13 Jan 2021

Tongue tie dan cabaran dalam breastfeeding

Ingat tak saya selalu sebut, kalau nak berjaya dalam pernyusuan susu ibu, kena gali ilmu secukupnya sebelum bersalin. Sebab breastfeeding does not come naturally to all moms.


Lepas bersalin Bakri, saya teruja sangat nak mulakan penyusuan. Skin-to-skin after birth salah satu key utama nak kick-in hormon dan start breastfeeding.


Hari kedua ke ketiga. Saya mula sedar - Bakri tak dapat nak melekap (latch) elok-elok bila menyusu.  Sesi penyusuan yang tak sepatutnya menyakitkan terasa sakit. Ada beberapa simptom lain yang memang menunjukkan perlekapan tak sempurna (poor latching). Cuba banyak kali dah tips-tips nak bagi latching elok tapi still tak boleh nak latch elok. Tiba-tiba terfikir sesuatu.


Saya saspek Bakri ada tongue tie. So bila dia menangis, saja biar dia menangis kuat-kuat sebab nak tengok bawah lidah dia. Memang nampak pelik sikit, lidah dia sedikit berbentuk ‘love’, tak terangkat sepenuhnya.



Tapi mestilah tak boleh nak self-diagnose. Boleh jadi memang salah skill, latching tak betul. Lepas balik dari hospital, makin teruk. Sampai clogged duct. Sigh.

Ingat ni -- kalau clogged duct atau bengkak susu tak settle, boleh jadi mastitis, boleh jadi breast abscess (nanah).

Jadi, pada hari ketujuh, kami pergi ke Dr Nurhaya Lactation Center dah alang-alang husband cuti.

Mula mula sekali, saya book appoinment untuk lactation massage by the one and only Cik Sakinah. Lega sangat lepas clogged duct dan engorgement gone!

Lepas tu baru jumpa Dr Nurhaya Yacob nak dapatkan professional advise on my suspicion.
Yes - Bakri ada tongue tie. Not really bad - but bad enough to affect our breastfeeding journey.

Sebagai mak yang menghadap kesakitan dan kesukaran menyusu ni, dan dengan izin husband, kami decide nak buat prosedur release tongue tie Bakri dan minta surat referral dari Dr Nurhaya. Dr Nurhaya ajar some good hacks macam mana nak menyusu dan dapatkan optimum milk transfer sementara tunggu nak release tougue tie Bakri.

Hari ke 12 baru dapat slot temujanji dan kami pun pergi Hospital Pantai Penang untuk berjumpa dengan Dr Zul, Ear, Nose and Throat (ENT) Specialist untuk release tongue tie. Sekejap sangat, less than 3 seconds! Bakri check jaundice nangis lagi lama dari snip tongue tie.

Alhamdulillah, breastfeeding is much better since then.

Sejujurnya, rasanya mesti tak dapat nak catch masalah tongue tie ni cepat kalau tak belajar dalam kelas Antenatal Breastfeeding Workshop dengan DNLC. Sebab salah satu topik yang dibincang adalah “Cabaran dalam Penyusuan Susu Ibu” dan memang ada dibincangkan tentang tongue tie sebagai salah satu cabarannya.

Memang ada ibu yang berjaya menyusukan anak walaupun anak ada tongue tie, tapi bukan kami. Simptom memang dah menunjukkan jalan tak berapa nak lurus.

Sebab tu saya selalu ulang dan tekankan - kalau betul-betul nak menyusukan anak, belajarlah.

This is me speaking as a mom. I’m not even a lactation peer counselor. ✌️ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10