Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, aktiviti luar Balqis agak terhad, jadi Mummy Daddy kena lah fikirkan apa lagi cara nak luangkan masa yang banyak di rumah ni dengan baik untuk Balqis. Selain dari aktiviti bermain dan art & crafts, kami nak juga Balqis terlibat dengan teknologi sedikit sebanyak selaras dengan arah tuju zaman sekarang.
Jadi kami daftarkan Balqis untuk mengikuti Pengenalan Asas Python untuk Kanak-kanak yang dijalankan oleh 5T3M.
Setakat ni Balqis dah join 3 kelas dari keseluruhan enam kelas. She likes it so much! Dia punya seronok bila dapat buat coding dan robot dia, Lulu tu dapat bergerak.
Dalam kelas ini, pelajar akan mempelajari konsep asas Python dalam persekitaran yang menyeronokkan dan visual - sebuah Maze maya, melalui platform Sense Study. Dengan menavigasi watak melalui maze tersebut, mereka akan belajar secara langsung bagaimana kod tersebut berfungsi. Pelajar akan belajar untuk menggunakan arahan “drag and drop” blok perintah dan juga menaip kod untuk membiasakan diri dengan pengekodan dalam bahasa pengaturcaraan syntax, iaitu Python.
Python adalah bahasa pengaturcaraan yang memberikan kemahiran sebenar untuk masa depan. Ini digunakan untuk membangunkan perisian dan aplikasi dalam berbagai pengaturan. Banyak pengaturcara komputer menikmati penggunaan Python kerana ianya senang dibaca dan diakses walaupun untuk pemula.
Python adalah bahasa pengekodan yang hebat namun senang difahami untuk kanak-kanak yang baru mula belajar pengaturcaraan.
Pelajar akan belajar untuk:
• “Drag and drop” blok perintah dan taip kod / program
• Tulis arahan untuk melaksanakan perintah asas untuk robot, Lulu
• Gunakan fungsi mudah
• Memahami sintaks Python
Berminat juga tak nak daftarkan anak untuk belajar Python ni?
Boleh la cuba-cuba tengok pakej ni.
Pengenalan Maklumat Kursus Asas Python
1. eClass
- 3-5 pelajar setiap kelas, dengan peluang untuk bertanya dan berinteraksi dengan pelatih
- 6 sesi, 60 minit setiap sesi
- PERCUMA 2 + BAYAR 4 sesi hanya dengan harga RM130
- Sah selama 1 bulan (harga biasa ialah RM195)
2. eCoach
- Sesi panggilan video 1-ke-1 dengan pelatih
- 6 sesi, berlangsung selama 45 minit setiap satu
- PERCUMA 2 + BAYAR 4 sesi dengan hanya RM200
- Sah selama 1 bulan (harga biasa adalah RM300)
Terdapat satu kali bayaran pendaftaran sebanyak RM50 (termasuk yuran keahlian 5T3M terbanyak RM30). Semua yang mendaftar ke kursus akan menjadi ahli 5T3M secara automatik dan dapat menikmati faedah sebagai ahli.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh cuba layari laman web 5T3M di https://5t3m.my atau lawat Facebook Page 5T3M Malaysia.
Jika anak2 suka layab komputer ini satu pembelajaran yg baik utk mrk ikuti.
BalasPadambagus juga ni. harga pun berpatutan. anak2 pun boleh belajar dan manfaatkan stay at home
BalasPadamFuhh.. menarik jugak ni. Nanti nak discuss dengan husband sebab sekali join kena berjemaah. Anak ramai..huhuhu
BalasPadamtq share pasal Pengenalan Asas Python...musim PKP ni mmg ank2 belajar secara online tp kdg2 pening juga sbb ibu bapa pn kena work from home nk guna laptop online juga..kena pandai2 bahagiakan masa
BalasPadamTulah skrg bebudak xtau nak buat apa..buat homework skul pun lama2 bosan juga..tp boleh try phthon ni
BalasPadamThis makes me feel interested to enrol my children to learn as well.
BalasPadammudah betul dengan teknologi yang ada sekarang ya. budak2 mudah terdedah dan belajar sesuatu perkara dengan cepat. dah jd trend kanak2 sekarang belajar secara online.
BalasPadamBagus ni, Mat Drat pun nk dptkan info lebih la pasal program ni, menarik ni utk anak anak
BalasPadamSangat menarik dan bagus untuk pendidikan kanak-kanak di musim pkpb ini. Terima kasih ya dan selamat hari raya
BalasPadamIni kalau tanya Sis pun Sis tak tau ni hehehe..canggoh kann pembelajaran anak-anak sekarang.. harap anak-anak dapat manfaat sewaktu musim PKPB ni haa...
BalasPadamoo first time saya dgr apps ni. menarik la pembelajaran budak2 zaman ni
BalasPadamI am so impressed! This is a very important skill to have and you dh dedahkan your child to it at such a young age :)
BalasPadamWah menarik kelas pengenalan asas phython ni.Anak anak boleh jadi kreatif. Saya baca pun dah rasa teruja apa entah kalau anak anak kan.
BalasPadamBagusnya ada kelas macam ni masa pkp ni kan. Sekurangnya ada juga pembelajaran untuk anak2 dan aktiviti yang tidak membuatkan mereka boring
BalasPadam