28 Oktober 2021

Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi

Rasa macam banyak benda nak post tapi tak tahu kenapa tak jumpa mood tak jumpa masa nak post post.

Cerita bulan September lepas, bawak Bilal dan Balqis ke Klinik Perggian KKM untuk annual check up, sempena kempen "Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi."

Bilal ada check up kat klinik kesihatan untuk umur 4 tahun. Ya, kami memang skema sampai anak 6 tahun bawak ke klinik kesihatan untuk check up ikut buku pekembangan kanak-kanak yang KKM sediakan bila anak lahir tu, atau lagi terkenal dengan nama buku pink/biru. Penting ya buku tu, banyak tentang perkembangan kanak-kanak, makanan anak dari bayi sampai usia 6 tahun yang boleh buat rujukan. Sila lah rajin rajin belek dan baca.

So anyway, alang-alang pergi check up doktor, teringat nak pergi klinik gigi terus tanya kot boleh walk in check. Klinik kata untuk check boleh, untuk rawatan kena buat appointment. Maka kita terus lah daftar sekali.

09 10