Sep 24, 2018

Jalan-jalan Terengganu Part 3

So, hari terakhir dalam program Jalan-Jalan Terengganu empat beranak diteruskan di hari terakhir. Sekejap sangat rasa berjalan memandangkan hari 2 cuma dapat melawat 2 tempat je. Sobsss.

Seperti semalamnya, hari ketiga juga dimulakan dengan sarapan di hotel saja. Sarapan di hotel Primula Beach Resort boleh tahan sedap dengan variasi nya. Yang paling tip top - of cos Nasi Dagang. Sebab memang puas hati dengan Nasi Dagang nya, tak terasa nak cari di luar sana. Nasib baik second day still ada menu yang sama. Selain tu, ada toast, salad bar, mee goreng, nasi lemak, cereals, omelette panas-panas (mine is cheese omelette of cos!), bubur dan macam-macam lagi.

Sebahagian dari sarapan Mummy yang sedap enak dan tak sabar Mummy nak makan yumm yumm!

Tapi...

Sep 18, 2018

Jalan-jalan Terengganu Part 2


Pagi hari kedua tu, bangun awal dgn hajat nak tengok sunrise kononnya. Tapi sebab anak-anak tidur, maka terfikir lah Mummy, macam mana nak pegi tengok sunrise nya. Kesian tengok budak-budak ni tidur tak sampai hati nak bangunkan. So, batalkan je la niat di hati tu.

So anyway, lepas breakfast kami keluar menuju ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Sampai sana nak beli tiket, baru decide nak ambil pakej River Cruise dan Taman Tamadun Islam. Agak rugi masa kat situ sebab tunggu next trip untuk River Cruise dekat setengah jam juga.


Sep 11, 2018

Jalan jalan Terengganu Part 1

Setelah lama tak berjalan-jalan, akhirnya Mummy dan Daddy buat keputusan untuk bawa Balqis dan Bilal ke Kuala Terengganu alang-alang dah ambil cuti yang panjang untuk hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kiranya, percutian ni officially percutian pertama Bilal dan first trip for us as a family of 4. Kami pilih untuk ke Terengganu memandangkan kami dah berada di Kuala Lumpur, so perjalanan dah dekat berbanding kalau nak ke Terengganu ulang-alik dari Penang.

Kami hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang hari Khamis. Waktu lapur diri tengahari, lepas tu mak terus masuk dengan group dan kami terus gerak ke Terengganu. Kami singgah di Kemaman dulu malam tu sebab plan nak jumpa dengan kawan se-universiti yang ada kat Kemaman. Alang-alang dah jalan ke sana kan. So, malam tu kami dinner dengan salah seorang sahabat di Restoran Terapung Bakau Tinggi, Kemaman. 

Esoknya, kami ber-reunion kecil-kecilan sambil breakfast dengan 2 sahabat dari USM - Azrul dan Fakira. Diorang yang cadang makan kat kedai makan ni, katanya antara kedai sarapan yang terkenal. Sampai-sampai kat Kedai Abezi Nasi Kerabu Kambing Bakar ni, memang ramai orang dah. Antara menu yang ada kat kedai ni, of cos la Nasi Kerabu Kambing Bakar, ada roti canai dan murtabak, nasi berlauk, nasi lemak dan macam-macam lagi.


Kambing bakar yang sedap dan lembut. Memang teringat-ingat je.
09 10