06 September 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 2023 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh!

Dari kecil, lagu ni memang kerap dinyanyikan bila menjelang hari kebangsaan Malaysia. Sekarang, anak-anak pun dah hafal dah lagu ni.

31 Ogos 2023 yang lepas, mummy daddy bawa the Bees ke Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan acara Perbarisan dan Perarakan

Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Tahun ni, kali ke tiga kakak abang. Diorang dah tau dah akan ada perbarisan anggota badan beruniform dan perarakan kenderaan dan jentera-jentera, tu yang excited tu.

Masa kami sampai, just nice je masa dah nak mula perarakan. Elok kami parking kereta, rombongan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang lalu. Kami pun jalan cepat-cepat nak sampai ke kawasan perkarangan Stadium Batu Kawan di mana perbarisan akan berlangsung.

Alhamdulillah, cuaca baik je memihak pada semua yang datang. Agak mendung sikit tapi tak hujan, dan tak terik sangat. Anak-anak pun seronok walaupun kena berjalan jauh dari tempat letak kereta dan berdiri lama semasa perarakan.


Cantik costume kakak bunga ni. Perbarisan kontijen Taman Botani Pulau Pinang







Yang paling dinanti-nantikan pasti perarakan kenderaan dan jentera-jentera. Memang menarik tengok macam-macam kenderaan yang melibatkan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan kecekapan mereka dalam menjaga keselamatan, Bomba dengan jentera pemadam kebakaran yang mantap dan tentera-tentera Diraja Malaysia dengan kereta-kereta perisai yang mengagumkan.

Tak lupa juga konvoi-konvoi motor dan kereta, dari kumpulan dan persatuan juga dari syarikat-syarikat seperti Proton Edar.







Selain perarakan, ada pameran dari agensi-agensi yang menarik di kawasan perkarangan stadium. Lepas je tengok perarakan, kami terus melawat pameran tersebut. Memang best!

Highlight bagi anak-anak adalah mereka boleh masuk dalam kereta perisai askar dan cuba pegang senjata api yang dipamerkan. Seronok tengok semangat patriotik mereka!






Gambar tak banyak sebab lebih banyak video. Jadi, tunggu je video dah edit dan boleh tonton di YouTube kami, okay!

Walaupun bangun awal dan penat sikit, tapi rasa puas hati amat berbaloi. Ini merupakan pengalaman yang berharga dan memperingati semangat kemerdekaan Malaysia.

Budak ni seorang je yang tak bersemangat hahaha!


9 ulasan:

  1. Wah. Meriah juga sambutan di Penang ye. Kat KL nie sampai ada yang bermalam sebab nak tengok perarakan. Selamat Hari Kemerdekaan!

    BalasPadam
  2. terujanyer dapat tengok perarakan sempena merdeka. terus rasa nak pergi tengok tahun depan.

    BalasPadam
  3. Woah!!!!! Looks like Prnang had an awesome celebration too. I x tengok Penang punya. Tengok Putrajaya punya sahaja. Thank you for sharing your experience. Selamat Hari Malaysia in advance.

    BalasPadam
  4. Very nice performances & parade to celebrate our 66th national day, I'm sure you all enjoyed it very much. Thanks for sharing the pictures. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
  5. sambutan hari merdeka yg cukup meriah.. suka tgk sambutan patriotik mcm ni

    BalasPadam
  6. that is a good experience to us all. Happy National Day to Malaysia

    BalasPadam
  7. Best nyer bawa anak anak sambut hari merdeka and watch the merdeka parade

    BalasPadam
  8. Wah, acara Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 di Stadium Batu Kawan macam best giler! Kanak-kanak mesti teruja punyalah masa tengok perarakan kenderaan dan alatan tentera, dah la boleh masuk dalam kenderaan perisai askar serta try pegang senjata api, seriyes best! Thanks sebab kongsi pengalaman menyeronokkan ni!

    BalasPadam
  9. tahun ni meriah lain macam. keretapi sarong pun ramai yang join. pelbagai bangsa! artikel terkini Pencuci Muka Untuk Jerawat Dan Berminyak

    BalasPadam

09 10