Cuti sekolah bulan Januari hari tu, Mummy ambil peluang masa cuti tu untuk selesaikan satu misi kecil dengan Balqis dan Bilal — misi kosongkan semua tabung syiling yang dah lama tersimpan di rumah. Mummy bawa the Bees ke Maybank Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, Perai, sebab dekat sini ada Mesin Deposit Duit Syiling yang self-service.
Sampai je di cawangan Maybank tu, kita naik ke tingkat 1. Mesin tu terletak dalam kawasan perbankan. Mesin ni sangat mudah digunakan dan mesra pelanggan, anak-anak pun teruja! Balqis dan Bilal boleh masukkan syiling sendiri, dan mereka memang seronok sebab setiap kali masukkan syiling, jumlah terus naik di skrin secara ‘live’. Mesin akan detect dan kira semua syiling secara automatik, tak perlu asingkan pun. Mummy hanya perlu bantu pantau dan pastikan semuanya berjalan lancar.
Lepas semua syiling habis dimasukkan, mesin akan keluarkan resit yang memaparkan jumlah keseluruhan. Dengan resit tu, kami terus ke kaunter dan bagi nombor akaun. Staf Maybank akan terus proses dan masukkan jumlah tersebut ke dalam akaun bank kita. Tak perlu tunggu lama-lama atau ulang-alik ke bank — sangat efisien!
Sebelum jumpa mesin ni, kami pernah singgah di beberapa cawangan bank lain, tapi ramai yang kata tiada mesin deposit syiling, atau proses ambil masa 2–3 hari sebab perlu tinggalkan duit syiling dulu. Bila dapat tahu cawangan ni ada mesin khas, memang puas hati dan sangat menyenangkan.
Cumanya, sebab mesin ni berada dalam kawasan kaunter, jadi kena datang waktu pejabat sahaja. Tapi Alhamduillah, masa kami pergi tu tak terlalu sesak, dan staf pun mesra serta banyak membantu. Ini juga peluang terbaik untuk anak-anak belajar tentang pengurusan wang dan urusan perbankan secara langsung.
Dari kira syiling, bawa ke bank, guna mesin sendiri, sampai lah proses deposit — semua pengalaman praktikal yang sangat berguna untuk mereka.
Misi kosongkan tabung syiling ni mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya penuh dengan nilai pendidikan. Bila kita libatkan anak-anak dalam urusan kewangan harian macam ni, mereka bukan saja belajar cara mengurus duit, tapi juga faham kepentingan menabung dan menggunakan perkhidmatan bank.
Kalau anda pun ada koleksi syiling yang dah lama terkumpul di rumah, cubalah bawa ke mana-mana cawangan bank yang ada mesin ni. Seronok tengok anak-anak semangat bila lihat jumlah naik di skrin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan