28 Februari 2024

Projek kerja kayu bersama anak-anak di hujung minggu

I've always loved woodworking. It reminds me of the good times I had with Arwah Atuk helping me with Kemahiran Hidup projects.

Lepas pergi Pesta Bina tahun lepas, selalu juga cakap dekat Daddy, "Jom lah buat kerja kayu dengan the Bees." Daddy memang ada kebanyakan peralatan kerja kayu di rumah termasuklah circular saw dan drill. Cuma masa saja lah yang tak berapa nak ada.

Akhirnya, beberapa minggu lepas, kami berjaya mencari masa dan semangat untuk melakukan projek kerja kayu dengan anak-anak. Kami ajak juga kawan rapat mereka untuk buat bersama-sama.

07 Februari 2024

CNY dinner buffet di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang

Jom sambut Tahun Baru Cina dengan santapan lazat di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang dari 9 hingga 12 Februari 2024!

Pada Malam Tahun Baru Cina nanti, 9 Februari 2024, anda boleh menikmati Reunion Dinner dan diikuti dengan dinner buffet sepanjang 10 hingga 12 Februari. Wah, memang seronok habis!

Chinese New Year Dinner Buffet di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang ni akan menghidangkan pelbagai hidangan kulinari yang memikat selera di sini. Ada hidangan makanan laut yang segar, gabungan hidangan antarabangsa yang menarik, dan juga khazanah masakan tempatan. Jangan lupa juga untuk cuba Yee Sang DIY bar! Menarik, kan?

09 10