Kalau nak spend masa bersama keluarga atau gathering dengan rakan-rakan untuk lunch, tapi takut anak-anak rasa bosan menunggu ibu ayah bersembang, apa kata cuba book lunch buffet, Funday Buffet di Spoon, G Hotel Kelawai.
Funday Buffet ni hanya diadakan pada setiap hari Ahad, dari jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang. Harganya? Hanya RM 98 untuk dewasa, tapi yang paling best, ada diskaun besar untuk kanak-kanak dan warga emas. Kanak-kanak boleh makan dengan 50% diskaun, manakala warga emas mendapat 20% diskaun.
Apa yang seronok sangat di sini?
Anak-anak boleh enjoy hiburan superhero. Masa kami makan hari tu, kami ditemani oleh Spiderman! Staff yang melayani kami pun berpakaian dengan tema superhero. Memang excited lah budak-budak ni.
Makanan yang ada terhidang untuk buffet Funday tersebut pun memang membuka selera. Ada hidangan tempatan, makanan barat, dan dessert yang memikat selera. Kalau minat kopi, jangan risau, ada kopi yang sedap untuk dinikmati.
Tak cukup dengan tu, ada candy buffet yang penuh dengan cotton candy, marshmallow, donat berwarna-warni, dan pelbagai jenis gula-gula!
Tak habis lagi tau! Masa Funday buffet tu, ada aktiviti dan permainan untuk semua. Anak-anak boleh mewarna dengan buku mewarna dan pensil warna yang disediakan. Ada juga permainan jenga. Selain tu, ada games yang disediakan untuks sesiapa yang nak join. Ada hadiah juga tau untuk pemenang games. Pasti ramai yang akan enjoy!
Nak tau lagi satu benda yang best?
Kalau nak datang Funday buffet ni dari 1 hingga 30 September 2023, gunalah kod promosi "JuliaXGFunday30" untuk diskaun 30% untuk dewasa.
Tapi perlu diingat, tawaran ni tamat pada 30 September 2023, so make sure book sebelum tu! Redemption period pula dari 1 September hingga 31 Oktober 2023.
Jadi, jom lah lunch bersama-sama keluarga atau rakan-rakan dengan buffet makan tengahari Funday yang best ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh pergi ke G Hotel Kelawai.
Wah, nampaknya Funday Buffet di Spoon, G Hotel Kelawai adalah pilihan terbaik untuk makan tengahari Ahad dengan keluarga atau kawan-kawan ni. Harga berpatutan, hiburan superhero, makanan sedap, dan ada diskaun istimewa pulak tu. Apa lagi? Nak plan lah. Hehehehe.
BalasPadamwah macam2 ada dan semuanya nampak sedap.. ada aktiviti menjadikan ia tambah menarik
BalasPadamWah look at their buffet spread, so meriah and all look delicious. Enjoy
BalasPadamKak klu PEGI buffet kat hotel Ni mmg suka sgt SBB mcm2 menu ada, larat dgn tak larat nk min jer .
BalasPadamWow!!! What a good place for family to dine at. I'm sure kids will love this place. Thank you for sharing.
BalasPadamOhh wowo.... absolutely a nice buffet time for good food & family bonding with the kids kan. Love the food varieties served , dining ambiance :) cheers SiennyLovesDrawing
BalasPadambest kan makan buffet kat hotel. tips dia adalah jgn ambik nasi and fokus pada lauk yg mahal seperti seafood or kambing. hehe! artikel berkaitan - 13 Hotel Murah di Hatyai Bawah RM200
BalasPadam