So few months back, i did a closet clearance and have some clothes that I don’t use anymore and wanted to send it off to PBSM. Then call cousins & aunts tanya kalau2 ada jugak barang nak hantar sana, boleh kumpul2 hantar sekali. tetiba bila dah kumpul macam banyak pulak. then mum said, this time x payah hantar kat PBSM la. she read about an orphanage home, Rumah Titian Kasih (RTK), near Taman Tasik Titiwangsa. So she gave me the address and I went there with my aunt & cousin. Masa tu, pergi, hantar clothes and some dry foods, then balik. Nothing much.
Lebih kurang seminggu yang lepas, sepupu ada buat kenduri tahlil hari ke 40 untuk pakcik kat rumah atuk (the same house i live in). Masa kenduri tu, kami ada buat bungkusan2 makanan2 kering (kueh mueh, buah, jelly etc) untuk bagi pada tetamu2. So, sepupu tu buat la lebih sebab nak sedekah kat rumah anak yatim sikit. Ikutkan rumah yang kitorang pergi tu, ada la dalam 50 orang mcm tu kot (anggaran je).
So esok tu, kitorang pun pergi la ke Rumah Titian Kasih tu, bawak bungkusan2 tu dan ada baju2 dari ahli keluarga yang x digunakan lagi.
Sampai-sampai kami carik Mak Pah, pengurus rumah tu. Mak Pah kata x ramai orang hari tu sebab ada orang bawak diorang pergi kenduri kahwin. Ok, x kisah lah tu.
Mak Pah tanya kami pernah pergi tak rumah lagi satu, rumah yang menempatkan anak2 perempuan. Ohhh.. rupanya baru kami tahu rumah yang ni ialah rumah lelaki, tapi sebab pejabat kat sini so Mak Pah selalu kat sini. Rumah lagi satu rumah perempuan. Mak Pah kata kat rumah perempuan ada orang OKU dan warga emas jugak. Mak Pah ajak kami pergi rumah tu. Ok gak. sebab x pernah pergi tengok pun.
Sementara tunggu Mak Pah and pergi rumah perempuan, kami beli la sikit2 makanan2 yang dijual, hasil tangan ibu2 tunggal di sini, sebagai salah satu punca pendapatan. Ada kerepek, kuih dan acar buah.
Sampai kat rumah perempuan, tengok x ramai orang. Mak Pah kata ada yang pergi kem motivasi, ada yang pergi kenduri kahwin.
Masuk dalam rumah tu, ternampak ada seorang kanak-kanak perempuan ni. nampak macam umur 2-3 tahun. Duduk sorang2 je. Mak Pah bagi satu bungkusan yang kamu bawak tu. dia masuk bilik, duduk sorang2 je terkial-kial nak bukak bungksan tu. Bila nampak die macam susah nak bukak tu, kitorang datang kat dia nak tolong dia..
see that’s my niece, Nurin in yellow shirt. she’s 4+ years old. kak cik is much smaller than Nurin,kan. But she’s actually 5. Mak Pah kata dia sangat x cukup makan, x cukup zat before masuk RTK ni. Kak Cik ada 2 org abang yang sama2 tinggal di sini.
Anak yatim, OKU, ibu tunggal, warga emas – all in a place they call heaven, Rumah Titian Kasih (Mak Pah is the one on the right, in blue kurung and grey tudung)
This is Haziq and his sister Farah. both parents are alive. but sadly dua-dua bermasalah, and pity this beautiful kids, kat sini tempat mereka akan membesar.. i wonder where are the other family member..grandparents? aunties? uncles? :(
bercerita pasal pergi Rumah Titian Kasih ni bukan dengan tujuan nak berlagak. kami pun bukan orang senang sangat pun. tapi kami teringin nak tolong setakat mana yang mampu. InsyaAllah, Allah tahu niat kami ikhlas.
and i hope and pray, kalau la ada yang lebih mampu, bantu-bantu lah mereka ni jugak. RTK bukan di bawah biayaan Jabatan Kerajaan Masyarakat ataupun Baitimal. They stand on their own feet. and they need help.
Rumah Titian Kasih (RTK)
62A-2, Lorong Maran Off Jalan Kuantan,
Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4025 5246
Penghuni: 85 orang
Ibu Tunggal: 20 org
Anak2 Yatim: 51 org
OKU: 12 org
Warga Emas: 2 org
In charge: Sharifah Adlan (Mak Pah) - 019-645 5769, 03-40255246
“Mum, i love you so much. thanks for everything. thanks for the 25 years of struggles to take care of me. did your best to make me who i am today. i know it was hard for you. but u did it anyway. thanksss! everyday should be mother’s day. How lucky I am to have you… :) “
Loves.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan