Jom sambut Tahun Baru Cina dengan santapan lazat di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang dari 9 hingga 12 Februari 2024!
Pada Malam Tahun Baru Cina nanti, 9 Februari 2024, anda boleh menikmati Reunion Dinner dan diikuti dengan dinner buffet sepanjang 10 hingga 12 Februari. Wah, memang seronok habis!
Chinese New Year Dinner Buffet di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang ni akan menghidangkan pelbagai hidangan kulinari yang memikat selera di sini. Ada hidangan makanan laut yang segar, gabungan hidangan antarabangsa yang menarik, dan juga khazanah masakan tempatan. Jangan lupa juga untuk cuba Yee Sang DIY bar! Menarik, kan?