15 Januari 2024

Dolce Pinnacle Cafe, kafe terbaru di Iconic Point, Simpang Ampat, Penang

Hari tu kami sekeluarga ke satu cafe yang baru dibuka kat Iconic Point, Simpang Ampa, Dolce Pinnacle Cafe. Konsep cafe ini agak unik iaitu Italian-Asian fusion, gabungan citarasa Itali dengan Asia. Memang berbaloi kalau nak cuba sesuatu yang berbeza!

Lokasi cafe ini di Iconic Point, Simpang Ampat, betul-betul di tengah-tengah pekan, meletakkan kafe ini di antara kafe-kafe yang terkenal seperti Zus Coffee, Bask Bear Coffee, Secret Recipe dan juga kedai Family Mart. Parking di sini ada bayaran, tapi tidak lah terlalu tinggi bayarannya. Dolce Pinnacle ini terletak di tingkat atas. Tetapi jangan risau, ada elevator disediakan untuk ke tingkat atas.

Antara menu yang best-seller di sini ialah Beef Pepperoni Pizza. Serious, pizza dia memang terbaik! Cheesy sangat dan base dia lembut je, macam-macam rasa bergabung dalam satu gigitan.




Selain pizza, kami cuba juga pesto pasta. Pesto di sini memang dibuat sendiri. Sedapnya! Pesto dia kena dengan tekak kita, memang puas hati habis.


Tak lupa juga, kami order kopi dan tiramisu. Kopi dia memang klasik dan pekat, perfect untuk hilangkan ngantuk. Tiramisu dia pun sedap. Layers dia betul-betul well-balanced.


Kafe ini memang luas dan selesa, dan yang menariknya ialah konsep full window! Kalau datang malam memang cantik, boleh tengok lampu-lampu hiasan kat sekitar Iconic Point. Persekitaran dalam kafe memang chill chill saja, sesuai kalau nak hang out dengan keluarga atau kawan-kawan.



Dan yang paling penting, Dolce Pinnacle Cafe adalah milik Muslim sepenuhnya. Pastinya cafe ini automatik masuk dalam senarai cafe untuk hangout lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10