Taiwan Expo 2019 akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dari 10am ke 6pm. Kemasukan adalah percuma. Pameran ini mempunyai 6 kategori utama yang disesuaikan untuk pelan pembangunan Pulau Pinang dan mengukuhkan hubungan di antara Malaysia dan Taiwan, termasuk Bandar Pintar & Industri 4.0, Teknologi Hijau, Perubatan, Produk Halal, Gaya Hidup dan Pelancongan.
Taiwan Expo 2019 akan disertai lebih daripada 100 pengilang di 110 gerai pameran. Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan perkembangan bandar pintar, Taiwan Smart City Pavilion akan menampilkan pelbagai solusi lengkap integrasi peralatan dan perisian; Excellent Taiwan’s Export Processing Zones akan membawa teknologi air terkini untuk rumah dan industri, termasuk pengisi automatik, mesin pengedap, panduan gergaji rantai dan lain-lain pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk industri makanan.
1. Pavilion e-Dagang
2. Pavilion Pertanian Taiwan
3. Pavilion Kecantikan Taiwan
4. Pavilion Kecemerlangan Taiwan (Taiwan Excellence)
5. Pavilion Produk Hijau Taiwan
6. Pavilion Halal dan Bubble Tea Taiwan
7. Pavilion Rawatan Taiwan
8. Pavilion Pelancongan Taiwan
9. Pavilion Taipei Rakan Kongsi Anda
10. Hab Asli Taiwan
11. Kecemerlangan Taiwan – Zon Memproses Eksport
12. Pavilion Bandar Pintar Taiwan
Taiwan Excellence Pavilion akan mempamerkan pelbagai jenama terkemuka yang dipacu oleh revolusi Industri 4.0 Taiwan seperti solusi pengurusan kesihatan dari Advantech, lengan robotik dari HiWin, solusi paparan dari Champ Vision Display dan banyak lagi. Banyak produk yang ditampilkan menggunakan sensor dan antara muka pengguna akhir untuk berinteraksi dengan pelanggan. Integrasi pengiraan aliran dengan pemprosesan data raya (big data) akan menyediakan analisis kritikal penghujung (back-end) yang boleh memperbaiki perniagaan runcit pintar di masa hadapan.
Sidang media Taiwan Expo 2019 yang berlangsung di G Hotel Gurney baru-baru ini.
Lampu LED dari Sunfly Solar Technology antara yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung di Taiwan Expo 2019.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim Hussain, Penang Exco Member, Domestic & International Trade, Consumer Affairs & Entrepreneur Development mendengar penerangan mengenai Articulated Robot RA605.
Ekspo ini akan menampilkan kelebihan Taiwan dalam dunia fesyen. Taiwan Beauty Pavilion akan mempamerkan pelbagai produk termasuk minuman asid hyaluronic, topeng muka dan lain-lain produk kecantikan bioteknologi yang mewah. E-commerce Pavilion akan mempamerkan gelang pintar RFID yang boleh dipakai yang melancarkan pengalaman buat pengunjung ke ekspo ini. Sepanjang ekspo ini, pelawat akan menikmati khidmat penghantaran secara percuma untuk setiap pembelian dalam talian.
Antara produk yang bakal dipamerkan sempena Taiwan Expo 2019 di SPICE, Pulau Pinang.
Antara program yang dijadual kan sempena Taiwan Expo 2019:
Untuk menarik lebih ramai pelancong Malaysia, Taiwan Tourism Pavilion akan menampilkan pelbagai idea pelancongan bertema seperti “Memory Lane Rural Exploration”, “Famosa Midsummer Festival”, “Sea of Flower” and “Gourmet Discovery”, manakala Taiwan Indigenous’ Hub akan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai lagu merdu. Your Partner Taipei akan memperkenalkan platform pelancongan popular KKday yang membantu merancang percutian anda. Bermula tahun ini, pelancong akan dapat menggunakan teknologi realiti terimbuh (augmented reality) untuk menikmati sepenuhnya pemandangan dan keindahan budaya Taiwan.
Untuk mendaftar atau butiran lebih lanjut mengenai ekspo ini, sila layari laman web rasmi Taiwan Expo: http://mys.taiwanexpoasean.com/.
Facebook: TaiwanExpo.mys
Instagram: @taiwanexpo_malaysia
kalau ditgkkan skang ni, taiwan memang sedang teroka industri halal. yes la, bila halal, semua boleh guna, kan. takde soal jawab byk.
BalasPadampastu surely nak invest kat malaysia, mesti nak tangkap pengguna majoriti - muslim.
kerjasama dlm trade gini pun beri byk benefit kepada malaysia kerana akan byk syarikat dari taiwan invest di malaysia.
malaysia juga untung. tingkatkan eksport. wujud byk peluang pekerjaan, kan.
very good ni. then buat expo gini, pamerkan produk diorang. iklankan. promosi kan...
wah..macam best jer taiwan expo ni..tak pernah pegi lagi sebelum ni..tapi jauh di pulau pinang...kalau dekat2 nak juga pegi taiwan expo ni
BalasPadamwaa ni mcm menarik jee nii..bnyknyaa yg join, mesti mcm2 jenis brg dan mknn kita boleh jumpa kat expo ni nnt tu kn, mesti best! bagus sgt adanya expo halal tu, takdela ragu2 nk pergi dan mencuba cmtu kn hehe. tp nnt buat kat Penang je ke? hopefully ada plan unt buat di bnyk tmpt lain jugk since jauh sgt pulak nk ke Penang heheh.
BalasPadamPenting untuk expo2 macam ni. Barulah penduduk kita lebih tahu tentang produk mereka. Lepas ni lebih mudah untuk kita kunjungi Taiwan. Nampak ada juga agensi lain yang promote Taiwan. Maybe bulan ni memang promosi negara depa lah kan.
BalasPadamBestnya ada expo Taiwan ni, tapi nak pergi jauh le pulak kat Penang tu. Kalau x dah lama sis terjah, boleh le kita mengetahui tentang produk Taiwan ni..x jejak negara dia tapi tahu produk dia pun jadilah..hehehe
BalasPadamKita dah pergi yang Taiwan Expo kat KL hari tu memang best meriah banyak barang dan produk terutama makanan yang halal boleh di kembangkan dan dijual di Malaysia ni. Mereka juga makin maju sekarang ni hurmmm bagus lah...
BalasPadamsebelum ni akak dah pernah pergi expo Taiwan tapi masih menyusun jadual untuk singgah lagi bila ada kelapangan.. memang banyak produk yang menarik disamping makanan halal.. fuh !! lapar..
BalasPadamyang paling syok sekali sebab bubble tea tu haha! Bestnya orang Penang boleh pergi Taiwan ekspo ni, banyak produk dengan makanan menarik ada dekat sana.
BalasPadamBagus ada expo mcm ni. sedikit sebanyak kita tahu, ada produk baru yang dikeluarkan oleh mereka. Tak la kita terkejut, bila tiba tiba ada produk baru keluaran dari taiwan kan. Dan sekarang ni Taiwan juga tengah banyak meneroka pasaran yang ada kan..
BalasPadamtaiwan sekarang menjadi trending orang malaysia untuk pergi bercuti. menarik juga taiwan ni yer. moga industri halal berkembang di taiwan.
BalasPadam