Balqis dah banyak kali ajak Mummy Daddy pergi berkhemah. Kami pun tak pasti dia faham tak berkhemah tu apa sebenarnya, macam mana tidur dalam khemah, nak survive berkhemah tu. Walaupun Mummy Daddy memang biasa camping zaman muda remaja dulu, tapi fikir panjang juga lah kalau nak bawa anak kecil berkhemah.
Yang terpaling "berkhemah" sebelum ni pun bawa khemah pasang tepi pantai sementara BBQ dengan kawan-kawan Daddy kat Pantai Bersih. Tapi tak overnight lah. Tu pun ntah berapa tahun punya cerita.
Banyak kali juga ajak Daddy nak bawa budak-budak konon glamping. Tapi lepas pregnant terfikir, nanti dah ada baby mesti dah putus harapan glamping glamping ni. Ye lah... ada baby kan..
Tapi kami silap percaturan. Bakri yang baru 3 bulan lebih first time camping, tidur nyenyak Alhamdulillah. Tak nangis-nangis pun. Padahal memang takde katil tilam ala glamping la. Tidur atas sleeping bag je. Kat rumah pun kadang jenuh nak bagi tidur. Hahaha! Cuma sebab air sejuk, so mandi ala kadar je la Bakri. Hehe.
Discovery Agarwood Research yang terletak di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang pada awalnya merupakan tapak perkebunan gaharu dan sekarang juga merupakan tapak perkhemahan mini, dibuka untuk umum sejak Ogos 2020.
Anyway, kami membawa anak-anak untuk perkhemahan yang memang tidak dirancang untuk pertama kalinya ni di Discovery Agarwood Research. Daddy ajak pergi try tengok tempat ni sebab nak release stress dua minggu kuarantin dan handle anak kedua yang disahkan positif Covid-19 sebelum tu. Kami bawak siap-siap pakaian semua, tapi memang dah diskas, kalau rasa tak okay, kita bagi anak-anak main petang sikit balik lah, tak tidur sana.
Tapi dua-dua budak tu mengomel taknak balik, nak tidur situ.
Sebenarnya, tak adalah berkhemah sangat pun,sebab trip ni kan tak dirancang dan kami tak bawa makanan berat pun. Jadi kami keluar malam tu ke KFC untuk makan malam. Siap jumpa TokWan dan MakTok sekali, sebab memang kampung Daddy pun kat Balik Pulau. 😂
Ada 9 tapak khemah dengan tandas. Khemah boleh bawa sendiri atau sewa khemah di sana (different rate applies).
Perkhemahan 1 malam dengan sewa khemah termasuk:
✅ 1 khemah besar
✅ 4 sleeping bag
✅ 1 kipas dan extension wire
✅ sarapan pagi
Salah satu sebab kami boleh decide nak camping di sini sebab setiap tapak khemah tu ada tempat mandi/tandas tersendiri. Betul-betul belakang tapak khemah masing-masing. Ada shower, toilet, air paip - good enough dah. Sebab kalau tak ada kemudahan ni mungkin susah la kan dengan anak-anak dan baby. Tempat sangkut baju dan hanger pun ada disediakan juga.
Dan ada juga basic electricity so tak risau lah nak charge handphone, camera semua.
Such a beautiful night out! Been a while!
Kalau nak dengar the beautiful sounds of nature waktu malam, boleh tengok kat video youtube kami.
Antara produk yang juga dijual - Teh Gaharu. Selain tu ada juga pewangi dan sabun.
Kemudahan dan aktiviti lain yang ada di Discovery Agarwood ni:
✅ Kolam renang kanak-kanak - terletak betul-betul di tengah-tengah tapak perkhemahan
✅ Petting farm ada arnab, ayam dan itik!
✅ Laluan mendaki/hiking dengan 13 check points
✅ Basikal
✅ Kawasan permainan di sekitar kolam renang - balance bar, teng teng, wall climbing
✅ BBQ - makanan halal sahaja!
Budak-budak ni memang seronok sangat lah sampai tak berhenti tanya bila nak pergi lagi.
Jangan risau, Mummy pasti akan memastikan Daddy bawa kita pergi lagi sebab kami tak sempat nak pergi hiking.
Dan semestinya, nak BBQ!
Muka tak nak senyum sebab kena balik.
First family camping!
Nenek first camp too! Thank you Nenek join sekali and making memories with the kids.
Gambar cun dah anak tolong tangkap. Tapi mummy pakai selipar je pulak....
Tonton video kami di sini juga.
Nampak best jugak kalau dapat pergi sini. Berkhemah dengan anak ni satu pengalaman yang menarik.
BalasPadamBaca perkongsian awak terus hilang persepsi saya yang berkhemah ni tak sesuai utk yg ada anak kecik. Provided tapak perkhemahan tu full with facilities macam dekat sini.
BalasPadamyes, facilities tu yg buat boleh decide nak overnight camping tu. Kalau tak susah gak bawak budak2 kan.
PadamWow! Nampaknya sangat best betul lar seisi keluarga boleh berkhemah kat sini kan. Banyak aktiviti riadah yang boleh dijalankan.
BalasPadamMenarik gak lokasinya. Pastu boleh plak your kids tak buat perangai kan - mesti depa seronok dapat enjoy the natural surrounding kan. Stay safe ye
BalasPadamYes, sebab tak buat perangai, baru boleh bawak lagi. Haha.
PadamHee seronoknya tengok. Sekali sekali kalau dapat camping bersama keluarga tersayang best juga kan cipta pengalaman baru
BalasPadammemang best, anak2 suka sgt rasa camping macam ni.
Padammacam best je tempat ni. dapat balik kampung nak bawak anak2 menakan pi sini. dekat sangat dengan rumah mak
BalasPadamOrg Balik Pulau ke? hehe. Nanti try lah pegi.
PadamAkak. Bestnya tempat khemah akak tu. Selesa untuk anak-anak tu yang penting. Nanti nak ke sana lah. Tak pernah langsung ke Balik Pulau.
BalasPadamFirst time dengar tempat ni. Agak menarik juga. Boleh plan bawa anak2 ke sini
BalasPadamSeronok akalau dPat bercamping cmni sama2 dengan famili kan... Rasa rindu suasana cmni.. Tempat ni pun nampak menarik
BalasPadamAnak2 ikut mak ayah dia la tu, suka pergi camping. Tapi beruntung la diorang dapat parents n nenek yg sporting. Saya masa kecik dulu jgn harap la dpt mcm ni. Haha.
BalasPadamMenariknya tempat ni.. selalu pergi Penang tapi tak explore lagi option ni.. next time dah boleh pergi Penang, nak try la.. suka camping macam ni.. Banyak pulak activity boleh buat kat sini kan.
BalasPadambest nya dapat bawa anak2 bercuti dengan persekitaran macam ni.. hee~ tapi itu lah.. habis PKP ni nanti boleh ke penang..
BalasPadamwah, thanks sharing tempat ni. wajib terjah dengan anak2 nanti. tahun 2021 ni memang nak bawa anak2 teroka campsite yang family friendly macam ni.
BalasPadamPercutian yang menarik.. nak nak suami dan anak2 ada sekali.. nanti lepas PKP AM nak ajak kengkawan ke sini jugala..
BalasPadamwah, seronok. selesa la bila toilet nice.
BalasPadamada plug points. tu semua umpama kewajipan kan :) hi hi hi hi.
aida google for camping stories, landing sini. tq for sharing pengalaman.
next weekend gonna be my 1st camping experience tau.
in shaa Allah. moga cuaca elok dan nyaman.
Thanks sbb sudi baca pengalaman kami. :D
PadamYa, selesa ada toilet dan plug point tu sebab bawa anak-anak. Untuk permulaan bawa camp site macam ni okay la. Bg anak2 biasa tidur luar dulu. Nanti boleh try yg lagi advanced. Hehe.
Bajet berapa?
BalasPadam