, event or easy-going talk and workshop.

24 September 2018

Jalan-jalan Terengganu Part 3

So, hari terakhir dalam program Jalan-Jalan Terengganu empat beranak diteruskan di hari terakhir. Sekejap sangat rasa berjalan memandangkan hari 2 cuma dapat melawat 2 tempat je. Sobsss.

Seperti semalamnya, hari ketiga juga dimulakan dengan sarapan di hotel saja. Sarapan di hotel Primula Beach Resort boleh tahan sedap dengan variasi nya. Yang paling tip top - of cos Nasi Dagang. Sebab memang puas hati dengan Nasi Dagang nya, tak terasa nak cari di luar sana. Nasib baik second day still ada menu yang sama. Selain tu, ada toast, salad bar, mee goreng, nasi lemak, cereals, omelette panas-panas (mine is cheese omelette of cos!), bubur dan macam-macam lagi.

Sebahagian dari sarapan Mummy yang sedap enak dan tak sabar Mummy nak makan yumm yumm!

Tapi...

18 September 2018

Jalan-jalan Terengganu Part 2


Pagi hari kedua tu, bangun awal dgn hajat nak tengok sunrise kononnya. Tapi sebab anak-anak tidur, maka terfikir lah Mummy, macam mana nak pegi tengok sunrise nya. Kesian tengok budak-budak ni tidur tak sampai hati nak bangunkan. So, batalkan je la niat di hati tu.

So anyway, lepas breakfast kami keluar menuju ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Sampai sana nak beli tiket, baru decide nak ambil pakej River Cruise dan Taman Tamadun Islam. Agak rugi masa kat situ sebab tunggu next trip untuk River Cruise dekat setengah jam juga.


11 September 2018

Jalan jalan Terengganu Part 1

Setelah lama tak berjalan-jalan, akhirnya Mummy dan Daddy buat keputusan untuk bawa Balqis dan Bilal ke Kuala Terengganu alang-alang dah ambil cuti yang panjang untuk hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kiranya, percutian ni officially percutian pertama Bilal dan first trip for us as a family of 4. Kami pilih untuk ke Terengganu memandangkan kami dah berada di Kuala Lumpur, so perjalanan dah dekat berbanding kalau nak ke Terengganu ulang-alik dari Penang.

Kami hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang hari Khamis. Waktu lapur diri tengahari, lepas tu mak terus masuk dengan group dan kami terus gerak ke Terengganu. Kami singgah di Kemaman dulu malam tu sebab plan nak jumpa dengan kawan se-universiti yang ada kat Kemaman. Alang-alang dah jalan ke sana kan. So, malam tu kami dinner dengan salah seorang sahabat di Restoran Terapung Bakau Tinggi, Kemaman. 

Esoknya, kami ber-reunion kecil-kecilan sambil breakfast dengan 2 sahabat dari USM - Azrul dan Fakira. Diorang yang cadang makan kat kedai makan ni, katanya antara kedai sarapan yang terkenal. Sampai-sampai kat Kedai Abezi Nasi Kerabu Kambing Bakar ni, memang ramai orang dah. Antara menu yang ada kat kedai ni, of cos la Nasi Kerabu Kambing Bakar, ada roti canai dan murtabak, nasi berlauk, nasi lemak dan macam-macam lagi.


Kambing bakar yang sedap dan lembut. Memang teringat-ingat je.
09 10