Sep 18, 2018

Jalan-jalan Terengganu Part 2


Pagi hari kedua tu, bangun awal dgn hajat nak tengok sunrise kononnya. Tapi sebab anak-anak tidur, maka terfikir lah Mummy, macam mana nak pegi tengok sunrise nya. Kesian tengok budak-budak ni tidur tak sampai hati nak bangunkan. So, batalkan je la niat di hati tu.

So anyway, lepas breakfast kami keluar menuju ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Sampai sana nak beli tiket, baru decide nak ambil pakej River Cruise dan Taman Tamadun Islam. Agak rugi masa kat situ sebab tunggu next trip untuk River Cruise dekat setengah jam juga.




River Cruise ni ambil masa dalam 45 minit juga kot, kalau tak silap, melayari Sungai Terengganu. Seronok juga dengar cerita guide tentang kawasan-kawasan sekitar Kuala Terengganu ni. Sambil bagi Balqis happy sikit dapat naik bot.

 

Masjid Kristal yang sangat terkenal dengan keindahan seni binanya. Masjid ini dibina di atas air Sungai Terengganu dengan binaan menggunakan besi dan kaca. 


Taman Monumen Taman Tamadun Islam. 

Ni tempat yang sangat nak pergi masuk wishlist sejak mula-mula dibuka dulu. Alhamdulillah dapat juga sampai akhirnya. Taman ni menempatkan 22 buah monumen masjid dan bangungan dengan senibina Islam yang terkenal dari seluruh dunia antaranya termasuklah monumen Masjidil Haram, Kubah Batu, Taj Mahal dan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Replika Dome of the Rock,Jerusalem, Palestine

Replika Great Mosque of Xi'an

Tips:
Kat Taman Monumen ni boleh sewa basikal atau trem. Dari muatan 2 orang hingga hingga muatan 15 orang. Kalau agak-aggak malas nak jalan tak larat dengan matahari terik (dan macam kami bawak budak-budak pulak), boleh lah spend duit sikit sewa.

Lepas melawat Taman Monumen, kami makan tengahari dulu di gerai makan yang ada di kawasan Taman Tamadun Islam ni. Sayang nya tak dapat singgah solat di Masjid Kristal sebab masjid sedang ditutup untuk penambahbaikan.

Lepas tu, kami ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu yang terletak di Kampung Laut, Chendering. Mummy dan Daddy memang cuba cari tempat yang kids-friendly kalau jalan-jalan supaya Balqis (dan Bilal juga lepas ni) ada kenangan mereka yang tersendiri. Kalau asyik singgah tempat shopping je, tak ada lah jadi "jauh perjalanan, luas pemandangan" kan? Hehe.

Bila tahu ada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ni, memang lah Mummy nak pergi. Dah la kids-friendly, very educational and informative pulak tu. Harga tiket pun tak lah rasa mahal. I think worth the experience and ilmu yang dapat jugak kot.


This is how hard to take just a nice photo with the kids....


Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ni ada banyak segmen. Kalau rajin, I will share more on it on other post. Huhu.

But first, check this video out!

( Link: https://www.youtube.com/watch?v=w0MCoVnkXhs&t)

So, basically that's all about day 2.
Ye. 2 tempat je. Sedih kan? 

Kalau ikut plan itinerary, banyak betul tempat Mummy nak singgah. Tapi dah dapat rasa tak kan tercapai nya semua tu. Sbb kena terima hakikat sejak ada Balqis and now ada Bilal pulak, masa jalan-jalan ke setiap tempat hampir berganda. Dengan nak tukar pampers, dengan anak penat nak rehat/tidur, dengan makan bergilir sebab suap anak dulu etc. 

Plus, sebab nak balik awal sebab ada budak sibuk nak main pool. -___-"

Malam tu semua kepenatan. Makan kat hotel je, packing barang sikit-sikit sebab nak balik dah esok and semua tidur awal.



20 comments:

  1. tahun ni plan nak pergi jalan2 kat terengganu teringin nak makan food kat sana..beach kat sana..nti boleh lah singgah kat tempat2 ni

    ReplyDelete
  2. Cuti sekolah bulan 3 ni sepupu abang dekat tganu nak kawen..so boleh laa pi jalan2 kat sana..haritu tak sempat masuk taman tamdun islam ni..inshaAllah boleh try pi nanti

    ReplyDelete
  3. Pusat Sains dan Kreativiti tu berapa harga tiket ya? Nampak menarik sangat . Bagus kalau boleh bawa anak-anak ke sana.

    ReplyDelete
  4. wow nice sharing here I no go there before, seldom to other state now. But CNY soon so need back hometown for sure. I like the pics you shared here, all lovely, what model hp or camera you used to take it?

    ReplyDelete
  5. Wah! Lamanya tak pergi Ganu!! Last pergi masa tu tahun 2010 kot. Dah 9thn tak pergi sana. Cx pon pergi masjid kristal dulu. Seronok jenjalan dlm tu. Pusat sains tu tak pernah lagi pergi. Kena naik ganu lagi sekali ni

    ReplyDelete
  6. Looks fun. Hope you had a great holiday with your family.

    ReplyDelete
  7. Wow.. Bestnya.. Kita belum sampai terengganu.
    Agaknya bila la kaki ni nak sampai saNa.
    Nk juga tengok keindahan negeri orang.
    Macam kita pun tak suka bawak anak ke tempat shopping je. Suka bawak ke tempat2 macam ni.

    ReplyDelete
  8. Dalam banyak banyak tempat ni, pusat sains tu je tak pernah pergi lagi. kalau bawak budak budak memang lama lah duduk dalam tu

    ReplyDelete
  9. Faham faham, time baru2 kahwin or bujang bolehlah gigih nk tgok sunrise, nak lawat ke semua tempat yg disenaraikan. Tp bila dah ada anak2, masa banyak habis nk buat mcm2 benda. Tapi sebenarnya lg seonok bila travel dgn anak2. Dpt spend quality time dgn mereka

    ReplyDelete
  10. Dah banyak kali pergi Terenganu tapi tak sempat singgah Masjid Krista nih, memang ada plan nak pergi situ nak explore binaan masjid yang ada.. Insyallah satu hari nanti dapat ler pergi

    ReplyDelete
  11. Banyak tempat lawatan yg boleh di lawat kt terengganu ni...teringin juga nk bercuti kesana...

    ReplyDelete
  12. Ya Allah, lamanya onie tak ke Tamadun Islam ni. Dan tak tahu pula ada replika masjid kat sana kan. InshaAllah soon i'll be there. Rindu Terengganu. T_T

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya jalan Ganu. Syira tak sampai lagi sana. Cantik betul masjid kristal. Satu hari nak juga sampai ke sana. Inshaallah

    ReplyDelete
  14. Bestnya jalan2 terengganu. Banyak rupanya tempat menarik di sini. Bolehlah bawa famili datang bercuti Nanti

    ReplyDelete
  15. Memang selalu cam tu lah kalau travel gan anak-anak. Dah buat itenery cantik tapi diorg lebih didahulukan..so kdg2 dalam 10 tempat nak gi..5 je dapat jejak..hehehe.

    ReplyDelete
  16. Ada anak ni kena sabar lebih kalau nak bawa berjalan. Bukan takat bajet lebih, kena kuat semangat baru boleh g travel..ahahahha sabar je la..itu yg daddy budak2 ni suka tdo kat rumah je

    ReplyDelete
  17. x tau pulak terengganu byk tempat sejarah ni. Lain kali singgah kat terengganu kena pergi melawat jugak.

    ReplyDelete
  18. Lama betul tak pergi Tganu ni. Rasa banyak plak tempat menarik nak visit. Baru plan tahun ni nak ke sana.

    ReplyDelete
  19. wahhh lama dah tak ke Terengganu.. nampaknya nak kena pergi lagi sekali sebab kita punya saudara tinggal dekat dungun nanti bila nak melawat mereka lagi kami cuba lawat tempat yang sis syorkan ni heee... tapi terengganu sedap sedapnya ialah makan keropok lekor !

    ReplyDelete
  20. wah jadi pengalaman 2015 bertandang ke terengganu, indahnya masjid kristal, tempat yang tepat untuk wistaa religi keluarga

    ReplyDelete

09 10