26 Jun 2019

Produk K-beauty terbaru dari Althea A'Bloom

Got myself my very first Althea Korea products and it's the A'Bloom collection yeayyy! Excited sangat bila parcel ni sampai sebab dah baca ramai yang review barang Althea ni memang elok so nak juga lah merasa kan. And sebab sejak-sejak ada anak memang jarang sangat give attention to diri sendiri, ni anak kedua pun dah besar sikit, nak lah memanjakan diri sendiri balik kan. Asyik manjakan anak je hehe. 


Parcel ni sampai few days before raya hari tu. Tapi baru hari ni sempat nak update kat blog sebab (konon-konon) busy dengan raya hari tu. First sekali masa unboxing (which lupa ambik video sad!), surprise dengan packaging kotak dia. It's a Hari Raya themed box, okay. Rasa teruja sangat sebab Althea Korea took the initiative to make it personal as masa tu dah raya season. Love sangat, kan? Memang confirm akan simpan lah kotak tu. Dah lah memang sejenis hoarder hahaha.


A'Bloom adalah jenama terbaru dari Althea Korea yang menjanjikan untuk membawa kegembiraan kepada rutin kecantikan anda. Dengan konsep yang cute, unik dan berwarna-warni, A'Bloom ingin menjadikan rutin kecantikan sesuatu yang menyeronokkan. A'bloom direka untuk menyampaikan produk kecantikan K-beauty dengan segar, cepat dan funky!


So dalam kotak tu ada beberapa barang iaitu set A'Bloom Mask Sheet set, A'Bloom BHA Blackhead Blaster dan A'Bloom Giant & Baby Meringe Puffs. Jom tengok barang-barang tu, jom!


Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff

20 Jun 2019

Taiwan Expo 2019 bakal berlangsung di SPICE Arena, Pulau Pinang

Taiwan Expo 2019 akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dari 10am ke 6pm. Kemasukan adalah percuma. Pameran ini mempunyai 6 kategori utama yang disesuaikan untuk pelan pembangunan Pulau Pinang dan mengukuhkan hubungan di antara Malaysia dan Taiwan, termasuk Bandar Pintar & Industri 4.0, Teknologi Hijau, Perubatan, Produk Halal, Gaya Hidup dan Pelancongan. 


Taiwan Expo 2019 akan disertai lebih daripada 100 pengilang di 110 gerai pameran. Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan perkembangan bandar pintar, Taiwan Smart City Pavilion akan menampilkan pelbagai solusi lengkap integrasi peralatan dan perisian; Excellent Taiwan’s Export Processing Zones akan membawa teknologi air terkini untuk rumah dan industri, termasuk pengisi automatik, mesin pengedap, panduan gergaji rantai dan lain-lain pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk industri makanan.


Taiwan Expo 2019 Malaysia Setia SPICE Penang

09 10