22 September 2020

Mainan sensori dengan pasir (Construction themed sand sensory play)

Masa plan last minit nak buat makan-makan untuk birthday Bilal baru-baru ni, sebenarnya plan nak buat small scale messy play di Open House Play Center, sebab dah lama sangat tak buat messy play sejak pandemik melanda.

Tapi sebab hujan yang tak menentu pagi petang sejak seminggu dua, terpaksa batalkan niat. Takut pulak tgh messy play hujan tiba-tiba, kesian tetamu pulak. Jadi plan tukar buat makan-makan sikit kat rumah je. 

Tapi sebab Mummy yang dah teringat-ingat nak bagi Bilal and Balqis main, jadi Mummy terus ajak Daddy set up small sensory play sections at home.

Dan sebab Bilal is so into construction trucks and sort that we have to hafal all the vehicles name (ppfftt!) we made a sensory play section of sand play with construction theme!


11 September 2020

Kaitan bermain dengan anak-anak membaca dan menulis

Masa nak cari sekolah untuk Balqis, pilihan kami agak limited disebabkan kawasan rumah kami yang bukanlah di tengah-tengah bandar. Jujurnya, salah satu pilihan utama nak masukkan ke play school tapi jauh jaraknya dari rumah kalau nak pergi hantar dan balik.


Lepas tu nak kena fikir waktu pula. Ada tadika had kan masa maksimum daycare sampai pukul 6 ptg sahaja. Oleh sebab masa tu kerja yang memang sampai dalam jam 6.30 ptg, maka cut juga dari list.


Kebetulan ada satu sekolah ni. ]ay care sampai 6.30 petang dan franchise kepada tadika yang dah well-established juga. Jadi kami decide nak pergi open day tu juga. Dah la kami sampai lambat, Principal nak start presentation dah.


Ok point satu suka principal ni sebab dia dari KL. (Ok biased, I know LOL! JK!).


Tapi, yang buat terus pandang Amin dan decide, "Ok, Balqis masuk sekolah ni" - sebab salah satu slide presentation principal tunjuk tentang Learning Skills Pyramid (rujuk rajah di bawah.)


(Sumber gambar: HOL Solutions)
09 10