Setelah lama tak berjalan-jalan, akhirnya Mummy dan Daddy buat keputusan untuk bawa Balqis dan Bilal ke Kuala Terengganu alang-alang dah ambil cuti yang panjang untuk hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kiranya, percutian ni officially percutian pertama Bilal dan first trip for us as a family of 4. Kami pilih untuk ke Terengganu memandangkan kami dah berada di Kuala Lumpur, so perjalanan dah dekat berbanding kalau nak ke Terengganu ulang-alik dari Penang.
Kami hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang hari Khamis. Waktu lapur diri tengahari, lepas tu mak terus masuk dengan group dan kami terus gerak ke Terengganu. Kami singgah di Kemaman dulu malam tu sebab plan nak jumpa dengan kawan se-universiti yang ada kat Kemaman. Alang-alang dah jalan ke sana kan. So, malam tu kami dinner dengan salah seorang sahabat di Restoran Terapung Bakau Tinggi, Kemaman.
Esoknya, kami ber-reunion kecil-kecilan sambil breakfast dengan 2 sahabat dari USM - Azrul dan Fakira. Diorang yang cadang makan kat kedai makan ni, katanya antara kedai sarapan yang terkenal. Sampai-sampai kat Kedai Abezi Nasi Kerabu Kambing Bakar ni, memang ramai orang dah. Antara menu yang ada kat kedai ni, of cos la Nasi Kerabu Kambing Bakar, ada roti canai dan murtabak, nasi berlauk, nasi lemak dan macam-macam lagi.
Kambing bakar yang sedap dan lembut. Memang teringat-ingat je.