01 April 2020

Jalan-Jalan ke Kota Bharu Kelantan


Salah satu destinasi jalan-jalan yang selalu lalu di fikiran bila niat nak melancong dalam negara mesti termasuk Kota Bharu, Kelantan. Kali terakhir melawat Kota Bharu tahun 2014, masa tu tengah mengandungkan Balqis. Awal tahun ni, keluarga mertua bincang nak pergi jalan-jalan bersama-sama. Jadi, Mummy pun gunakanlah kesempatan yang ada ni dan cadangkan pergi Kota Bharu.


Percutian ke Kota Bharu ni merupakan road trip yang agak singkat, hanya 3 hari 2 malam saja. Tapi, memang seronok! Sebab dah lama juga kami tak berjalan sekeluarga besar. Rasanya kali terakhir masa pergi jalan-jalan ke Genting Highland dan Bukit Tinggi dalam tahun 2015. Ke 2016?


Kami mulakan perjalanan seawal pagi selepas semua sarapan di rumah masing-masing dulu. Kami jumpa di tengah jalan, dalam perjalanan menuju ke Baling. Alhamdulillah cuaca baik pagi tu, jadi perjalanan pun lancar. Anak-anak dah sambung lena balik dalam car seat masing-masing, maka happy lah Mummy nak layan permandangan cantik dengan kabus di sesetengah kawasan tu tanpa gangguan minta itu ini. Hehe.



Berhenti sekejap di salah satu R&R dalam perjalanan untuk minum pagi. Thank you, Ibu masak nasi lemak sedap!





Kami sampai Kota Bharu dalam lebih kurang pukul 1.30 petang. Terus pergi ke homestay yang di book melalui AirBnB. Homestay tu ada tiga bilik dan memang luas untuk kami semua. Salah satu sebab Mummy cadangkan homestay ni sebab ada swimming pool.

Sejak mula travel dengan anak-anak, kami memang akan cuba masukkan tempat-tempat yang agak kid-friendly dalam itinerary setiap kali berjalan. Tapi masa rancang perjalanan ke Kota Bharu ni, Mummy tak dapat nak cari tempat seperti pusat sains di Kuala Terengganu dulu, atau zoo ke. Jadi kami putuskan untuk cari homestay yang ada swimming pool, jadi anak-anak pun ada masa untuk bergembira juga.

Lepas sampai homestay dan rehat sekejap, kami pergi ke salah satu tempat menarik di Kota Bharu yang agak kurang diketahui ramai - Gelanggang Seni. Gelanggang Seni ni terletak di Jalan mahmood, Kota Bharu. Masuk percuma, tak rugi kalau singgah alang-alang dah sampai di Kota Bharu tu. Gelanggang Seni ni adalah tempat di mana kita dapat saksikan kekayaan warisan budaya negeri Kelantan.


Sebelum datang, Mummy dah check siap-siap jadual persembahan. Hari Sabtu sepatutnya ada persembahan muzik, seni pertahanan diri dan wayang kulit. Kami sempat lah menonton persembahan rebana dan silat.

Tapi tak dapat tengok persembahan wayang kulit sebab persembahan wayang kulit waktu malam, kami dah ada plan nak ke tempat lain.

Yang menariknya, pelawat Gelanggang Seni pun boleh cuba bermain rebana. 


Daddy pun cuba main rebana jugak. Nak tau macam mana Daddy turut menyumbangkan lagu, jom klik sini tengok video kat Youtube jom.

Yang ni bukan main pun, posing je lebih.






Selain tengok persembahan, Balqis dapat cuba mewarna batik atas kain juga. Kain tu dah siap di canting, tinggal nak warnakan je. Tapi memang seronok lah dia. Pengalaman baru, kan.





Habis semua persembahan dan aktiviti, dah lewat petang. Jadi kami tak lah terus ke tempat lain. Kami balik ke homestay dulu sebelum keluar semula untuk makan malam.

Tapi sayang betul, lupa nak ambil gambar masa keluar the Wakaf Che Yeh malam tu. Sibuk cuci mata kan. Hahaha!

Basically, that was all for Day 1.

Nanti sambung cerita hari kedua pulak.

Oh, jom tengok video ni - aktiviti dan persembahan di Gelanggang Seni Kota Bharu.




Also check out related posts:

17 ulasan:

  1. Bestnya bercuti bersama keluarga tersayang. Belum pernah lagi sampai di Kota Bharu. Kalau di Tanah Merah pernah jugaklah sampai. Sebab keluarga sebelah ayah ada di Tanah Merah sana

    BalasPadam
  2. Lama betul tak jejak Kelantan ni.. Bestkan berjalan-jalan lagi pulak dengan keluarga tercinta. Boleh masuk dalam bucketlist untuk pergi lepas reda wabak covid ni hehe

    BalasPadam
  3. ala.. best nya !! banyak aktiviti ya.. tapi orang kata Kelantan syurga makanan.. hee~ ni yang nak masukkan dalam plan ni..

    BalasPadam
  4. Apa nama homestay tu boleh cari kt Airbnb. Mana tau lepas ni ade hajat nak stay situ

    BalasPadam
  5. mommy tak sampai lagi kat kelantan. insyaallah one day. btw edit video guna apa ye

    BalasPadam
  6. Besar betul dan cantik homestay tu. Seronok juga berkunjung ke KB tgk acara tradisi macam ni. Ada rezeki nak pergi lagi Kelantan jalan2.

    BalasPadam
  7. Lama tak ke Kelantan, ada le belasan tahun kot tak kesana. Rindu pulak bila tengok org jenjalan kat sana dengan family. Harap satu hari nanti dapat kesana semula

    BalasPadam
  8. betul tu, kota bharu best, banyak yang boleh dilakukan dan dilihat. paling best makananlah, murah2 dan pelbagai

    BalasPadam
  9. Cantiknya homestay tu, kemas susunannya, mesti selesakan, ye laa bukan dekat tu nak pi Kelantan...Sis kalau dengan family sekali je dulu ke sana, ada majlis kahwin...
    Lepas tu takde dah...nanti nak jugalah bawa anak-anak ke sana lagi..

    BalasPadam
  10. wah. selesa nyer homestay tu, ju. luas. bersih.
    aktiviti pun menarik. kenali kelantan :)
    aida pun ari tu ke kelantan, tapi kali ni first time tak lajak ke KB.
    sampai pasir putih jer.

    BalasPadam
  11. Duk homestay bila travel memang best kan. Dah lama Rawlins tak sampai ke Kelantan - insyaAllah lepas habis MCO teringin nak ke sana dengan kengkawan.

    BalasPadam
  12. tak sabar nak abiskan covid19 ni nak jalan2 keluar nak amik udara segar huhuhu

    BalasPadam
  13. Perghhh tak sabar nak tgu Covid-19 nie berakhir.. Dapat jugak jenjalan macam dulu dengan keluarga... Penang dari tahun lepas plan nak ke sana.. tapi x pergi lagi.. nie ada plan nak ke kelantan pulak

    BalasPadam
  14. Cantiknya home stay tu..kalau ke kelantan boleh ka ke sana nanti..tak sabar nk tunggu covid-19 ni berambus hehe..tak sabar nk berjalan hehe

    BalasPadam
  15. Agak lama juga saya tak ke KB. Dulu saya membesar dan bersekolah di sana hehe so banyak kenangan ada kat sana..rindu KB

    BalasPadam
  16. Saya pernah juga ke KB dulu berkali-kali jugak lah

    BalasPadam
  17. banyak aktiviti ni ..hehe. enjoy nye.. ada hotel kota bharu yang bagus? boleh rekomen hehe

    BalasPadam

09 10