27 Februari 2019

Post Analisis TV Al-Hijrah Isu Doula: Prof Imelda vs Doula Hayati

Isu debat doula tak habis-habis lalu lagi kat timeline Facebook sampai hari ni.


Biasalah, masing-masing mesti backup pilihan masing-masing. Tak kira mana betul mana salah.


Team Prof Imelda: Bagus Prof. Kak Yatt tu kaki putar etc. Prof Imelda the best.


Team Doula: TV tak adil, patut pilih doula yg tak kontrovesi. Ada doula lain lebih layak mewakili doula-doula di Malaysia ni.




Here's what I think. (Saja nak jump onthe bandwagon comment pasal ni juga hehe)

For me, there must be some reasons why TV Al-Hijrah and the Analisis programme production team choose the so-called controversial Doula. One of it is because this Doula is the one who encourage unassisted home birth (if I'm not mistaken). If these Doula practice safe birth, assisted by certified and trained medical practitioner, the medical practitioner in Malaysia would not make a fuss about this.

Yes, if you did not know already, the doula in Malaysia is not registered and monitored by Kementerian kesihatan Malaysia. But there are doula who really do their job as "peneman ibu" when giving birth at the hospital. These ones are the better ones.

Honestly speaking, siapa taknak kan ditemankan oleh org yg boleh membantu kita dapat gentle birth, kan? Yg boleh ajar teknik pernafasan yg kita boleh lupa sbb cuak nak bersalin dah. Yg ingatkan kira cara-cara nak bersalin dgn tenang yg kita dah pergi belajar tu tapi semua lupa sebab tgh sakit.

Pengalaman bersalinkan Balqis (2014) yg kena vacuum tu je pun dah cukup menakutkan kalau diingat-ingat balik. Ini kan yg dah pernah czer kan, lagi sampai fobia nak bersalin lagi. I know, many of my friends cakap macam ni.

Balqis, 2014.

Sbb takut tu jugak la aku dapatkan ilmu sikit pasal gentle birth masa mengandung Bilal - yang diajar paling penting mind set dan teknik pernafasan. Dan dia tak suruh home birth pun. Dia cuma pesan, nak gentle birth mungkin ada certain doctor je nak layan. Haha. Nak belajar HypnoBirthing mahal sangat, tak mampu I. 😅

Anyway, masa nak lahirkan Bilal (2017) (yang ni takde blog post sbb musim hiatus berblogging haha) I am lucky to have a friend (a gentle birth teacher, you know who u are 😘) yg layan Whatsapp pukul 1 pagi masa layan surges. Ingatkan pasal mind set, jangan jerit, ingat bernafas dgn betul. Dan ada suami yg dapat teman dalam bilik bersalin. Ya, aku kumpul duit sendiri ye sbb nak sgt bersalin kat swasta sbb aku tau aku nak husband ada tapi taknak perabih duit suami. (Bukan memperlekeh taknak bersalin kat hospital awam. I know they have the best doctors. Cuma sbb tau hospital awam ada yg boleh teman, ada yang tak boleh.)


Anyway, kawan yg teman virtually dan suami yg teman depan mata, dua-dua sangat membantu dalam melahirkan Bilal. Alhamdulillah SVD, 3.85kg. Tak menjerit, tak 'push' nak bersalin, hanya tarik nafas, lepas. (And this is just basic gentle birth ok). Suami pun kata sgt beza, tenang sgt compare masa bersalin Balqis dulu. He said I look really calm and composed.

Padahal masa ni journey to girth birth tu lagi mendebarkan tau. Sebab surges start kuat masa kat rumah, ada Balqis pulak. Hantar Balqis ke rumah babysitter pukul 3.30 pagi. Nasib baik dia baik sangat boleh tengokkan Balqis. Pastu redah Jambatan kedua Pulau Pinang sebab hospital pilih yang kat seberang sana. Hahaha. Air ketuban pecah dalam kereta. Husband on emergency signal, langgar lampu merah sebab dah cuak. Hahaha. Sampai-sampai hospital tak sempat tukar baju ke masuk wad, terus masuk labour room.

And yet, still I got to maintain calm, Alhamdulillah. Yes, the power of gentle birth ilmu dan rezeki dipermudahkan bersalin. And sebab husband bukan jenis nervous terpekik terlolong. Dia pun maintain his coolness.

That is why I know, the presence of doula will be very good, lagi-lagi kalau jenis husband selalu tak ada, or takut nak tengok darah, or jenis kelam kabut bila wife start menjerit sakit lol!

Cuma. Please do it at the hospital, dipantau oleh yang pakar. Just... in case something goes wrong.

Bilal, 2017

And one thing I don't agree with some people is when they want a "true" natural birth that they relate everything to religion. Saying things like Allah dah jadikan perempuan tu boleh melahirkan secara semulajadi, no need all those interventions.

To me, ilmu yang pakar-pakar ni dapat pun, atas izin Allah. Allah yg buka mata dan minda diorang, ada sebabnya. Kalau Allah tak izinkan, pakar² ni pun tak kan dapat 'upgrade' bidang perubatan ni.

Sama lah Allah bagi ilmu kat engineer, sbb tu kita dapat naik kereta sekarang. Kalau Allah tak izinkan ilmu tu sampai kat manusia, kita naik kuda je la sampai ke hari ni. Pastu hantar lah surat je. Takde jugak la nak update blog macam ni. Kita tulis dalam journal dairi je la kan.

And again, you may agree to disagree. This is just my humble 2 cents. I bukan pakar pun bab ni.  ðŸ˜…


2014 vs 2017
Spot the difference. Hehe



P/s: Jangan tanya bila nak nombor 3. Hahhaa.

19 ulasan:

  1. Sis lebih percayakan doc dan bersalin di hospital. Kat hospital cukup alatan yg sepatutnya jika ada kecemasan. Tak payah nak dola2 ni..tarik je laki teman kan n lebih memberi kita semangat.

    BalasPadam
  2. Ok la ada laki boleh jadi doula dejat sebelah. Org yg kena cser mmg takdak chance nk berdoula douli ni. Apa pun keputusan doctor buat sama ada nak cser kita ka nk vacuum ka induce ka adalah yg terbaik masa tu utk selamatkan nyawa ibu dan baby....

    BalasPadam
  3. Ermmm...nak bagi pendapat LeYa belum diberi rezeki bersalin lagi. Tapi mengikut pengalaman saudara-mara, dan kawan-kawan katanya pun better doktor yang ada.. Entahlah... nanti LeYa ada rezeki dapat anak, maybe boleh bagi pendapat kot..hehe.. Apa-apa pun memang teringin nak merasai detik bersalin itu. Doakan LeYa ya

    BalasPadam
  4. Tengok jugak pasal Doula ni. Tak tau nak gelak or nak apa. Apa-apa pun better refer yang lebih pakar. Apa jadi lepas tu ketentuan Allah.

    BalasPadam
  5. Adui.. Memang tak pernah hbis lagi cerita pasal doula ni. Kalau saya lebih baik ke hospital dan biarkan diorang buat kerja mereka. Sebab doc pun dah terlatih. So, apa² pun, kita tak risau kan

    BalasPadam
  6. Bagi Murni tak salah nak gunakan Doula tapi kalau untuk anak pertama better bersalin dengan doc sebab kita xtahu lagi keadaan kita masa tu sbb laluan baby nak keluar belom ada. Takut jalan tak boleh buka dan baby boleh lemas..pengalaman murni sendr masa anak sulung pecah ketuban dah 12 jam jalan masih 4cm..kalau dah lama sgt baby boleh kena infection. Jadi doc induced utk cepatkan proses bersalin. Manakala anak no 2 Murni dah ada pengalaman dan dah tahu nak kawal pernafasan murni bersalin dengan mudah tanpa ubat dan tanpa luka..

    BalasPadam
  7. SA lebih percayakan doc dari org ke dua ni..baik doc swasta mahupun doc hosp awam...janji doc dan kay spital..zaman dulu ngan zaman sekarang x leh compare la..jauh beza..kalau keadaan bagus macam zaman dulu takpe..ni denagn pelbagai kuman ada kan...susah bukan pihak tu yg nak jawab..ada complications tolak spital gak...amenda kan...

    BalasPadam
  8. Semangatnya bby. 3kilo lebih.
    Bg kita, kita lebih pilih hospitl. Segala kemudahan dah ada disana.
    In case emergncy pun, mereka ada pakar.
    Mereka boleh terus bertindak.

    BalasPadam
  9. Masing-masing ada pendapat tersendirikan. Jadi yang tak bersetuju tu baik senyap je kan. Ikut keselesaan memasing juga nak macamana janji sepanjang mengandung dan hingga nak bersalin masih ada yang membantu :D Comel anak akak :D

    BalasPadam
  10. Apa yang saya faham ada dua jenis doula. Doula yang teman kan saja dan beri kata-kata semangat, bagi tunjuk ajar macam mana nak bernafas meneran dan macam mana nak jaga baby tu kiranya okay je. tak ada masalah. Yang jadi masalah bila doula yang suruh mak mak bersalin di rumah tanpa pantauan daripada doktor atau nurse. itu yang bahaya

    BalasPadam
  11. Kita baru tahu pasal Doula ni hehehe sebelum ni tak tahu pun tak pernah dengar hanya tahu pasal mak bidan kampung jer wakakaka. Tapi ia terpulang kepada kehendak ibu itu mana yang beliau lebih selesa dan rasa selamat..

    BalasPadam
  12. Kalau sy yg dah bersalin 7 kali mmg prefer hospital. Tapi mmg sy byk baca tentang gentle birth. And sy applied kat hospital yg sy bersalin. Doktor pun sebenarnya banyak yg bagus dan nak elak gunting2 kalau mmg xperlu

    BalasPadam
  13. memang hot sangat topik perbincangan ni.airah yang tunggu due date ni pulak rasa nervous bila orang sembang pasal cara beranak hahaha

    BalasPadam
  14. makin naik ranting al-hijrah lepas viral rancangan ni. bagus jugak ketengahkan isu ni supaya biar terbuka sikit minda masyarakat Malaysia ni. BBL lebih prefer isteri bersalin kat hospital senang apa-apa jadi ada doktor boleh terus tengokkan

    BalasPadam
  15. Setuju bersalin di Hospital bawah pemantauan Doktor tak semua orang situasi bersalinnya sama pengalaman saya 10 jam dalam LR pon dari awal tak dapat detect anak terbelit tali pusat... staff nurse paksa bersalinan normal. tu staff nurse mmg ada pengalaman pon tak tahu baby dah terbelit tali pusat memang tak boleh bersalin normal baby boleh hilang nyawa kalau paksa bersalin normal. Naseb Dr ambik kes dan buat operate jd bersalin Czer... cerita dia dekat sini setuju bersalin dekat hospita ramai pakar.. peneman sahaja tak cukup!

    BalasPadam
  16. To me..berbalik pada fitrah..bila sakit jumpe yang pakar, bila nak bersalin pun sama..rujuk pada yg pakar. Cukup la suami sebagai doula heheh

    BalasPadam
  17. Mmg tgh hangat isu doula douli ni kt fb...kdg2 mcm xterjangkau difikiran mmc mana doula ni boleh confident utk bwt benda ni...walhal dorang tau xde pengiktirafan oleh kementerian....bukalh minda...nk bersalin pegilah hospital...jgn bahayakan nyawa sendiri dan ank...

    BalasPadam
  18. Pandai tv Al Hijrah cari isuisu viral u tuk didebatkan. Banyak juga effect dari hal hal yang macam ni. Btw good topik untuk semua tahu.

    BalasPadam
  19. Pengalaman bersalin setiap ibu berbeza. Siapa sangka yang dah bersalin normal masa 1st baby, akan kena czer utk anak kedua. Kemudian anak ketiga twins dan czer again. Huhu. Well, semua ni kena persediaan mental dan fizikal. Manisnya beranak masa kali pertama, husband teman sampai dia lah Doula untuk ingatkan teknik pernafasan. Bila dah anak kedua. Letih ke check up monthly, sakit contraction pun rasa biasa. Ala mesti bini aku bersalin normal tu. Lepas tu bukaan takda. Okay saya nak balik mandi. Apa-apa mesej k. Walaupun isteri tu merelakan. Ofkoz dia nak suami teman. Tapi suami dah cam tu. Saya suggest kawan saya ambil Doula yang kat hospital. Sebab takmo mummy stress bertarung nyawa. Nurse pun busy. Doktor lagi la busy. Nak natural birth di hospital silalah upah Doula yang diiktiraf sahaja. Best tau!

    BalasPadam

09 10