Entopia by Penang Butterfly Farm ni antara tempat favourite kami sekeluarga. Dah berapa kali pergi pun tak ingat, tapi setiap kali datang tetap rasa excited. Dari masuk sampai keluar, memang penuh dengan pengalaman yang buat anak-anak seronok, dan Mummy Daddy pun enjoy sama.
Entopia ni terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, dan merupakan antara taman rama-rama terbesar di Malaysia. Dalam satu masa, ada lebih kurang 15,000 ekor rama-rama yang bebas terbang, dengan lebih daripada 200 spesies tumbuhan yang membentuk satu ekosistem semula jadi yang sangat cantik. Ada air terjun, kolam, gua kecil, dan pelbagai sudut taman yang memang hidup dengan suasana nature.
Bila masuk ke sini, memang rasa macam masuk ke “kelas sains terbesar” untuk anak-anak. Rama-rama, serangga, reptilia dan haiwan kecil semua ada, dan semuanya dalam habitat yang hampir dengan keadaan sebenar. Anak-anak boleh belajar secara santai, sambil explore sendiri.
Kami beli tiket dengan diskaun 20% melalui Klook (memang biasa cari deal kat sini kalau nak pergi tempat-tempat macam ni): https://bit.ly/EntopiaPenangTicket (aff)
Secara keseluruhan, Entopia ni terbahagi kepada dua bahagian utama — Natureland dan The Cocoon.Natureland adalah bahagian outdoor, yang memang jadi highlight utama. Ini adalah taman hidup di mana rama-rama bebas terbang di sekeliling kita. Bayangkan jalan-jalan dalam taman, tiba-tiba rama-rama hinggap dekat bahu atau tangan anak-anak. Memang pengalaman yang tak boleh dapat kat tempat lain.
Selain rama-rama, ada juga pelbagai serangga dan reptilia dalam habitat semula jadi mereka. Landskap taman pula sangat cantik, dengan elemen seperti air terjun, kolam dan laluan yang tersusun kemas. Jangan lupa naik ke bahagian mezzanine terrace dari David’s Garden — view dekat situ memang cantik, boleh nampak keseluruhan kawasan termasuk pokok besar ikonik mereka, Home Tree.
The Cocoon pula adalah bahagian indoor, sesuai kalau nak rehat dari panas. Di sini ada dua tingkat pameran interaktif yang fokus kepada dunia serangga dan invertebrata.
Konsep dia lebih kepada “hands-on learning”, jadi anak-anak bukan sekadar tengok, tapi boleh explore dan faham melalui aktiviti interaktif. Antara tarikan menarik termasuklah Pandora Forest, Metamorphosis, Lumino City, dan beberapa zon lain yang menggunakan teknologi untuk buat pengalaman lebih menarik.
Selain berjalan dan melihat pameran, Entopia juga ada aktiviti harian seperti sesi penerangan, pembelajaran alam semula jadi dan aktiviti hands-on. Ada yang percuma, ada juga yang berbayar.
Tips penting: ambil pamphlet jadual aktiviti masa masuk, supaya tak terlepas sesi menarik.
Kami pernah ada pengalaman paling best di sini — dapat lepaskan rama-rama yang baru keluar dari kepompong. Memang satu moment yang anak-anak ingat sampai sekarang.
Antara sebab utama kami suka sangat datang Entopia ialah kemudahan dia memang lengkap dan selesa, especially bila datang dengan anak-anak:
- Surau yang luas dan selesa
- Nursing room dan ruang tukar lampin bayi
- Kafe (Tapestree Café)
- Kedai cenderamata
- Mesra stroller dan wheelchair
- Banyak tempat duduk untuk rehat
Jadi kalau penat kejar anak-anak, boleh duduk rehat sekejap tanpa perlu rushing. Nak solat pun tak perlu keluar kawasan.
Dan ya, ini bukan sponsored post. Memang betul-betul suka tempat ni.
Entopia memang antara tempat yang kami akan repeat lagi dan lagi. Bukan kali pertama, dan rasanya memang bukan kali terakhir.
Gabungan antara suasana nature, pengalaman pembelajaran untuk anak-anak, dan kemudahan yang lengkap buatkan tempat ni sangat sesuai untuk family outing.
Kalau anda plan nak bawa anak-anak jalan-jalan di Pulau Pinang, Entopia memang wajib masuk dalam list.
Jangan lupa, dapatkan tiket masuk dengan diskaun 20% melalui Klook: https://bit.ly/EntopiaPenangTicket
Check out our video too!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan