10 Julai 2020

Aktiviti hujung minggu - DIY Kraf Handbag Kain Felt

Setelah lama tak buat aktiviti dengan Balqis, hujung minggu lepas akhirnya berjaya meluangkan masa sedikit dengan Balqis untuk buat aktiviti DIY.


Kit DIY ni sebenarnya dah lama dah ada kat rumah, sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang awal-awal lagi. Tapi sebab banyak buat aktivit lain, lepas tu ada fasa-fasa Mummy malas-malas nak buat aktiviti, hehe, jadi asyik tertangguhlah.


Hujung minggu hari tu, Mummy tanya Balqis nak buat aktiviti tak? Seronok dia nak buat aktiviti DIY Non-Woven Handbag dari kain felt ni. Lepas tu alang-alang tu, kita buat video sekali. Dah lama juga tak buat video Balqis ber-DIY.


09 10