16 April 2021

Sajian Tradisi Melayu dan Maghribi di The Light Hotel Penang

Seperti kebiasaanya, bila masuk bulan Ramadan, kita dpaat lihat sana sini akan ada promosi bufet Ramadan. Setiapnya cuba yang terbaik untuk menyajikan menu santapan yang berbeza yang dapat menarik umat Islam yang berpuasa untuk berbuka puasa, atau juga mereka yang datang untuk makan malam bersama keluarga dan rakan taulan.


Apa yang menarik pada Bufet Ramdan yang disediakan oleh The Light Hotel Penang kali ini adalah barisan menu yang dihidangkan yang jarang dijumpai di tempat lain iaitu masakan Maghribi, selain juadah tradisi melayu, Cina dan India dengan tema Ramadan tahun ini, Santapan Warisan Melayu dan Tabaq al Maghribi.


Lobi hotel juga dihias indah dengan decorasi bertema kan gaya Maghribi.





Bagi mereka yang gemar Masakan Maghribi, The Light Hotel menawarkan kepada anda barisan makanan yang enak yang terdiri daripada M'qualli (Ayam Moroccan dengan Daghmira), broket (daging dalam tusuk sate), Harira (Lentil Maghribi & Sup Chickpeas), Merguues (Daging Pedas Sosej) dan pelbagai lagi.





Selain itu, antara hidangan buffet yang lain adalah Nasi Biryani dengan hidangan sampingan seperti Ayam Bawang D'light, Kambing Hitam Manis, Gulai Kepala Ikan, Gulai Ketam, Gulai Udang, Dalca Tulang Kambing.

Di bahagian "Gulai Periuk Besaq Kenduri Mak Ngah" pula, terdapat Gulai Tetel Pisang, Gulai Ayam Nangka Pucuk Ubi, Gulai Ikan Tempoyak “Che Yah Gebu” dan yang paling viral Daging Harimau Menangis.









Ada juga menu yang disediakan khas atas permintaan seperti Chicken Shawarma, Char Koay Teow dan Gerai Ikan Bakar. Sudut Makanan Cina menyajikan, Nasi Ayam & Itik "The Best Uncle H'ng" dan dim sum segar.




Dan yang pasti dan selalu menjadi tempat pertama yang dituju, semestinya pencuci mulut. Buah-buahan segar yang disajikan semestinya menjadi pilihan samada untuk pembuka hidangan bagi sesetengah, atau ada juga yang lebih suka makan sebagai pencuci mulut. Selain itu, terdapat juga kuih tradisi Melayu dan hidangan pencuci mulut ala barat, menepati selera setiap tetamu.

Pelbagai jenis kurma untuk berbuka.




Tidak lupa, salah satu item menarik bagi bufet Ramadan ini ialah sudut Tea Master di mana pelbagai jenis teh sedia dihidang atas permintaan pelanggan.



Selain makanan yang pelbagai dan sedap, Buffet Ramadan The Light Hotel juga disertakan dengan:
- Dendangan Lagu-lagu Nasyid dan Melayu Klasik dari Ar-Rayyan
- Laungan Azan Maghrib
- Fasiliti surau yang kondusif 



Buffet Ramadan The Light Hotel akan sedia menerima pelanggan mulai 13 April hingga 12 Mei 2021 dari jam 7.00 hingga 9.30 malam. Harga bufet RM 108.00 (Dewasa) RM 68.00 (Kanak-kanak) dan RM 90.00 (Warga Emas).


18 ulasan:

  1. Kalau nak berbuka kat luar, surau yang luas memainkan peranan juga supaya tak bersesak dengan ramai orang. Nampak hidangan kat sini pun banyak pilihan.

    BalasPadam
  2. boleh tahan juga harga bufet ni tapi berbaloi tengok tempat dia selesa dan menu pun banyak pilihan. nice sharing :)

    BalasPadam
  3. terpegun kejap tengok dekorasi hotel. cantiknya! makanan pun nampak menarik sis. tapi tu la jauh sgt klau dekat boleh pergi dah hahaa

    BalasPadam
  4. Wah nampak best. Suka tengok ambience dia betul2 klasik. Menu pun boleh tahan sedap. Kena try ni.

    BalasPadam
  5. Wow all the food looks delicious and there is also live entertainment. Awesome. :)

    BalasPadam
  6. Lobo hotel dia memang totally transformed ek. Memang middle eastern betul ambience dia. Makan pun bersebut 'ya habibi ya maulana' hahaha

    BalasPadam
  7. gave up sis tengok semua makanan disediakan.. dah kenapa nampak delicious semua makanan nya tak tahan lah tengok kambing goleh dan gulai tu jadi lapooorrr nanegsssss

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Akakkk sedapnya kakkk!!! Buffet Ramadan dia semua selera tekak kita. Siap ada persembahan tu. Lagi seronok berbuka puasa kan kak. 🥰

    BalasPadam
  10. Kelainan juga ya menu Maghribi. Jarang2 ni dpt makan menu macam ni. Yg penting hotel dia lawa nya.mmg mcm arabian night gitu.

    BalasPadam
  11. Banyak dah buffet ramadan tahun ni. Tinggal nak pilih yang mana berkenan. Menu2 dekat sini pun menarik juga

    BalasPadam
  12. wahhhh cantik gila decoration lobi dia..rasa nak pergi berbuka puasa kat sini je tapi tak boleh..haha tak boleh rentas negeri T___T

    BalasPadam
  13. Wahhh arabian sangat ni. Suka dengan makanan arab esp nasi dia.. sedap. Deko cantik ada persembahan bagai mmg mantap

    BalasPadam
  14. Nampak macam Nasi Dagang tu, ke nai beras perang? Kalau Nasi Dagang alamakk sedapnyaa, jarang ada time buffet ramadan ni.. berbaloi le rege dengan menunya.. yang dekat boleh datang cuba, setahun sekali je ni..

    BalasPadam
  15. Cantiknya lobi hotel ni.. perghh! Haruslah berOOTD sebelum berbuka if dapat iftar kat sini nanti..

    BalasPadam
  16. The Light Hotel Penang is so nice and beautiful! Love the buffet spread a lot

    BalasPadam
  17. Cantik betul decor Dia.. Makanan pun ya ampun menarik semua nya.. Kita kalah dgn kambing bakar.. Cicah dgn mint sauce.. Fuhhhh

    BalasPadam

09 10