Genap dah pasar Ramadhan kat 3 buah negeri yg bersempadan mengelilingi Kampus Kejuruteraan USM. So today, the destination for food hunting is at Nibong Tebal. The pasar here is not really as big and happening as the one in Parit Buntar or Bandar baru. Tapi kat sini ada karipap gergasi. Rugi x amek gambar. Kat kedai kuih ni jugak ada kuih serabai. So juadah hari ni agar2, nasi tomato, paru berlada dah air tebu.
Happy break-fasting!
19 Ogos 2010
Pasar Ramadhan Nibong Tebal, Pulau Pinang
Pak Mat Kerang Rebus, Parit Buntar
Tiap2 tahun bila bulan puasa mesti banyak kedai kerang bakar kat area sini. Salah satunya yang famous kat sini kedai kerang rebus Pak Mat. Macam dah perkara wajib bila bulan puasa carik kerang rebus kat area sini. Dulu kedai Pak Mat kat tepi Hospital Parit Buntar, sekarang kedai ni pindah kat Pekan Lama Parit Buntar.
15 Ogos 2010
Berbuka Puasa di Crown Plaza
Berbuka puasa di Crown Plaza ikut mak. Ofis mak buat buka puasa di sini. Hari ni hari makan puas2 sebelum pulang ke kampus :P ada macam2 kat buffet sini termasuk Japanese food and Arabic food. kuih2 Melayu pun mcm2 jenis termasuk wajik, onde-onde dan cek mek molek.
13 Ogos 2010
Tarawikh pertama Ramadhan ni dengan keluarga
Setelah 3 hari bertarawikh sendiri di kampus, akhirnya dapat bertarawikh dgn keluarga - mak, makcik & sepupu di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan. Teringat masa kecik2 berjalan ke masjid dgn atuk, tp atuk dah xlarat nak jalan ke masjid dah sekarang.
Seronoknya dapat berbuka & beribadah dgn keluarga. Alhamdulillah :)
12 Ogos 2010
Pasar Ramadhan Bandar Baru, Kedah
Hari kedua puasa keluar cari juadah di pasar ramadhan lagi. Kali ni ke Bandar Baru, Kedah pula. Bunyi mcm jauh je kan carik makanan berbuka. :D
Hari ni beli kueh dan ayam percik dan air jambu je. Kueh tu kueh serabai. Akhirnya dapat jugak serabai tanpa perlu pegi ke Taman Tun Sardon, Penang. Sedap tak sedap lepas berbuka baru tau ye. :P