Adam's Kitchen ni terletak di Bandar Perda, Penang, dekat dgn Restoran Kapitan Perda. Kedai ni actually dah lama nampak tapi tak pernah try. Setiap kali pergi makan kat Restoran Kapitan, Nash Bistro atau Kedai Nasi Arab Hadramawt kat sana, mesti cakap lain kali nak try makan kat Adam's Kitchen. Bulan ganti tahun, tak pergi-pergi pun jugak.
So hari tu, the in-laws family plan nak berbuka kat luar sambil sambut belated birthday Ayah dan advance birthday Ibu. Diorang suggest nak makan kat Adam's Kitchen, so setuju je lah sebab memang teringin nak cuba.
Sempena Ramadhan, diorang ada buat set utk 4 pax atau 2 pax. Antara yg ada dalam set tu Chicken Grill Fried Rice, Lamb Chop Fried Rice, Spaghetti Aglio Olio, Spaghetti Meatball, Fries, Chicken Wing dan Bread & Butter Pudding with Ice Cream. Overall makanan dia not bad. Bread & Butter Pudding mungkin boleh kata sedap sbb Daddy yg kurang makan dessert pun makan banyak jugak. 😅
Cuma service agak slow sikit, makanan lambat sikit & kalut-kalut sikit. Maybe sbb waktu iftar ramai orang kot. Tapi sbb dah pre-order patutnya teratur lah. Maybe kena try datang lagi time tak berapa nak ramai org. Hehe. But they were so good that they came and check and apologise. Nak marah pun tak jadi marah sebab menjaga pelanggan macam tu.
One thing yang menarik pasal kedai ni adalah hiasan dalaman dia. Penuh dengan barang-barang, perabot zaman dulu kala. Kalau mak-mak kita masuk mesti mengimbau kenangan zaman mereka. Sedangkan kita pun ada yang kenal gak satu dua barang. Kalau anak-anak kita, tak ya cakap lah, memang tak kenal apa.
Next time balik Raya ke sana, boleh la singgah jap kan.
BalasPadamMacam best je makanan dia kat situ,
Deco dia pun nampak sesuai untuk sesi instagram.
The food looks good! Tapi kalau service lambat pun nanti org try skali tapi x nak datang lagi... hopefully it was just coz iftar kot.
BalasPadamNice la... Makanan nampak sdap-sedap belaka. Lamb shop fried rice looks so yummy! Sabarlah ye... Sometimes too many people dining, service can be slow, janji sedap :) hehehe...
BalasPadamNampak sedap semuanya dan memang kenyang sangat kalau jadi menu iftar. Kalau servis lambat sikit tu biasalah sebab bulan puasa. Tapi worth to try next time datang ke Penang
BalasPadamTempat yang menarik dan makanan nampak menyelerakan. Harga semoga not too bad
BalasPadamMungkin bulan puasa tu yang lambat. Sebabtu bulan puasa malas nak makan kat luar. Hehe. Kalau nak makan jugak pukul 6petang dah terpacak. Biasa lepas 6.30 ptg boleh berlaku lambat dapat makanan. Lagi tempat tumpuan ramai ni.
BalasPadamAyioo grill daging tu sedapnya memang memanggil kita untuk mencuba makan kat sini tapi jauh lak hehehehe tak apa nanti kalau beraya kat sana rumah sedara kita boleh singgah best geram tengok...
BalasPadamWow wow...nampak macam best makanan dia! Harga berpatutan ke? Customer service baik pun akan bagi peluang lagi untuk cuba sekali lagi. Lebih baik daripada yang lambat dan tak hiraukan pelanggan...
BalasPadamTengok gambar makanan ni terliur pulak dibuatnya, nampak sedap. Kalau lambat tapi bila makan sedap terubat rasa marah tu kan..:D n atleast diorg dtg say sorry
BalasPadamMakanan dah sedap, tempat dah cantik untuk selfie tapi kalau servis lambat, kena ubah supaya pelanggan tak lari ke kedai lain.
BalasPadamMenu Makanan nampak sedap sekali! decoration sangat menarik saya sukakannya tapi kalau ada masalah servis lambat dan lain-lain memang sekali jer datang he he he
BalasPadami suka dekorasi dia sangat cantik dan simple..tapi dalam makanan kat situ nampak menyelerakan hidangan oglio tu...servis sgt penting kalau lambat memang pelanggan kan lari
BalasPadamWahh. . Sesekali buka puasa menu style western syiokkk gak eh. Aduyai. . Menyelerakan kan sungguh menu menu dia. Servis memang penting, kalau sedap servis out pun tak mo datang lagi. Serik! Tapi kalau penuh budi bahasa InsyaAllah akan dipertimbangkan. Akan datang bawa sekali semangat jiwa kental dan tabah. HeheH
BalasPadamWalaupun selalu pergi ke buffet ramadhan tp jauh di sudut hati selalu cakap konsep buffet nie membazir dan somehow x berbaloi harga dia. Yelah, kapasiti kita makan pon bukannya banyak mana. Lebih baik ambik set2 seperti ini. Kita bayar apa yg kita makan sahaja. Dan yg penting x membazir
BalasPadamNampak menarik.. Raya nie blk kg AM kat bukit Mertajam, nak singgah bandar perda cuba gak la menu yg Julia sarankan.. Nmpk menarik n sedap..
BalasPadamHii , boleh contact saya dari Adam's Kitchen ? 011-14451181 - Melor
BalasPadam