27 Mei 2020

Kelas Gendong Online oleh Dr Izam Suziani

Siapa sini ada anak kecil umur kurang dari 2 tahun? Perasan tak anak-anak kecil kita ni, kalau duduk dekat dengan kita je, mesti nak minta dukung?


Tau tak sebab apa? Sebabnya, naluri anak-anak memang suka digendong kerana ianya memberi ketenangan kepada mereka yang baru nak kenal dunia. Anak-anak yang digendong dari awal kelahiran akan menjadi lebih yakin dan berdikari kerana sentiasa mendapat perhatian ibunya.


Pasti ramai ibu yang teringin nak gendong anaknya tapi tak tahu bagaimana, kan?


Ni Balqis ye masa kecil, bukan Bilal.


Ha.. ada berita baik ni. Kini anda boleh belajar menggendong anak menggunakan kain wrap dan baby carrier ergonomik lain secara ONLINE dengan pakar gendong, Dr Izam Suziani dalam FB group khas.

Dr Izam Suziani merupakan Certified Babywearing Consultant dan Medical Trainer License dari Trageschule UK, dan pengasas kepada Babywearing by Baby Ultra. Dr Izam ni juga cikgu gendong kepada ramai artis ternama tanah air tau?

Dr Izam Suziani Ismail


Apa beza beli dan pakai je alat gendong yang terjual di pasaraya tu?
Sangat berbeza!

Alat yang terjual di pasaraya tu tak semestinya ergonomik tau! Kena pastikan betul2 sebelum tersilap beli. Cuba tengok contoh gambar di bawah ni.



Kebanyakan alat gendong bayi yang dijual di pasaraya adalah seperti yang dalam gambar kiri, kan? Itu adalah alat gendong yang tidak ergonomik. Bahagian paha anak tidak disokong oleh sambungan lutut. Ini boleh menyebabkan tekanan di bahagian sambungan punggung anak dan boleh menyebabkan 'hip dysplasia'.

Berbeza kan dengan gambar di kanan?
Gendongan secara ergonomik - itulah yang akan di ajar dalam Kelas Gendongan Online oleh Dr Izam Suziani ini.

Ni baru satu point. Banyak lagi point penting dalam memilih alat gendongan yang betul yang akan ditekankan dalam kelas ini tau.

Tahukah anda- Menggendong anak bukan saja memudahkan pergerakan kita, tapi boleh memberi pelbagai manfaat lain? Di antaranya ialah:

  • merapatkan hubungan ibu dan anak (bonding)
  • melancarkan penyusuan susu ibu
  • meningkatkan berat badan anak dengan cepat
  • menenangkan anak dan juga ibu
  • membantu mengawal suhu badan anak dan meredakan demam
  • dan macam-macam lagi


Siapa kata gendong-gendong tak boleh glamour-glamour? Siap boleh jadi usher majlis lagi, tak risau anak ntah kemana-mana.

Paling best bila travel. Kalau pilih alat gendongan yang ergonomik dan cara pemakaian yang betul, anak dah 2 tahun pun tak terasa berat tau.

Nak join acara fun run pun seronok, tak perlu susah-susah nak tolak stroller, naik turun divider jalan tu. Anak tidur je dalam gendong.

Yang paling penting, gendong juga boleh dilakukan oleh bapa, boleh tingkatkan bonding antara bapa dan anak. Kalau tak anak kan asyik nak dengan ibu je kan.


Dalam Kelas Gendong Online ni, anda boleh belajar menggendong dengan 13 teknik berlainan di dalam 20 video rakaman live! Apa yang lagi best ialah 26 orang pertama mendaftar akan dapat kain gendong percuma- boleh pilih mana yang anda nak tapi ianya terhad, jadi kena cepat.

Pendaftaran kelas bermula pada 27 May 2020 jam 10 pagi dan hanya RM89 sahaja!

Ya! Ni kalau belajar depan-depan dengan Dr Izam dan beli wrap maunya cecah RM1000 ni...

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Daftar sekarang di link ni OK?
https://nouri.onpay.my/order/form/KGOLJune2020freewrap/25
https://nouri.onpay.my/order/form/KGOLJune2020freewrap/25
https://nouri.onpay.my/order/form/KGOLJune2020freewrap/25

Cepat cepat!

17 ulasan:

  1. Wah dah ada pembelajaran cara gendong anak online... ibu2 mesti suka ni.

    BalasPadam
  2. Gendung pun ada caranya sebab takut nanti perkembangan tulang anak kan....Kalau travel gendung baby ni kurang sikit kot baby meragam sebab boleh nampak ibu atau ayahnya kat depan. Mereka akan rasa lagi selamat.

    BalasPadam
  3. Bagus juga kelas ni kan dijalankan secara online. :)

    BalasPadam
  4. Saya pun suka gendong anak dengan kain wrap, sangat terasa bonding dengan baby dan selesa berjalan. Bagi new mommies elok sangat join kelas nie..
    ~ Salam perkenalan dari Fara Sofea Dot Com..

    BalasPadam
  5. Gendong nie memang amalan masyarakat ASEAN sejak temurun kan, yang Barat je suka style gendongan yang tak sesuai tu. Adik beradik dan sepupu semuanya guna gendongan berkain batik tu hehe

    BalasPadam
  6. pernah jugak tengok sebelum ni ada kelas untuk buat gendong dengan kain ela ni. Baby pun nampak selesa dalam gendong ni

    BalasPadam
  7. Wow!!!!! Interesting! Mothers yang ada anak kecil should read this post. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  8. Dulu waktu anak-anak baby pon suka buat cara gendong ni. Bagus sgat sekarang dah buat online tutorial lepas ni. Sokong sgat sgat

    BalasPadam
  9. Nak gendong baby pun pun ada cara dan teknik yang betul kan. Tak boleh simply je gendong baby. Bagus ada kelas online cara gendong bayi dengan betul diadakan. Sekurang kurangnya ramai ibu bapa yang cakna tentang gendong bayi ni.

    BalasPadam
  10. Wah.. bagusnya ada class gendong bayi online, first tine dgr, eloklah utk ibu2 yg ada bayi, mmg ada caranya nak guna gendongan bayi bkn main sarung jer tau!!

    BalasPadam
  11. tahniah, bagus ambik peluang online sekarang. dan bagus juga boleh ajar leih ramai ilmu gendong

    BalasPadam
  12. Gitu..
    Nak gendong anak pun ada kelas nya ya.
    Bagus ni. Tak semua ibubapa tahu kan.
    Termasuk kita juga.
    Tapi anak 2 orang tu masa kecik tak pernah lagi di gendong macam tu.
    Selalu berdukung je macam biasa.

    BalasPadam
  13. wah buat gendong pon ada kelas online ya sekarang. terbaiklah. tak perlu la susah2 keluar nk p kelas belajar semua ni kan.

    BalasPadam
  14. Bagusnya sekarang, semua serba serbi boleh belajar, jangan cakap tak tau kann..
    Jujurnya Sis dulu anak kecik, tak pernah gendung macam ni, semua memang jenis dukung aje...sebab memang duduk uma tak kemana hehehe

    BalasPadam
  15. Baru tau nak gendong anak pun kena ada kelas. Ingtkn boleh je gendong ikut suka. Ada tekniknya rupanya. Nnti baby dah lahir blh la belajar ni.

    BalasPadam
  16. Ala bestnya ada baby. Zaman akak dulu belajar gendong baby dengan Boba Wrap tu je. Mudah lilit-lilit ni dari klip-klip tu akak rasa macam loose. Lilit ni lagi cepat slim. Kahkahkah

    BalasPadam
  17. Oh kelas ni memang memanafaatkan, kalau gendong dengan cara yang betul both baby and mommy pun selesa kan.

    BalasPadam

09 10