'Messy Play' atau sensory play adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka pelbagai cara belajar secara tidak langsung yang menyeronokkan.
'Messy Play' dapat membantu kanak-kanak dalam banyak cara, untuk bertenang, meluahkan perasaan mereka, bereksperimen dengan bahan-bahan yang berbeza, belajar tentang tekstur dan mengasahkan koordinasi mata-tangan atau melatih kemahiran menuang, mengukur dan mencampur.
Ia juga merupakan aktiviti membantu meningkatkan kemahiran sosial walaupun tidak terlalu bergantung pada kata-kata. Kanak-kanak boleh bermain bersama dan berkongsi hasil penemuan mereka dari 'Messy Play' tanpa perlu menjelaskan perkara-perkara tersebut secara lisan.
SO, hari tu Mummy bawak Balqis untuk join aktiviti Messy Play di Dr Nurhaya Lactation Centre. Seronok sangat Balqis bermain dengan semua "mess" yang ada. Harap dengan join dan melalukan aktiviti seperti ini, dapat lah membantu meningkatkan motor skill dia. Sebenarnya, salah satu sebab nak bawak dia sebab nak bagi dia bersosial sikit. "Social skill" pun penting untuk perkembangan anak-anak jugak.
Jom tengok video ni - sekitar aktiviti Messy Play di Dr Nurhaya Lactation Centre pada 1 Julai 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan