Hari pertama puasa carik juadah berbuka kat Pasar Ramadhan Parit Buntar, Perak. So far selama 7 tahun puasa kat sini, ada 2 pasar yang tau. Lagi satu kat Bandar Baru, Kedah. Kalau ada pasar baru kat Nibong Tebal, Pulau Pinang, boleh lengkap 3 negeri jalan carik juadah berbuka. :D
Apa2 pun, selamat berbuka puasa kawan2. Selamat berbuka ni selamat dah 1 hari kita berpuasa. Waahh nak raya!! :D
11 Ogos 2010
Pasar Ramadhan Parit Buntar
08 Ogos 2010
Doli kuey teow goreng
Setelah lama tak makan, dapat jugak akhirnya singgah Taiping makan Kuey Teow Doli yang terkenal ni. Jemput makan ye semua :D
02 Ogos 2010
Mari pulang ke kampus tercinta
Tengah tunggu keretapi kat KL Sentral utk pulang ke Parit Buntar. Tadi dinner dengan mak & sepupu, Diba dan diorang hantar ke sini. Tapi diorang dah balik. Tren sepatutnya berlepas pukul 10malam mengalami penangguhan dan dijanka berlepas jam 1020 mlm.
Guilty pleasure~ finally!
Setelah lama mengidam Wendy's akhirnya dapat jugak! Oh my cheese & cheese baked potato~ *drool*
Bila ntah nak ada Wendy's kat Penang.
Jemput makan! Hehe.
01 Ogos 2010
Bersihkan kubur
Sekarang ni ada kat Tanah Perkuburan Jalan Ampang. Dari kecik selalu datang ikut atuk bersihkan kubur saudara mara sebelum raya. Tapi sekarang atuk dah tak larat, jadi anak cucu yang datang bersihkan. Hari ni datang dgn mak, makcik & sepupu. Kat sini (Jalan Ampang) je ada 13 kubur termasuk nenek, makcik & pacik & moyang2. Lepas ni ke Tanah Perkuburan Jalan Kuari, Cheras pulak.
2 kubur dlm gambar ni yg kiri kubur nenek yg meninggal thn 1968 dan yg kanan kubur pakcik (menantu nenek) yg meninggal 4 Januari 2010.
Al-fatihah.
Langgan:
Catatan (Atom)