28 Ogos 2025

Memorial Negarawan Kuala Lumpur: Kenali 7 Tokoh Kemerdekaan di Jalan Dato’ Onn

Memorial Negarawan mungkin tak sepopular muzium besar lain, tapi di sinilah tersimpan kisah orang-orang penting yang merintis jalan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia moden. Sebenarnya kami lawat Memorial ni bulan Ogos tahun lepas, tapi tak betul-betul share lagi tentang tempat ni. Sempena bulan patriotik, barulah rajin nak tulis. Biar memori dan pengajaran daripada lawatan ni tak hilang begitu saja.

08 Mei 2025

Galeri Melayu Pulau Pinang: Menyelusuri Warisan di Rumah Teh Bunga, Georgetown

Jika anda sedang mencari tempat yang penuh dengan nilai sejarah dan budaya Melayu di Pulau Pinang, Galeri Melayu Pulau Pinang yang terletak di Rumah Teh Bunga, Jalan Hutton, Georgetown adalah destinasi yang patut dikunjungi.

Galeri ini memaparkan pelbagai aspek budaya dan sejarah masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Antara pameran yang terdapat di sini termasuklah pakaian tradisional, alat muzik, permainan tradisional, barangan antik, serta dokumentasi sejarah penempatan awal Melayu di Pulau Pinang .

15 April 2025

Deposit Duit Syiling di Maybank Jalan Chain Ferry: Mudah, Cepat dan Mesra Anak-Anak

Cuti sekolah bulan Januari hari tu, Mummy ambil peluang masa cuti tu untuk selesaikan satu misi kecil dengan Balqis dan Bilal — misi kosongkan semua tabung syiling yang dah lama tersimpan di rumah. Mummy bawa the Bees ke Maybank Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, Perai, sebab dekat sini ada Mesin Deposit Duit Syiling yang self-service.

20 Disember 2024

Chang Jiang White Coffee di People's Park: Nostalgia Kopi Putih Klasik Ipoh

Jika anda berada di Ipoh dan sedang mencari tempat yang menawarkan suasana santai dengan cita rasa klasik, People's Park 長江白咖啡 Chang Jiang White Coffee adalah destinasi yang wajib anda singgah. Terletak di kawasan bersejarah People's Park, café ini menggabungkan keunikan Guangdong Garden Style Café dengan elemen nostalgia yang membangkitkan kenangan zaman dulu.


Langkah sahaja masuk ke Chang Jiang White Coffee, anda pasti akan terpesona dengan suasana klasik yang ditawarkan. Dekorasi café ini mengimbau kembali era silam dengan hiasan-hiasan vintaj, perabot kayu, dan susun atur yang begitu ikonik.

15 Disember 2024

JIM @ Lubok: Port Makan Strategik dengan Hidangan Lazat & Kemudahan Terbaik di Kuala Kangsar

Dalam perjalanan di antara Kuala Kangsar dan Grik, siapa sangka ada sebuah restoran yang bukan sahaja menyajikan hidangan yang lazat, tetapi juga dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa? Terletak di tepi jalan besar Lubuk Merbau, JIM @ Lubok menjadi destinasi persinggahan popular untuk mereka yang ingin menikmati sajian berkualiti sambil berehat daripada penat perjalanan.


Restoran ini dikenali dengan suasana santai dan mesra keluarga, menjadikannya tempat makan yang sempurna sama ada untuk makan malam kasual bersama rakan-rakan atau makan santai dengan keluarga. Lokasinya yang mudah diakses membuatkan ia sentiasa menerima kunjungan ramai, sama ada penduduk tempatan mahupun pengunjung luar.

09 10