27 Ogos 2011

Malam 7 likur


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 27 Aug '11, 12.18am MYT]


Masa kecik-kecik, start 10 malam terakhir puasa je, lepas berbuka kitorang mesti berebut nak pasang lampu pelita 7 likur. Sangkut pelita kat luar, nyalakan api terang rumah menjelang Syawal. Start pasang malam ke 10 akhir, pastu selang sehari sampai malam ke 3 akhir pasang straight sampai raya.
Lampu pelita kitorang bukan yg plastik yg boleh dibeli di mana-mana tau. Tapi special punya. Botol Brylcreem zaman dulu kala, zaman atuk muda mudi dulu. Botol tu botol kaca tutup besi. Atuk tebuk penutup tu untuk letak sumbu. Pelita ni la yg kitorang guna dari kecik2 dulu. At least yg ingat, sejak 20thn yg lepas. Usia sebenar pelita botol Brylcreem tu masih tak dapat dikenalpasti. :P
Btw, semua dah ready nak raya? Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10