15 Mei 2019

Tambang murah ke Seoul dengan Cathay Pacific

Hari tu duduk mengemas rumah, ternampak lah buku Little Pilot Logbook & Travelogue Diary Balqis ni dan photobook-photobook travel Balqis. Mummy pun belek punya belek. Sikit punya lama lah tak berjalan jauh rupanya. Kalau Balqis dulu umur 8 bulan dah start merasa naik kapal terbang (walaupun naik dari Penang turun Langkawi je haha), Bilal belum ada rezeki lagi nak bawak berjalan dengan aeroplane.


Lepas tu mula lah membayang-bayangkan, kalau la ada rezeki nak pergi jalan-jalan... nak pergi mana ya?



Di sebabkan Seoul merupakan kan salah satu tempat percutian yang sangat digemari oleh orang Malaysia, Mummy pun teringin nak pergi Seoul juga lah. Seoul memang dah lama ada dalam wishlist lah. Tapi belum ada rezeki lagi nak pergi sana. Sobs.

Seoul, Korea Selatan, yang terkenal dengan K-Popnya tu merupakan negara yang mengalami 4 musim. Sudah tentu lah Seoul menjanjikan keindahan semulajadi yang unik untuk percutian musim sejuk, musim bunga, musim panas mahupun musim luruh. Bermain salji yang putih gebu di musim sejuk, melihat bunga sakura di musim bunga, menikmati kawasan laut semasa musim panas sehinggalah kepada menikmati keindahan pokok bertukar warna merah jingga pada musim luruh.

Semuanya ada di Seoul! Memang ‘rambang mata’ bila nak berjalan-jalan di Seoul kan. Boleh jadi confuse musim mana yang nak pilih untuk melawat Seoul.

So sebab teringin sangat nak pergi Seoul walaupun tak tahu lah lagi bilanya, Mummy dah siap-siap buat list tempat menarik dan ikonik yang berada di sekitar Seoul untuk dilawati. Hehe.

Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia, kita ada KLCC dan KL Tower, kalau di Seoul pula adalah Namsan Tower! Katanya, dari ketinggian 236.7m tu boleh tengok panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa balik untuk family dan kawan-kawan.


 traveloka cathay pacific online booking promo seoul korea
Namsan Tower
(Source: koreatraveleasy.com)


 traveloka cathay pacific online booking promo seoul korea
MyeongDong
(Source: tripzilla.com)

Ok bagi korang yang ke Seoul dengan pasangan pula, jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.


 traveloka cathay pacific online booking promo seoul korea
Teddy Bear Museum
(Source: koreatour.com)

Best kan?

Pastu, dengan excitednya, Mummy dah siap-siap survey pasal flight ke Seoul. Confident tu kena ada. Survey dulu, pastu tunjuk kat Daddy dan minta anak-anak back up proposal Mummy. Ok kan? Haha.

 So, anyway, sebab dah lama juga tak travel oversea, banyak information outdated. tau-tau terjumpa yang ni. Tau tak, senang sangat tau boleh book online cheap flight to Seoul online je! Dengan Traveloka semua jadi senang je. Lagi-lagi kalau dah ada apps Traveloka dalam phone. Just few clicks je dah boleh booking flight to Seoul!


 traveloka cathay pacific online booking promo seoul korea

Tak tau Traveloka tu apa? isk. Traveloka adalah sebuah laman sesawang yang ditujukan khas terutamanya untuk pelancong luar dan dalam negara yang nak cari tiket kapal terbang dan juga hotel dengan mudah. Dengan menggunakan laman sesawang ini, bakal-bakal pelancong juga dapat memperoleh manfaat lain seperti untuk mendapatkan tawaran tiket kapal terbang yang termurah.

Apa yang perlu dibuat bila dah ada di web site Traveloka ni hanyalah memasukkan maklumat dalam kotak pencarian. Maklumat yang boleh dimasukkan adalah seperti destinasi tujuan, tarikh penerbangan dan juga bilangan penumpang. Lepas dah selesai masukkan semua maklumat dan tekan cari dan kemudian laman sesawang ini akan menyenaraikan harga tiket kapal terbang dari yang murah hinggalah yang mahal untuk pilihan anda.

Kalau dah download apps Traveloka di phone, lagi mudah sangat nak buat check tau!

And one more, good news! Cathay Pacific ada promo untuk penerbangan ke Seoul! Jangan lupa untuk ke Cathay Pacific online booking di Traveloka untuk dapatkan tambang murah untuk penerbangan yang premium untuk ke Seoul!


 traveloka cathay pacific online booking promo seoul korea

For your information, Cathay Pacific adalah sebuah syarikat penerbangan premium yang berpusat di Hong Kong. Cathay Pacific ada menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur untuk ke Seoul dengan transit di Hong Kong.

Bagi yang mahukan penerbangan yang selesa dan kemudahan yang baik, Cathay Pacific adalah pilihan yang tepat kerana Cathay Pacific menawarkan penerbangan dengan pesawat dan kemudahan bertaraf 5 bintang. Dengan tempat duduk yang luas dan kemudahan hiburan atas flight yang menarik, penerbangan yang lama akan terasa macam singkat je.

Seperti penerbangan premium yang lain, tempahan makanan boleh dibuat secara atas talian sekiranya nak request diet tertentu seperti vegetarian ataupun untuk makanan halal. Selain itu pramugara dan pramugari yang sangat ramah mesti membuatkan perjalanan lebih bermakna.

Semua kemudahan 5 bintang ni boleh nikmati dengan harga yang sangat berpatutan dengan Traveloka! Tak perlu nak fikir tentang berat beg, tak perlu nak buat tempahan asing untuk makan dan minum di atas flight dan yang paling penting perjalanan selama 7 ke 8 jam tu tak akan jadi bosan dengan hiburan atas flight yang sangat menarik.

Menarik, kan?

So, macam mana? Patut tak Mummy siapkan kertas kerja dan bentangkan kat Daddy (on behalf of the Bees, kononnya) hahaha!

17 ulasan:

  1. semua tempat di korea memang best-best. especially myeong dong tuh. ermm kene kumpul duit banyak lagi ni untuk pi kesemua tempat kan

    BalasPadam
  2. Seoul memang best! I pergi dulu masa winter, teringin nak rasa pergi masa musim autumn pulak. Nak survey harga gak lah, kot tengah promosi ni ada yg sesuai bajet kan

    BalasPadam
  3. rindunya nak travel ke seoul lagi...bagus jugak yer ada option flight ke sana ...kalau tak asik dengan AA jer sebab tahu yang itu...mayb e nest trip boleh naik Cathay pacific...mana tahu perkhidmatan lagi superb

    BalasPadam
  4. Wow bestnya dapat pergi Korea dengan tambang murah dari Trivaloka ni hehehehe kita pun ada juga tengok website ni memang boleh berjimat nak terbang mana-mana. Korea satu destinasi pilihan juga hehehehe..

    BalasPadam
  5. tak pernah cuba lagi flight Cathay pacific,mungkin next trip boleh cuba

    BalasPadam
  6. Pernah ke seoul tapi naik fight lain. Kalau murah macam ni boleh le le Seoul lagi. Nak survey lah Treveloka nanti

    BalasPadam
  7. agak dah, mesti guna traveloka kalau nak dapatkan tawaran yang berbaloi dan menjimatkan. memang selalu survey harga tiekt or hotel dekat traveloka. lepas nie boleh lah fly ke seoul menggunakan cathay pacific. 5 bintang tu !

    BalasPadam
  8. Seoul memang best, antara negara yang fokus untuk tourism. Namsan Tower tu memang tempat wajib pergi nak pulak banyak drama shooting dekat situ

    BalasPadam
  9. Alaaa.. sama la. dah lama teringin nak pi seoul. Bila la dapat jejak kaki ke sana. Tapi kan memang betul traveloka ni selalu tawar pakej yg berbaloi. Tapi kena rajin usha la.. takut termiss kannn

    BalasPadam
  10. Bestnya.. . Belum pernah sampai korea. Tengok pakej tu memang menarik berbaloi. Bila laaa tabung ni nak penuh. Huhuu

    BalasPadam
  11. my wishlist pun korea tau.. teringin nak rasa time spring sbb nak tgk bunga-bunga kat sana. dan nak pergi jeju island. boleh la survey dekat traveloka untuk tgk harga tiket yang murah.

    BalasPadam
  12. Bestnya dapat jalan² ke negara orang. Lagi² jiran² terdekat dengan Malaysia. Dapat pula guna apps yang sangat membantu ntk travel. Memang berbaloi!

    BalasPadam
  13. Alaaa bestnya pergi korea. Teringin jugak, tapi buat masa sekarang simpanan yg ada focus untuk benda lain dulu.

    BalasPadam
  14. Wah, best yer! Thanks sharing tips ni. Mana tahu next year cukup budget nak holiday ke Korea pula

    BalasPadam
  15. Tak pernah smp Seoul.. Teringin jugak nak pi ke sana... Best kalau dpt pi

    BalasPadam
  16. Jom ke Korea musim luruh 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Seoul! Promosi valid sehingga 30/11/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    BalasPadam

09 10