Jun 12, 2020

Penyerahan Little Reader's Treasure Box | Program Reading Seeds di Perpustakaan Desa Mengkuang Titi

Bilal terpilih untuk join Program Reading Seeds bulan Mac lepas. Sepatutnya ada majlis penyerahan, tapi sebab Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, semua terpaksa dibatalkan.


Baru-baru ni, baru kami dipanggil untuk ambil kit Program Reading Seeds ni, yang mengandungi Little Reader's Treasure Box dan Panduan Module Ibu Bapa Sebagai Rakan Membaca ini di Perpustakaan Desa Mengkuang Titi, di mana tempat kami daftarkan nama Bilal hari tu.


Perpustakaan Negara Malaysia melalui Perpustakaan Awam Negeri telah melancarkan Program Reading Seeds. Program ini memberi fokus kepada perkembangan literasi kanak-kanak yang berumur 0-3 tahun yang turut melibatkan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak seawal usia beberapa bulan.









Program ini pernah dijalankan di beberapa buah negeri lain, dan kali ini, peluang untuk anak-anak Pulau Pinang pula.

Setiap peserta yang terpilih akan diberi satu kit Little Reader's Treasure Box yang mengandungi :-
- set wayang kulit
- papan deria sentuhan
- buku cerita kanak-kanak BM & BI
- kad imbasan hitam putih
- kad imbasan perkembangan kanak-kanak
- blok kayu perkembangan kanak-kanak
- buku membaca perbendaharaan kata
- carta perkembangan kanak-kanak
- carta ketinggian
- carta profile kanak-kanak



Semua ni diberi PERCUMA tau!

Yang penting, siap ada Modul Ibu Bapa Sebagai Rakan Membaca untuk panduan ibu bapa menggunakan kit ini.

Nanti kami cuba kongsikan penggunaan kit ini ya.

Jom tengok video ni jugak. ;)


11 comments:

  1. Baiknya diberi secara percuma. :D

    ReplyDelete
  2. Bagusnya...boleh menarik minat bebudak lebih cepat mindanya belajar..takde laa asyik mengadap gadjet aje kann..

    ReplyDelete
  3. Bagus program begini utk snak-anak belajar pada usia muda. Kita harus tanam sikap suka membaca pd mrk.

    ReplyDelete
  4. Wow mcam menarik.. Daripada kecik ni la nak kena ajar dia belajar. Minat tu kena tanamkan

    ReplyDelete
  5. bagusnya program ni. kalau ada program macam ni masa saya kecil dulu kan best hehe :)

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ada program modul keibubapaan camni. Seronok ada aktivit bersama ank cmni. Die pon x bosan. Bagus dedahkan dari awal.

    ReplyDelete
  7. comelnya la hai bilal posing, kepala mesti nak senget...hihi...bagus ada kit macam ni untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak...

    ReplyDelete
  8. Bagus mengajar anak dr kecik dengan perkenalkan pembelajaran macam ni. Membantu memperkembangankan minda mereka.

    ReplyDelete
  9. Program yang bagus utuk menggalakkan anak anak membaca. Bestnya dapat Little Reader's Treasure Box tu

    ReplyDelete
  10. Bagusnya dapat barang berharga seperti buku ni.. Boleh simpan utk generasi yg akan dtg.. Boleh la terapkan budaya membaca kat anak2

    ReplyDelete
  11. Bestnya boleh ajar anak macam ni.
    Anak kita ni alahai.. Sejak pkp cukup susah nak membaca.
    Mengajar pun dia ikut x ikut je..

    ReplyDelete

09 10