Rasa macam banyak benda nak post tapi tak tahu kenapa tak jumpa mood tak jumpa masa nak post post.
Cerita bulan September lepas, bawak Bilal dan Balqis ke Klinik Perggian KKM untuk annual check up, sempena kempen "Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi."
Bilal ada check up kat klinik kesihatan untuk umur 4 tahun. Ya, kami memang skema sampai anak 6 tahun bawak ke klinik kesihatan untuk check up ikut buku pekembangan kanak-kanak yang KKM sediakan bila anak lahir tu, atau lagi terkenal dengan nama buku pink/biru. Penting ya buku tu, banyak tentang perkembangan kanak-kanak, makanan anak dari bayi sampai usia 6 tahun yang boleh buat rujukan. Sila lah rajin rajin belek dan baca.
So anyway, alang-alang pergi check up doktor, teringat nak pergi klinik gigi terus tanya kot boleh walk in check. Klinik kata untuk check boleh, untuk rawatan kena buat appointment. Maka kita terus lah daftar sekali.
Misi kata gigi Bilal bersih. Bilal good tak takut pun, duk rileks je kena check walau muka ada cuak sikit. Tapi syok misi dah bagi mainan askar. Habis check, balik rumah ponteng sekolah walaupun beriya pakai baju sekolah.
Sebab tak ramai orang dan boleh walk in untuk check, Mummy balik hantar Bilal, bawak Balqis pula. Tapi sebab Balqis dah 7 tahun, tak check kat misi dah. Dentist yang check. Dentist kata gigi Balqis pun elok je. Mummy yang cuak lebih sebab dah nak 7 tahun 1 batang pun tak goyang lagi.
Okay, kalau tak de apa apa masalah, next year kita datang lagi. Hehe.
Awesome service for RM1 fee.
Nota kaki: Abaikan seluar senteng kakak. Tu bukan asalnya seluar 3/4 ye. Tapi Mummy tak larat nak jahit dah. Baru jahit, cepat sangat dah senteng. 🥴
Tiada ulasan:
Catat Ulasan