10 Julai 2020

Aktiviti hujung minggu - DIY Kraf Handbag Kain Felt

Setelah lama tak buat aktiviti dengan Balqis, hujung minggu lepas akhirnya berjaya meluangkan masa sedikit dengan Balqis untuk buat aktiviti DIY.


Kit DIY ni sebenarnya dah lama dah ada kat rumah, sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang awal-awal lagi. Tapi sebab banyak buat aktivit lain, lepas tu ada fasa-fasa Mummy malas-malas nak buat aktiviti, hehe, jadi asyik tertangguhlah.


Hujung minggu hari tu, Mummy tanya Balqis nak buat aktiviti tak? Seronok dia nak buat aktiviti DIY Non-Woven Handbag dari kain felt ni. Lepas tu alang-alang tu, kita buat video sekali. Dah lama juga tak buat video Balqis ber-DIY.




Kit ni memang dah datang satu set untuk handbag DIY ni. Ada bahagian-bahagian beg untuk dicantum, benang, jarum plastik, dan hiasan yang dah memang ada double-sided tape, tinggal untuk tampal sahaja.

Buat beg kraft DIY ni, dapatlah Balqis belajar skil menjahit tangan sikit. Tapi sebenarnya, beg ni dah ada lubang kecil-kecil, jadi guna jarum plastik je pun boleh nak "menjahit" tu. Nanti-nanti dah besar sikit baru Mummy ajar menjahit betul-betul ya.





Tadaaaa.... Cantik tak? Senang je buat ni. Tapi kena bantuan Mummy sikit-sikit sebab nak simpulkan hujung benang tu lepas cantumkan beg tu.

Kalau aunties and uncles nak try buat DIY handbag ni dengan anak-anak, boleh tengok kat sini: https://bit.ly/DIYcrafthandbag

Kalau sudi, jom tengok video Balqis buat bag ni jom.


14 ulasan:

  1. Ahh bestnya. Lama dh teringin nak belajar diy kain felt. tapi tak reti huu

    BalasPadam
  2. Ala ala ala. Senangnya. Comelnya dia jahit tu. This is a good idea nak ajar my nephews and nieces nie. Thanks for sharing this amazing bonding idea.

    BalasPadam
  3. Bagus, kemas dia buat. Ada talent ni. Suka mak pak yang terapkan ilmu art kat anak-anak. Takdelah nak mengeja mengira je sepanjang masa.

    BalasPadam
  4. Best kan dapat buat aktiviti dengan anak-anak. Dapat juga luangkan masa dengan dorang. Dorang pun seronok.

    BalasPadam
  5. Happy betul dia buat DIY tu... comel pula tu owl pink... anak anak buah saya pun suka aktiviti macam ni...kecuali yang lelaki. hmm...

    BalasPadam
  6. Wow this looks really beautiful. :)

    BalasPadam
  7. Alaaa kemasnya dia menjahit...cantik, kreatif, bebeudak suka aktiviti gini, nanti nak gak le ajak anak sedara buat gini..

    BalasPadam
  8. wow very nice DIY activity for her! The Kraf Handbag Kain Felt so cute and pretty in sharp pink color

    BalasPadam
  9. Pandainya dia. Cantikla diy handbag tu.. memang sesuai la time² pkp ni buat aktiviti-aktiviti diy mcm ni

    BalasPadam
  10. Alaaa comel je. Good activity untuk budak2. Agak2 kalau anak laki dorang nak tak eh buat mcm ni? Anak iza ni kalau ajak buat maunya mama dia yang siapkan.

    BalasPadam
  11. Comelnya beg tue... mesti anak2 happy dapat ber DIY buat beg nie...bagus sangat aktiviti2 macamnie

    BalasPadam
  12. kreatifnya Balqis! Cantik lah beg burung hantu tu dengan warna pink terang nampak menyerlah dari jauh

    BalasPadam
  13. Wow cantiknya! Anak kita suka design gini, nak lagi warna pink. Meroyan dia nampak ni. Kreatifnya Julia..

    BalasPadam
  14. cantiknya, kreatif sangat. pandainya balqis

    BalasPadam

09 10