22 September 2021

Barang Keperluan Penyusuan Susu Ibu di Awal Kelahiran

Apa barang keperluan penyusuan yang pertama you all beli masa mengandung?


Masa mengandungkan anak pertama, bila kata nak menyusukan dengan penyusuan susu ibu sampai dua tahun kononnya, salah satu benda terawal beli masa mengandung tu breast pump. Sebab duk fikir, kalau nak menyusu 2 tahun, hantar dia kat pengasuh, mesti lah kena ada pam. Penting lah pam tu.

But, I was wrong!

Benda paling basic, benda paling penting dibuat masa mengandung kalau nak menyusukan anak - cari ilmu. Bukan barang, tapi memerlukan wang untuk join kelas yang detail. Ni lah yg saya duk ulang cakap banyak kali.

Lepas cari ilmu, boleh fikir dah apa barang keperluan / breastfeeding essentials yang perlu masa awal-awal lepas kelahiran. Dan barang tu bukanlah pam!


08 September 2021

Mainan Terbaru My Little Pony Sempena Tayangan A New Generation

Walaupun Balqis ni nampak kasar suka lawan-lawan, tapi dia suka sangat My Little Pony jugak. Ingat tak last year kek birthday dia yang tukar macam-macam, dan akhirnya dia nak kek My Little Pony. Happy sangat dia.


So, bila dapat PR kit dari My Little Pony, Mummy buka dulu nak check (masa tu Balqis tak tengok lagi), dah tau dah mesti dia akan over the moon sangat kalau dia tengok.


And yes, bila masa unboxing PR kit tu dengan dia, sampai apa Mummy cakap pun dia tak dengar dah. Termenung ralit tengok barang-barang dalam kotak tu. Mata bersinar-sinar sangat! Tengok mainan-mainan tu, Mummy rasa Mummy pun nak main sekali. Dah la comel je mainan-mainan My Little Pony tu.😍


16 April 2021

Sajian Tradisi Melayu dan Maghribi di The Light Hotel Penang

Seperti kebiasaanya, bila masuk bulan Ramadan, kita dpaat lihat sana sini akan ada promosi bufet Ramadan. Setiapnya cuba yang terbaik untuk menyajikan menu santapan yang berbeza yang dapat menarik umat Islam yang berpuasa untuk berbuka puasa, atau juga mereka yang datang untuk makan malam bersama keluarga dan rakan taulan.


Apa yang menarik pada Bufet Ramdan yang disediakan oleh The Light Hotel Penang kali ini adalah barisan menu yang dihidangkan yang jarang dijumpai di tempat lain iaitu masakan Maghribi, selain juadah tradisi melayu, Cina dan India dengan tema Ramadan tahun ini, Santapan Warisan Melayu dan Tabaq al Maghribi.


Lobi hotel juga dihias indah dengan decorasi bertema kan gaya Maghribi.



31 Mac 2021

Berkhemah di Discovery Agarwood Research, Balik Pulau, Pulau Pinang

Balqis dah banyak kali ajak Mummy Daddy pergi berkhemah. Kami pun tak pasti dia faham tak berkhemah tu apa sebenarnya, macam mana tidur dalam khemah, nak survive berkhemah tu. Walaupun Mummy Daddy memang biasa camping zaman muda remaja dulu, tapi fikir panjang juga lah kalau nak bawa anak kecil berkhemah.


Yang terpaling "berkhemah" sebelum ni pun bawa khemah pasang tepi pantai sementara BBQ dengan kawan-kawan Daddy kat Pantai Bersih. Tapi tak overnight lah. Tu pun ntah berapa tahun punya cerita.

Banyak kali juga ajak Daddy nak bawa budak-budak konon glamping. Tapi lepas pregnant terfikir, nanti dah ada baby mesti dah putus harapan glamping glamping ni. Ye lah... ada baby kan..

Tapi kami silap percaturan. Bakri yang baru 3 bulan lebih first time camping, tidur nyenyak Alhamdulillah. Tak nangis-nangis pun. Padahal memang takde katil tilam ala glamping la. Tidur atas sleeping bag je. Kat rumah pun kadang jenuh nak bagi tidur. Hahaha! Cuma sebab air sejuk, so mandi ala kadar je la Bakri. Hehe.


13 Januari 2021

Tongue tie dan cabaran dalam breastfeeding

Ingat tak saya selalu sebut, kalau nak berjaya dalam pernyusuan susu ibu, kena gali ilmu secukupnya sebelum bersalin. Sebab breastfeeding does not come naturally to all moms.


Lepas bersalin Bakri, saya teruja sangat nak mulakan penyusuan. Skin-to-skin after birth salah satu key utama nak kick-in hormon dan start breastfeeding.


Hari kedua ke ketiga. Saya mula sedar - Bakri tak dapat nak melekap (latch) elok-elok bila menyusu.  Sesi penyusuan yang tak sepatutnya menyakitkan terasa sakit. Ada beberapa simptom lain yang memang menunjukkan perlekapan tak sempurna (poor latching). Cuba banyak kali dah tips-tips nak bagi latching elok tapi still tak boleh nak latch elok. Tiba-tiba terfikir sesuatu.


Saya saspek Bakri ada tongue tie. So bila dia menangis, saja biar dia menangis kuat-kuat sebab nak tengok bawah lidah dia. Memang nampak pelik sikit, lidah dia sedikit berbentuk ‘love’, tak terangkat sepenuhnya.


09 10