Kalau belum baca cerita hari pertama dan hari kedua, jom klik sini dulu untuk baca.
Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan
Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan - Hari Kedua
Hari ketiga pagi tu alas perut di homestay dulu sebelum memulakan perjalanan. Sebab lepas siap-siap, terus nak check out, singgah mana patut dan terus meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Sejak plan datang Kota Bharu, memang nak sangat makan di Yati Ayam Percik. Teringat-ingat masa makan di sini masa datang tahun 2014 dulu. Tapi masa dulu, datang dinner (kalau tak silap). Tapi sekarang dia tulis tutup pukul 6 petang pula. Sebab hari kedua tak sempat singgah sini, maka masuklah program dalam hari ketiga. Tu yang jadi alas perut breakfast kat homestay siap-siap sebab nak lunch awal di Yati Ayam Percik, sebelum terus gerak balik Pulau Pinang.
Dari parking kereta dah nampak asap berkepul-kepul dari tempat bakar ayam tu. Yummss! Lapar terus perut. Masa ni tak ramai orang lagi kat kedai, mungkin sebab awal lagi. Tempat makan selesa sebab ada ruangan yang ada penghawa dingin.
Kami pesan nasi kerabu dan nasi putih - ikut selera masing-masing. Mummy of course lah nasi kerabu. Hehe. Ayam percik dah tentu-tentu masuk dalam pesanan. Selain tu, kami pesan lauk lain seperti kerabu kaki ayam (yang Mummy tak makan LOL), gulai kawah daging, dan kambing bakar.
Ayam percik dia memang kena sangat selera Mummy. Kambing bakar dia pun marvellous sangat! Dah lah rasa sedap, terasa perapan tu, daging pun juicy gitu. Terima kasih diucapkan kepada seisi keluarga sebab terima cadangan makan di Yati Ayam Percik hehe. Orang lain yang bawa perut, orang lain yang teringin makan itu ini. Hahaha.
Lepas habis makan tengahari di Yati Ayam Percik, kami terus gerak ke arah Rantau Panjang. Kononnya nak cuci mata atau membeli-belah lah sedikit sebanyak. Tapi cuaca yang terlalu panas, memang tak larat nak berjalan sangat. Lagi-lagi kesian kat anak-anak. Maka jalan-jalan ala kadar saja lah.
Sebelum bergerak pulang, kami singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang juga terletak di Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 km dari Pekan Rantau Panjang. Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Beijing. Cantik sangat masjid ni sebab senibinanya yang unik. Tapi ada bahagian masjid sedang diubahsuai, maka tak dapatlah nak mengambil banyak gambar.
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing, China.
Menurut Persatuan Cina Muslim Malaysia (Malaysian Chinese Muslim Association, MACMA), Pembinaan masjid bersenibina Cina dibina adalah bertujuan memecahkan tembok stereotaip yang wujud dalam pemikiran orang bukan Islam bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Maka mereka yang memeluk Islam akan dianggap sudah masuk Melayu. Dengan adanya masjid berseni bina Cina ini sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada mereka bahawa Islam ini adalah universal, milik semua kaum. Negara China telah menerima Islam jauh lebih awal dari Malaysia, kira-kira 1300 tahun yang lalu.
Setelah selesai solat dan istirehat di Masjid Beijing, kami pun mula bergerak pulang ke Pulau Pinang. Alhamduillah perjalanan pulang sama lancarnya seperti perjalanan datang tiga hari lepas. Kami tidak berhenti pun sebab dah selesai rehat tadi, jadi kami terus je gerak sampai ke utara. Kami berhenti makan malam di kawasan Kulim sahaja sesudah sampai di utara sebelum tiga kereta berpisah ke haluan masing-masing.
Selalunya, setiap habis post jalan-jalan, mesti di akhiri dengan "So, where's next?"
Tapi nampaknya kali ni kena hold dulu soalan tu sehingga suasana pandemik Covid-19 ini reda.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dimansuhkan nanti, kita pun tahu kita masih kena berhati-hati dan meneruskan social distancing lebih lama sehingga satu dunia disahkan bebas Covid-19.
Untuk masa ini, marilah kita sama-sama terus membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan #DudukRumah dan #CegahCovid19.
Ops, jom tengok video ni jugak - sekitar Jalan-Jalan Kota Bharu, Kelantan. Enjoy!
Sedapmyaa ayam percik, lagi time pose ni haaa...
BalasPadamMasjid Beijing tu alhamdulilah, dapat jejak sekali masa tahun baru hartu ikut Famediatrip, cantik senibina dia...kalau masuk dalam lagi cantik ..
yati ayam percik mmg femes kt klate..awal2 dlu gerai biasa je..lsp tu dh ada kedai
BalasPadamYa selagi negara blm pulih 100% dr wabak Covid-19 ni mmg susah nk plan g melancong. Sabor je la ..
BalasPadamKita pernah makan Yati ayam percik kat Kelantan ni memang sedap giler dan terbaik lah hurmmmm geram lak bila baca post travel macam ni rasa lepas habis PKP ni memang nak kena keluar cari ketenangan wakakakka..
BalasPadamKalau pergi Kelantan bolehlah try makan di Yati Ayam Percik ni. Nampak sedap makanan yang ada terutama ayam perciknya tu namlak sedap dan besar
BalasPadamKuah ayam percik tu nampak pekat and sedap hehe..Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra tu iena pernah pergi.memang cantik tempatnya :)
BalasPadamtengok gambar pun tau semua makanan tu sedap tambahan pulah kelantan memang terkenal dengan lambakan pelbagai pilihan makanan.. huu~ lamanya tak singgah sana..
BalasPadamBanyak lokasi best untuk makan sedap kat Kota Bharu. Memang berbaloi-baloi dengan harga pun murah2.
BalasPadamsemua pun sedap2 terutama kari kambing. few months juga la tak balik kg ni
BalasPadamZa tak habis explore lagi kelantan. Ayam percik tu nmpk mengiurkan betul.. Nak kena pegi jalan2 cari mkn nnt lpas pkp
BalasPadammakanan kat sana banyak sedap²... ingat lagi masa pergi sana tahun 2015. haha lama dah kan? makan kat 1 kedai tu, sedap sangat. Tapi x habis explore lagi, sebab rushing masa tu. hope next time dapat pergi sana lagi
BalasPadamyati ayam percik ni memang katanya sedap.
BalasPadammember di kelantan pun, kalau sebelum ni time Ramadhan, siap beratur panjang nak beli kat sini!
aida lom pernah merasa. one day in shaa Allah :)
perghh, sedap nampak menu2 kat situ. Tapi tu la, sekarang ni kalau teringin nak makan kena order jela, tu pun dekat restoran yang berhampiran rumah je. Tah bila la dpt JJCM balik.. huhu
BalasPadamSeronok klu pg Kelantan byk tempat mkn bext2 nti klu pg sana blhlah sggh kat yati ayam percik
BalasPadamDengar kata Yati ayam percik tu femes kat sana. tapi tula, bilalah dapat ke sana lagi
BalasPadamSedapnyaa sambil jjcm..
BalasPadam