Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh!
Dari kecil, lagu ni memang kerap dinyanyikan bila menjelang hari kebangsaan Malaysia. Sekarang, anak-anak pun dah hafal dah lagu ni.
31 Ogos 2023 yang lepas, mummy daddy bawa the Bees ke Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan acara Perbarisan dan Perarakan
Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Tahun ni, kali ke tiga kakak abang. Diorang dah tau dah akan ada perbarisan anggota badan beruniform dan perarakan kenderaan dan jentera-jentera, tu yang excited tu.