Sep 22, 2021

Barang Keperluan Penyusuan Susu Ibu yang Penting di Awal Kelahiran

Apa barang keperluan penyusuan yang pertama you all beli masa mengandung?

Masa mengandungkan anak pertama, bila kata nak menyusukan dengan penyusuan susu ibu sampai dua tahun kononnya, salah satu benda terawal beli masa mengandung tu breast pump. Sebab duk fikir, kalau nak menyusu 2 tahun, hantar dia kat pengasuh, mesti lah kena ada pam. Penting lah pam tu.

But, I was wrong!

Benda paling basic, benda paling penting dibuat masa mengandung kalau nak menyusukan anak - cari ilmu. Bukan barang, tapi memerlukan wang untuk join kelas yang detail. Ni lah yg saya duk ulang cakap banyak kali.

Lepas cari ilmu, boleh fikir dah apa barang keperluan / breastfeeding essentials yang perlu masa awal-awal lepas kelahiran. Dan barang tu bukanlah pam!

Kalau anak dan ibu tak ada masalah, boleh menyusukan, pam tu habis pantang baru fikir. Kalau terjadi masalah yg ibu kena juga perah susu bagi kat anak, perah guna tangan. Belajar marmet. Bagi guna syringe atau cup. Ini penting nak elakkan nipple confuse.

So, apa barang yang penting lepas kelahiran atau perlu dalam pantang tu?


Rata-rata ibu memang akan mengalami bengkak susu walau sedikit bila susu start kick in. Kalau ada tukang urut, boleh la nak urut-urut bagi lega. Boleh juga perah.

Tapi kalau dah mula sakit, thermal pad ni la penyelamat. Tuam sejuk bagi selesa sikit kalau sakit sangat, tuam panas bagi susu flow elok. Bila dah tuam, nak buat perahan tangan pun senang.

Ada yang kata boleh guna tuala je. Tapi kalau guna tuala, leas rendam air panas tu, dia cepat sejuk balik. Kalau guna thermal pad macam yang Shapee ni (link), dia ada gel so lepas panaskan tu tahan lama haba tu. Tak perlu dah asyik nak rendam 2 3 kali.


Bila menyusu bayi lepas susu kick in, oxytocin pulak tengah meninggi-ninggi, memang selalu je jadi let down reflex atau bahasa pasarnya, "susu bocor" kat payudara ibu yang lagi sebelah tu. So boleh la guna milk collector untuk tadah susu kat breast sebelah lagi. Tak de lah duk kata bazir susu menitis.

Milk collector yang pakai ni, beli zaman Bilal dulu. Masa tu tak banyak option. Brand mahal je ada. Sekarang ni dha banyak pilihan milk collector yang lebih affordable tau.

Bila dah tadah tu, boleh lah simpan buat stok ke. Susu dalam fridge kan tahan sampai 3 bulan. Yang penting jangan pam dalam pantang okay. Silap haribulan, overproduction, bengkak susu lagi teruk.

Ingat tau, milk collector ni utk tadah susu, bukan perah susu.


Benda ni agak essential bila time-time pandemik, nak kurangkan jumpa tukang urut kalau jadi bengkak susu atau blocked duct (saluran susu tersumbat.) Sangatlah membantu melegakan. Kalau guna sambil pam pun, boleh melajukan flow susu.

Lactation massager ni ada beberapa part yang berbeza function. Kalau nak beli, belilah dari seller yang boleh support dan ajar cara penggunaan juga. Jangan main beli je, nanti tak fully utilized, rugi!

Yang ni jangan kata dalam pantang. Kalau ibu ibu bekerja yang akan pam susu pun simpan lah benda ni. Bila sesekali pam tak efektif keluarkan susu, jadi blocked duct (clogged duct) masa tu memang sangat lah membantu ada lactation massager ni.



Kenapa jangan sibuk beli pam dulu?
Sebab untuk berjaya menyusu, kena establish breastfeeding awal kelahiran, bukan terus fikir nak buat stock susu.

Nak establish breastfeeding - latching is the key.
Tiga benda ni pula dapat bantu kurangkan dan legakan masalah-masalah yang selalu ibu dapat dalam pantang.

P/s:
Satu lagi benda kalau nak spend is kerusi yang selesa untuk nursing. Sangat berbaloi!

P/s:
No, this is not a sponsored post. Not sponsored, not a lactation counsellor, kenapa sibuk tulis pasal breastfeeding?
Sebab saya pernah tersalah langkah. Saya taknak ibu lain lagi-lagi ibu baru tersilap langkah juga. ❤️


11 comments:

  1. Informasi yang berguna untuk first time mothers kan. Dah siap ada link, mesti senang diorang nak cari bahan yang diperlukan.

    ReplyDelete
  2. Very useful and informative posting that will be useful for breastfeeding mother, mom to be or even for the husband to take note too! Good one..

    ReplyDelete
  3. Tengah Pandemik ni, ramai ibu usaha untuk beri susu badan kepada anak kan, yang penting tau tips nak banyakkan susu dan juga kebersihan ketika menyusu anak.. bagus tips Julia ni..

    ReplyDelete
  4. Kunci utama penyusuan susu ibu adalah jangan stress. Biar natural hubungan ibu anak tu go with the flow. Permulaan penyusuan memang mudah. Bila habis berpantang. Mula bekerja. Mula buat kerja rumah. Kepenatan. Ni stok susu pun susut nanti. Journey utk menyusu selama 2 tahun at least pun struggle kan kak. Semoga dipermudahkan urusan ibu ibu utk meneruskan penyusuan susu ibu eksklusif kepada si manja.

    ReplyDelete
  5. penting ni.. utk kita lancarkan proses penyusuan dan juga sebagai motivasi untuk teruskan beri susu pada anak

    ReplyDelete
  6. Good sharing! Penyediaan penyusuan kena ada dan paling penting emosi dan kecekalan jugak. Support dari husband and family penting untuk berjaya hingga baby 2 tahun.

    ReplyDelete
  7. Wahhh tips yg sangat berguna ni pulak2 bagi mereka yg baru jadi ibu kan.

    ReplyDelete
  8. Good tips and informative. I can keep this as future reference if has rezeki dapat anak.

    ReplyDelete
  9. Info berguna bagi pasangan yg baru nak terima cahaya mata pertama dan yang baru mendirikan rumah tangga orang muda tak tahu sangat kena rajin bertanya dab membaca macam kat sini. Kita pun tak tahu sebab belum kahwin lagi hehehe...

    ReplyDelete
  10. Info ni memang sesuai untuk semua ibu muda/baru. Sebab tu artikel saya suka artikel macam ni, very informative

    ReplyDelete
  11. Thermal pad tu mmg wajib ada kan. Bengkak susu nak nangis rasanya..huishh

    ReplyDelete

09 10