21 Jun 2022

Pameran Stories + Art = Picture Books di GMBB Kuala Lumpur oleh Museum of Picture Book Art

Setelah lama nak melawat Museum of Picture Book Art yang terletak di GMBB Kuala Lumpur, akhirnya minggu lepas dapat slot in masa sekejap untuk singgah. Itu pun kebetulan dapat tahu ada pameran picture books yang dianjurkan oleh Museum of Picture Book Art yang diberi nama Stories + Art = Picture Books.

Salah satu sebab nak melawat pameran Stories + Art = Picture Books sebab nampak Kak Emila Yusof post yang dia akan ada pameran solo. Kak Emila salah seorang dari pelukis kegemaran Balqis. (dan Mummy hahaha!)

06 Mac 2022

Kidzania Kuala Lumpur memang best!

Hari tu, finally dapat bawak budak berdua ni ke KidZania Kuala Lumpur.

Dulu nak bawak Balqis, dia sorang sorang takut dia takut-takut nak 'bekerja' dan tak syok. Bila Bilal dah start pandai main, asyik la PKPPKPPPKPBPPP kan.

Akhirnya ada rezeki nak bawak Balqis dan Bilal pergi Kidzania hari tu.

Memang enjoy sangat tak terkata.

Bilal sibuk nak jadi fire fighter dgn window cleaning service berulang kali. Pilot tak heran pun. Tapi balik tu tanya kenapa takde 'pengkerja' nak bawak backhoe, excavator.

Ye la nak.. Tunggu mak beli saham Kidzania dulu ye.

01 Februari 2022

Naik ETS dari Bukit Mertajam ke Taiping dengan Nenek

Hari Sabtu lepas masa bincang-bincang pukul berapa nak gerak balik KL hari Ahad, tiba-tiba terkeluar idea minta Nenek bawak Balqis Bilal naik keretapi halfway.

Nenek being Nenek - yang memang rajin layan anak-anak buah, cucu cucu saudara berjalan sejak dulu lagi, onz aja lah dengan idea tu. Cucu sendiri je mmg Nenek kurang bawak berjalan sbb bila balik KL mmg ada Mummy Daddy skali so jalan-jalan sekali je la. 

Malam tu terus belikan tiket ETS online. Tak bagitau budak-budak pun. Bagi surprise tiba-tiba konon hantar Nenek nak naik train je.

Tapi Bilal buat drama pulak taknak ikut sbb Mummy tak ikut. Nasib baik lepas tu okay nak ikut juga.

28 Disember 2021

Tingkatkan fungsi penghadaman dan kesihatan anak dengan Himalaya Bonnisan

Sejak bergelar seorang ibu, memang menjadi salah satu tanggungjawab semula jadi yang timbul dalam diri untuk memastikan anak-anak sentiasa sihat. Kalau anak jatuh sakit, memang tak senang duduk lah kan. Macam-macam yang kita akan cuba lakukan untuk pastikan seisi keluarga sentiasa dalam kedaaan yang sihat.


Salah satu langkah untuk memastikan anak-anak sihat adalah dengan meningkatkan fungsi penghadaman mereka secara keseluruhan. Macam orang dewasa juga, makanan dan perut tu boleh menjadi punca kepada sakit-sakit yang lain juga. 


Himalaya Bonnisan merupakan satu produk yang diformulasi khas  untuk anak kecil untuk membantu dalam meningkatkan kesihatan keseluruhan bayi dan kanak-kanak dengan dengan membantu memulihkan fungsi fisiologi normal saluran penghadaman. Ini sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan pada bayi dan kanak-kanak.



28 Oktober 2021

Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi

Rasa macam banyak benda nak post tapi tak tahu kenapa tak jumpa mood tak jumpa masa nak post post.

Cerita bulan September lepas, bawak Bilal dan Balqis ke Klinik Perggian KKM untuk annual check up, sempena kempen "Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi."

Bilal ada check up kat klinik kesihatan untuk umur 4 tahun. Ya, kami memang skema sampai anak 6 tahun bawak ke klinik kesihatan untuk check up ikut buku pekembangan kanak-kanak yang KKM sediakan bila anak lahir tu, atau lagi terkenal dengan nama buku pink/biru. Penting ya buku tu, banyak tentang perkembangan kanak-kanak, makanan anak dari bayi sampai usia 6 tahun yang boleh buat rujukan. Sila lah rajin rajin belek dan baca.

So anyway, alang-alang pergi check up doktor, teringat nak pergi klinik gigi terus tanya kot boleh walk in check. Klinik kata untuk check boleh, untuk rawatan kena buat appointment. Maka kita terus lah daftar sekali.

09 10