Beberapa minggu lepas, kebetulan kami sekeluarga ada di Kuala Lumpur. Lepas tu ternampak ada rakan yang berkongsi tentang satu aktiviti yang menarik yang anak-anak boleh turut serta iaitu Pesta Bina di KitaBina Maker Space yang terletak di Subang Jaya.
Pesta Bina ni aktiviti untuk buat projek pertukangan (woodworking) yang simple sambil belajar asas kerja kayu dalam masa satu jam sahaja! Nak tau lebih lanjut? Jom baca!
KitaBina ni satu ruang komuniti (maker space) untuk mempelajari kemahiran DIY dan membina projek. KitaBina ada menjalankan kelas untuk semua peringkat umur dan menawarkan pas bulanan untuk menggunakan alatan & kemudahan kami untuk kerja kayu, kerja logam, fabrikasi CNC dan banyak lagi.
Pesta Bina pula adalah acara yang dianjurkan di KitaBina Maker Space seacara tiga hari pada 7 hingga 9 Julai yang lepas. Pesta Bina ni terbuka kepada kanak-kanak dari 4 tahun hingga dewasa. Tetapi kanak-kanak di bawah 9 tahun harus ditemani oleh ibu bapa. Setiap peserta boleh memilih projek untuk dibuat seperti kitchen towl stand, headphone stand, balance board, dulang dan banyak lagi dengan mempelajari asas kerja kayu dalam masa kurang sejam.
Masa kami pergi tu, kami tak daftar awal pun sebab tak plan dan takut tak sempat singgah. Tapi nasib baik boleh walk-in je. Sampai je kat sana, memang terus terpukau dengan suasana tempat tu.
Walaupun tools woodworking Daddy ada kat rumah, tapi tak kesempatan nak bagi diorang try pun. Jadi, Pesta Bina ni macam peluang keemasan lah.
Station pertama yang Balqis dan Bilal perlu pergi adalah "Marking" di mana mereka perlu mengukur dan menanda kayu-kayu yang akan digunakan untuk projek ini.
Kemudian, mereka perlu ke station "Sawing". Di sini, kayu-kayu yang telah diukur dan dilabel tadi akan dipotong. Mereka berdua belajar menggunakan gergaji tangan dan mitre saw. Mitre saw tu automatik dan besar so memang kena ada orang dewasa yang kena tolong handle.
Seterusnya, kayu-kayu tu dibawa ke station "Assembly" di mana kayu-kayu tu akan dipasang menjadi bentuk projek akhir. Bilal memang seronok kat station ni sebab dia memang suka main drill. Kalau Daddy keluarkan drill kat rumah, dia lah orang pertama yang akan duduk kat depan Daddy tu.
Lepas barang dah nampak bentuk akhir, kerja kayu tersebut dibawa ke station "Finish Sanding" pula untuk mengemaskan permukaan kerja kayu.
Akhir sekali, kerja kayu tadi dibuat finishing dengan menggunakan lapisan yang sesuai di station "Coating." Projek yang akan digunakan untuk makanan ada coating yang khas untuk food grade coating. Balqis dan Bilal hanya menggunakan bees wax coating sahaja.
Balqis dan Bilal punya projek kali ni ialah headphones stand. Seronok tengok diorang cuba pelbagai tools, termasuk hand saw, mitre saw, drill, dan orbital sander. Tapi di KitaBina ni sebenarnya ada lagi banyak tools lain yang boleh dicuba, bergantung pada projek.
Membuat kerja kayu dan bertukang ni bukan lah untuk orang dewasa je. Tapi ternyata, ada banyak faedah untuk kanak-kanak juga. Selain daripada mengasah kemahiran kreativiti, mereka juga boleh belajar tentang kecekapan, ketelitian, dan rasa puas hati bila nampak hasil kerja sendiri.
Jadi, untuk anda yang nak anak-anak cuba benda baru, KitaBina Maker Space ni memang tempat yang sesuai. Dan yang paling penting, seronok! Jangan lupa check out KitaBina Maker Space untuk aktiviti-aktiviti menarik lain. Bye!
Kalau tak silap, KitaBina dah plan untuk Pesta Bina yang akan datang iaitu pada 29 Septembember hingga 1 Oktober 2023. Jangan lupa block your calendar kalau rasa berminat nak join tau!
Kalau ada pertanyaan atau pengalaman sendiri, jom share kat ruangan komen.
While at it, jom tengok video kami di sana jom!
Saya memang suka aktiviti-aktiviti yang melibatkan kreativiti dan pembinaan seperti ini. 😄✨
BalasPadamDari apa yang anda ceritakan, Pesta Bina di KitaBina Maker Space kelihatan sangat menyeronokkan dan menarik untuk anak-anak! Saya betul-betul teruja dengan idea untuk belajar asas kerja kayu dalam masa satu jam sahaja. 🙌🔨
Ruang komuniti (maker space) seperti KitaBina memang merupakan tempat yang hebat untuk mempelajari kemahiran DIY dan membangunkan projek-projek kreatif. Saya suka bahawa mereka menjalankan kelas untuk semua peringkat umur. Ini bermakna ibu bapa juga boleh belajar bersama-sama anak-anak mereka! 🤩
Saya juga teruja dengan pelbagai projek yang boleh dipilih seperti kitchen towel stand, headphone stand, balance board, dan dulang. Sungguh mengagumkan bahawa mereka dapat menyiapkan projek-projek ini dalam masa kurang sejam! 🕑✨
Saya amat gembira bahawa anda berjaya walk-in tanpa mendaftar awal. Terkadang, peluang-peluang spontan seperti ini dapat membawa pengalaman yang luar biasa! ☺️
Stesen-stesen yang disebutkan seperti “Marking”, “Sawing”, “Assembly”, “Finish Sanding”, dan “Coating” semuanya kedengaran sangat menarik! Saya terbayang betapa seronoknya Balqis dan Bilal bermain dengan pelbagai alat dan menjalankan tugas-tugas mereka. Tambah lagi dengan kehadiran Daddy yang pandai menggunakan tools woodworking di rumah! 🛠️👨👧👦
BalasPadamSaya setuju bahawa membuat kerja kayu dan bertukang bukan hanya untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga dapat mengasah kemahiran kreativiti, kecekapan, ketelitian, dan rasa kepuasan apabila melihat hasil kerja mereka sendiri. Ia adalah cara yang hebat untuk memupuk kepintaran dan bakat mereka! 🌟🧒👧✨