15 Januari 2024

Dolce Pinnacle Cafe, kafe terbaru di Iconic Point, Simpang Ampat, Penang

Hari tu kami sekeluarga ke satu cafe yang baru dibuka kat Iconic Point, Simpang Ampa, Dolce Pinnacle Cafe. Konsep cafe ini agak unik iaitu Italian-Asian fusion, gabungan citarasa Itali dengan Asia. Memang berbaloi kalau nak cuba sesuatu yang berbeza!

Lokasi cafe ini di Iconic Point, Simpang Ampat, betul-betul di tengah-tengah pekan, meletakkan kafe ini di antara kafe-kafe yang terkenal seperti Zus Coffee, Bask Bear Coffee, Secret Recipe dan juga kedai Family Mart. Parking di sini ada bayaran, tapi tidak lah terlalu tinggi bayarannya. Dolce Pinnacle ini terletak di tingkat atas. Tetapi jangan risau, ada elevator disediakan untuk ke tingkat atas.

Antara menu yang best-seller di sini ialah Beef Pepperoni Pizza. Serious, pizza dia memang terbaik! Cheesy sangat dan base dia lembut je, macam-macam rasa bergabung dalam satu gigitan.

09 10