28 Mei 2020

Pengenalan Asas Python untuk Kanak-kanak Secara Online oleh 5T3M

Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, aktiviti luar Balqis agak terhad, jadi Mummy Daddy kena lah fikirkan apa lagi cara nak luangkan masa yang banyak di rumah ni dengan baik untuk Balqis. Selain dari aktiviti bermain dan art & crafts, kami nak juga Balqis terlibat dengan teknologi sedikit sebanyak selaras dengan arah tuju zaman sekarang.


Jadi kami daftarkan Balqis untuk mengikuti Pengenalan Asas Python untuk Kanak-kanak yang dijalankan oleh 5T3M.

Setakat ni Balqis dah join 3 kelas dari keseluruhan enam kelas. She likes it so much! Dia punya seronok bila dapat buat coding dan robot dia, Lulu tu dapat bergerak.


Dalam kelas ini, pelajar akan mempelajari konsep asas Python dalam persekitaran yang menyeronokkan dan visual - sebuah Maze maya, melalui platform Sense Study. Dengan menavigasi watak melalui maze tersebut, mereka akan belajar secara langsung bagaimana kod tersebut berfungsi. Pelajar akan belajar untuk menggunakan arahan “drag and drop” blok perintah dan juga menaip kod untuk membiasakan diri dengan pengekodan dalam bahasa pengaturcaraan syntax, iaitu Python.



27 Mei 2020

Kelas Gendong Online oleh Dr Izam Suziani

Siapa sini ada anak kecil umur kurang dari 2 tahun? Perasan tak anak-anak kecil kita ni, kalau duduk dekat dengan kita je, mesti nak minta dukung?


Tau tak sebab apa? Sebabnya, naluri anak-anak memang suka digendong kerana ianya memberi ketenangan kepada mereka yang baru nak kenal dunia. Anak-anak yang digendong dari awal kelahiran akan menjadi lebih yakin dan berdikari kerana sentiasa mendapat perhatian ibunya.


Pasti ramai ibu yang teringin nak gendong anaknya tapi tak tahu bagaimana, kan?


Ni Balqis ye masa kecil, bukan Bilal.


Ha.. ada berita baik ni. Kini anda boleh belajar menggendong anak menggunakan kain wrap dan baby carrier ergonomik lain secara ONLINE dengan pakar gendong, Dr Izam Suziani dalam FB group khas.

Dr Izam Suziani merupakan Certified Babywearing Consultant dan Medical Trainer License dari Trageschule UK, dan pengasas kepada Babywearing by Baby Ultra. Dr Izam ni juga cikgu gendong kepada ramai artis ternama tanah air tau?
09 10