Semalam ternampak satu screen shot Google Translate yang dikongsi oleh satu group yang agak banyak yang 'Like' kat Facebook. Gambar yang dikongsi tu pun tak kurang banyak jugak la yang 'like' dan komen.
Panas, kan?
And check this out. Some of the comments.
Ok, as much as I'm hurt and angry to see the word 'myQuran' which is supposed to be translated as 'Al-Quran ku' or 'Kitab ku', and instead Google Tranlate translated it as 'Syaithan', I just do not agree with some people who keep on blaming Google for this.
Memang sebagai seorang Muslim, marah tu ada. Geram, sakit hati semua pun ada lah. Tapi tak perlu kot nak emo lebih lebih atas fakta yang korang pun tak tau betul ke tak. Nak marah, biar marah pada orang/organisasi/tempat yang betul.
Kenapa salah kan Google seratus-peratus sebab Google tu Yahudi yang punya. Yakin ke memang Google buat translation macam tu? Cuba pikir, kalau betul Google nak translate kan macam tu, kenapa tak buat dekat semua bahasa? Kenapa buat kat Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu je? Dah cuba check perkataan MyQuran tu kalau translate pada bahasa lain? Spanish? French? Arabic? Chinese? Korean? Indonesian? Orang Yahudi, kalau betul betul nak jatuhkan or hina Islam, tak kan guna cara paling bodoh setakat tukar Google Translate tu la. Terrrrlalu banyak cara lain diorang boleh buat secara halus. Pemikiran bagi luas sikit, boleh?
Dan yang paling penting, korang tau tak yang perkataan kat Google Translate tu boleh ditukar kalau kita rasa tak sesuai. Contohnya kalau kita type sesuatu dalam English, tapi bila dia bagi translate kita rasa tak sesuai, so kita bukak kamus, jumpa perkataan yang lebih sesuai, kita boleh tukar supaya orang lain yang nak guna perkataan tu akan dapat terjemahan yang lebih baik. Ok, paham dah?
Berbalik pada gambar dan amukan mereka2 di komen tersebut, mungkin juga itu bukan kerja Google. Mungkin juga itu kerja mereka yang tak bertanggungjawab. Benda ni bukan baru, sebelum ni pun dah kecoh kat facebook and twitter pasal perkataan/nama lain yang dah di set-kan pelik2 je oleh mereka2 yang tak bertanggungjawab ni. Sebagai contoh...
Pastu nak contoh lain, ni lagi satu.
Tak cukup lagi contoh? Ni macam mana perkataan tu boleh ditukar.
Ok, now, are we clear adik-adik?
Good.
Komen yang 1st dari Cik F. Komen kedua dari admin page. Komen dari korang pulak?
So, anyways, terima kasih atas perhatian yang diberikan. Saya hanya memberikan pendapat.
Masa awal2 Google translate ni launch utk bahasa Malaysia dia ada mintak org tolong submit translation. So silap kita sendiri yg tak contribute dan kemungkinan besar yg contribute tu musuh dlm selimut kita sendiri. Apa guna Google nak buang masa buat keje tak ada faedah mcm ni? Byk lagi benda lain Google boleh buat.
BalasPadam