11 Sep 2020

Kaitan bermain dengan anak-anak membaca dan menulis

Masa nak cari sekolah untuk Balqis, pilihan kami agak limited disebabkan kawasan rumah kami yang bukanlah di tengah-tengah bandar. Jujurnya, salah satu pilihan utama nak masukkan ke play school tapi jauh jaraknya dari rumah kalau nak pergi hantar dan balik.


Lepas tu nak kena fikir waktu pula. Ada tadika had kan masa maksimum daycare sampai pukul 6 ptg sahaja. Oleh sebab masa tu kerja yang memang sampai dalam jam 6.30 ptg, maka cut juga dari list.

Kebetulan ada satu sekolah ni pula. Sebenarnya kami agak stress masa awal-awal communicate dengan sekolah ni. Sebab sekolah lain semua senang je nak bagi jadual harian dan lain-lain info yang ditanya, tapi sekolah ni tak provide di Whatsapp. 

Cuma kata info akan diberi semasa taklimat/open day. Dua tiga kali juga la dapat jawapan tu. Tapi at least day care sampai 6.30 ptg dan franchise kepada tadika yg dah well-established juga.
Jadi kami decide nak pergi open day tu juga. Dah la kami sampai lambat, Principal nak start presentation dah.

Ok point satu suka principal ni sebab dia dari KL. (Ok biased, I know LOL!).


Tapi, yang buat terus pandang Amin dan decide, "Ok, Balqis masuk sekolah ni" - sebab salah satu slide presentation principal tunjuk tentang Learning Skills Pyramid (rujuk rajah di bawah.)


(Sumber gambar: HOL Solutions)

YES!

Sebab principal menekankan kepentingan membina ‘base’ piramid dengan kemahiran-kemahiran motor, sensori dan lain-lain sebelum mula belajar membaca dan menulis.
Sebab principal yang akan lead the school tahu tentang kepentingan bermain.
Sebab walaupun tadika ni masih book-based, bukan fully play school, tapi principal tetap tekankan tentang jangan push belajar kalau base tak kuat ni.

Ya, kalau anda tak pernah tengok piramid ni, sila perhati betul-betul. Cuba cari akademik di mana?

Kat atas sekali yang paling kecil tu. Kalau dalam piramid makanan pun, yang paling atas tu paling sikit kita makan. Makanan di bahagian bawah piramid yang kita kena makan banyak bagi kuat dan sihat.

Jadi, macam mana nak bina base yang kuat ni? MAIN!

Ya! Bagi anak-anak bermain!

Banyak cara bermain untuk kuatkan kemahiran-kemahiran ni. Boleh la Google, follow pakar-pakar perkembangan awal kanak-kanak (early childhood education) seperti Dr Putri Afzan Maria dan page-page yang share tentang BERMAIN.

Jadi, kalau anak-anak lambat pandai menulis ke, membaca, jangan lah salahkan cikgu kat sekolah terus-terus.

Contohnya, kalau anak-anak belum reti pegang pencil umur 5 tahun, janganlah terus salahkan cikgu tak ajar anak pegang pencil.

Cuba check, biasa kan tak anak-anak practice hand grasp dari kecil?
Cuba recall, anak-anak biasa pegang finger food sendiri tak masa kecil nak asah skill pincer grasp?
Ke mak suap je anak sebab takut anak sepah, kotor?
Tau tak anak-anak yang makan sendiri sejak kecil, comot-comot tu pun sebenarnya sedang 'belajar'?

Bagilah anak-anak bermain. Kita yang dah besar ni pun suka kalau dapat main pasir pantai, main air, panjat wall climbing, ini kan anak-anak.

Masak dengan anak - bagi anak rasa tekstur makanan yang berbeza.
Main batu seremban - asah skill hand-eye coordination.
Permainan blocks - tingkatkan imaginasi anak.
Bagi anak koyak kertas - melatih kemahiran motor halus.
Read aloud, read aloud, READ ALOUD!


Bilal main Role Play jadi tukang masak

Sand Play - #throwback Jalan-jalan Terengganu je 

MESSY PLAY!

Bercucuk tanam, main tanah pun bagus juga untuk anak-anak.

Read Aloud!!
Membaca dengan kuat ni banyak faedah nya. Boleh buat satu post khas cerita pasal Read Aloud je nanti.


Dulu pun pernah tulis tentang kebaikan-kebaikan bermain semasa Messy Play di post lama (klik sini utk baca.)

Sebab tu Balqis dan Bilal memang suka kalau dapat pergi program-program di Open House Play Center - sebab dapat MAIN! Lagi-lagi kalau datang main messy play.

Ok mummy yang rindu bagi budak-budak ni ber-messy play sebenarnya. 

11 ulasan:

  1. Bermain ni memang penting. Mereka boleh rasa barang yang dipegang. Rasa tanah bercucuk tanam tu. Comot takpe. Biar mereka merasa. Sekarang ni gadget amat bahaya kan. Nasib baik anak dedua ni suka aktiviti. Senang nak ajak pi join larian ke, badminton ke. Hehe

    BalasPadam
  2. Seronoknya baca! Boleh yaya tambah ilmu baru untuk anak yaya juga. Lepas ni kena banyakkan lagi aktiviti dengan anak kita. Thank you for sharing

    BalasPadam
  3. Ya, kanak2 banyak belajar melalui bermain. Tambahan pula masa tu mmg sel-sel otak sangat aktif berhubung. Sbb tu dorg sangat aktif dan banyak tanya dalam fasa nie

    BalasPadam
  4. Piramid ni make sense sangat2.. even yang dewasa macam kita pun learn from experience dan akademik yang kita belajar sampai ke menara gading pun kadang2 hanya 10% jer yang boleh kita guna-pakai dalam "problem solving". Tue yang sistem pendidikan luar negara banyak menekankan konsep ini.

    BalasPadam
  5. sekarang ni leya pun tengah sibuk cari mainanan sensor untuk anak 2 tahun ni. yang fun La. tp mesti messy. aduiiuu nak berkemas pulak

    BalasPadam
  6. Mmg bermain sgt penting utk kanank. Ianya utk stimulasi dan pelbagai lagi

    BalasPadam
  7. Setuju sangat... memang dengan bermainlah anak-anak dapat develop skills mereka... kalau masa baby, motor skills and all kannnn, bila dah besar sikit, more to interaction towards each other... kiranya having fun while learning la gitu kannnn...

    BalasPadam
  8. Bagus! actually certain ways of playing can help in kids learning and development.

    BalasPadam
  9. Uish. First time ni cx dapat info macam ni. Ternyata ini ilmu baru juga. Bagus sangat. Macam ni rupanya piramid ntk bagi anak² belajar. Terima kasih sis share ilmu ni

    BalasPadam
  10. Nice sharing dear! thank u sebab saya pun dpt byk ilmu dr post ni! Insyaallahh nk try teknik read aloud tu pulak nnti dgn anak i!

    BalasPadam

09 10