03 April 2020

Jalan-Jalan Kota Bharu, Kelantan - Hari Kedua

Kalau belum baca cerita hari pertama, jom klik sini dulu untuk baca.

Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan


Hari kedua di Kota Bharu dimulakan dengan sesi mencari sarapan pagi. Tak lah mencari sangat sebenarnya, sebab dah ada destinasi yang memang dah aim. Salah satu tempat sarapan pagi yang terkenal di Kota Bharu semestinya Kedai Kopi White House. Masa kami sampai, kedai agak penuh, lama juga kami terpaksa berdiri dan tunggu ada tempat kosong.


Masa nak order makanan pun masalah juga. Masalah sebab tak tahu nak order roti bakar dengan telur separuh masak, atau nak makan nasi dagang, nasi kerabu atau nasi berlauk. Rambang mata! Tapi akhirnya pilih Nasi Dagang dengan lauk ikan. Sedapnya! Lawan dengan kopi panas. Ya Allah... nikmat sungguh!



Lepas makan pagi, kami pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah. Parking kereta di area pintu gerbang, depan Istana Jahar tu, dan jalan kaki saja ke Pasar Siti Khadijah. Mummy tak shopping sangat pun sebab tak tahu nak beli apa. Nak beli kain, kain kat rumah banyak lagi yang tak berjahit lagi. Nak beli keropok, keropok ikan yang orang bagi pun tak bergoreng lagi kat rumah tu. Tapi beli lah juga sepasang kain batik untuk kenangan kan. Cukup syarat, orang kata.


Alang-alang dah ada di sekitar town, kami terus ke Kampung Kraftangan yang terletak di Jalan Hilir Balai dengan berjalan kaki saja.

Reka bentuk seni bina Kampung Kraftangan ni didasarkan pada reka bentuk tradisional Melayu Kelantan, yang dikenali sebagai "Balai". Masuk ke Kampung Kraftangan ni percuma. Kampung Kraftangan ni satu kawasan besar yang terdiri dari Muzium Kraftangan, kedai-kedai cenderamata, bengkel dan kelas kraftangan juga restoran makanan tempatan. Tak lupa juga dihiasai dengan susun atur landskap yang sangat cantik.






Untuk masuk ke Muzium Kraftangan, baru ada tiket masuk. Tapi murah saja. Muzium Kraftangan ni memaparkan pameran ukiran kayu, pembuatan batik dan kraf-kraf lain.





Selepas mengagumi keindahan seni kraftangan tradisional, kami makan tengahari di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak betul-betul di bahagian luar, sebelah Kampung Kraftangan ni. Kedai makan ni memang terkenal kepelbagaian ulam-ulaman yang dihidangkan.




Dah kenyang makan tengahari, singgah solat di Masjid Muhammadi yang juga dalam jarak berjalan kaki saja. Senang, kan. Dari pagi dah parking di satu tempat sahaja. Dah la mudah, sebab tempat letak kereta di bandar Kota Bharu ni boleh dibayar guna aplikasi telefon saja.

Gambar wajib dengan Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau Menara Rehal Kota Bharu, yang merupakan mercu tanda bandar Kota Bharu.


Lepas solat, baru bergerak ke tempat lain tapi tak jauh mana pun. Destinasi berikutnya adalah Muzium Negeri Kelantan yang terletak di Jalan Hospital, Kota Bharu.

Antara pameran yang terdapat dalam Muzium Negeri Kelantan ni termasuklah replika gua-gua bersejarah di Kelantan, sudut pameran Dikir Barat, sudut pameran Wayang Kulit Kelantan, koleksi alat-alat muzik tradisional negeri Kelantan, sudut permainan tradisional dan banyak lagi.




Kebetulan masa kami di sana, Muzium Kelantan sedang mengadakan Pameran Lukisan Dinding 3D (3D Art). Ada dalam 25 lukisan bertemakan 3D dan fantasi dipamerkan. Seronok jugak ambil gambar kat lukisan-lukisan 3D ni sebab masa tu tak ramai orang. Hehe.






Destinasi terakhir petang tu sebelum pulang berehat adalah ke Warung Pak Mat, Pulau Pisang. Teh Ais Madu dia dah terbayang-bayang dari pagi lagi. Nasib baik sempat sampai kedai sebelum kedai tutup.

Dan memang tak menyesal pergi sini untuk minum petang, sempatlah rasa nikmat dunia ni sekali. Lepas ni tak tahu lagi bila nak datang sini. (Mungkin boleh cuba pergi branch kat KL kot?) Ais krim Teh Tarik dia tu... memang terbawa-bawa ke dalam mimpi lah. Dan sebenarnya Teh Tarik dia tak lah manis sangat. Just nice, orang kata.



Sementara yang lain layan Teh Ais Madu tu, adik ipar dan Balqis mewarna batik kat satu kedai kecil kat situ. Seronok Balqis dapat buat lagi sekali. Tapi kali ni lagi best sebab ada kakak baik tolong ajar cara warna batik dengan skill yang betul nak bagi warna tu blend elok je.



Lepas tu, semua dah penat, balik je ke homestay. Budak-budak pun dah kepenatan berjalan seharian. Tapi seronok sebab Balqis dan Bilal dapat 'paw' Daddy lori mainan seorang sebiji. Cenderamata dari Kelantan kononnya.

Malam tu, family member yang lain duduk rumah je, tapau makan je sebab tak larat nak keluar dah. Tapi kami keluar dalam misi jalan-jalan cari kawan pulak. Kalau masa pergi Terengganu dulu sempat singgah jumpa beberapa orang kawan, kami cuba selitkan masa untuk jumpa kawan yang kebetulan jadi 'orang Kota Bharu' sekarang sebab suami kena pindah kerja sini.

Orang KL dengan orang KL, jumpa kat Kota Bharu.
Thank you, Ayu for having us. 


Also check out related posts:

15 ulasan:

  1. rindunya kampungku klate....seronok cuti2 klate ye...walaupun saya org klate tp tmpt femes warung pak mat tu tk pernah lg singgah..nasi ulam cikgu tu pn sedap

    BalasPadam
  2. bestnya. Saya tak pernah lagi pergi Kelantan. In shaa Allah nanti kalau ada rezeki nak datang ke Kelantan

    BalasPadam
  3. Banyak rupanya aktiviti or tmpt yg boleh pergi kat KB nie. Awat lah kita pergi dulu mcm clueless x tahu nk gi mana. Bila baca entri berjalan2 mcm nie rindu pulak nak berjalan2 keuar tanpa ada sekatan jalan raya 🤣🤣 cepatlah habis kuarantin

    BalasPadam
  4. rindu nak ke kelantan. restoran cikgu tu memang destinasi wajib hehe. makanan semua best2

    BalasPadam
  5. Lama tak ke Kelantan. Tengok nasi dagang tu terus teringin nak makan kari ikan tongkol. Adui! bila la semua ni nak over.

    BalasPadam
  6. Sejujurnya seumur hidup baru dua kali menjejakkan kakinke Kota Bahru Kelantan dan tentu sekali pergi ke kedai yang frnes iaitu White House tu sbb dgr org kata makanannya sedap. Tapi sempat makan telor setengah masak dan roti kaya je yg popular di situ. Akan pergi lg insyaAllah!

    BalasPadam
  7. Kota Bahru, Kelantan is an interesting place to visit. The last time I visited there was in 2015. Maybe is high time I return there again.

    BalasPadam
  8. Seronoknya dapat jalan2 kat KB. Tempat jatuh lagi dikenang ni lagi laaa tempat saya membesar huhu tapi lamanya tak ke sana. Insyallah lepas keadaan dah reda teringin nak ke sana

    BalasPadam
  9. Lamanya tak pergi Kota Bharu jalan-jalan serius memang lain sangat dan juga memang banyak perubahan kita pergi sana jalan-jalan tak silap tahun 2016 dulu hehehehe dah lama kot...

    BalasPadam
  10. semua tempat tu aida da gi. semua best.
    terutama makan di kedai makan cikgu tu, nasi ulam :)
    aduhai.
    last 2 months ke sana, stay di pasir putih, tak naik ke KB. next time in shaa Allah.

    BalasPadam
  11. Tahun lepas puasa ke Kelantan ikut Tourism, kalau tak di undang, memang tak sampai juga Kelantan, dan baru kami tau, banyak tempat dan aktiviti menarik yang boleh di buat secara berkumpulan di Kelantan...Bab makanan jangan cakaplah, datang Kelantan memang tak lapar le kata orang hahahah

    BalasPadam
  12. bestnya banyak aktiviti menarik dan food pun murah dan sedap2 di sana kan.

    BalasPadam
  13. Lama dh tak ke KB. Rindu nak makan2 n jalan2 kat sana. InsaAllah kalau ada rezeki bolehlah kesana nanti

    BalasPadam
  14. Memang banyak makanan yang sedap sedap kat Kelantan kan.

    BalasPadam
  15. Sudah lama tak pergi jenguk kelantan... sudah lama mengidam nasi kerabu..

    BalasPadam

09 10