4 Jul 2019

Ruang kerja menarik di The Venture co-working space, Tanjung Tokong, Penang

Bekerja dengan permandangan laut yang saujana mata memandang? Mesti lah nak, kan! The Venture co-working space yang terletak di Tanjung Point merupakan ruang bekerja yang pertama dengan pemandangan laut di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.


The Venture menawarkan pelbagai pakej menarik untuk memenuhi keperluan anda, termasuk 'digital nomads' pada harga RM 20 sehari dan pas pelajar pada hanya RM15 sehari, dengan akses internet berkelajuan tinggi, kopi, teh & snek dan utiliti percuma.


Perkhidmatan lain menawarkan alamat perniagaan, pengendalian mel, pencetakan dan pengimbasan. The Venture juga menyediakan ruang untuk mesyuarat dan ruang acara.


The Venture Coworking Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

Bagi mereka yang bergelar entrepreneur, freelancers atau syarikat-syarikat kecil baru yang sedang pesat berkembang yang belum mempunyai pejabat sendiri, The Venture co-working space memang menjadi pilihan yang bijak. Selain dari pemandangan laut yang menenangkan, The Venture yang membawakan konsep kolaborasi ini akan menjadi pusat yang dapat membantu golongan entrepreneur dan freelancers ini saling berhubung antara satu sama lain, membina ikatan baru dan berkongsi kreativiti dikalangan komuniti ini.

Pelbagai pakej menarik ditawarkan di The Venture iaitu Open Hot Desk, Dedicated Desk, Private Office, Day Pass, Student Pass dan Virtual Office.

Open Hot Desk dan Dedicated Hot Desk adalah tawaran yang berbaloi bagi individu yang perlu menggunakan co-working space ini untuk masa yang agak panjang dan waktu bekerja yang lebih dari 10 hari sebulan. Pakej ini ditawarkan dengan harga RM288 sebulan dan RM388 sebulan. Dengan pakej-pakej ini juga, pelanggan akan mendapat servis cetak dan imbas percuma.

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

Private Office mungkin menjadi pilihan yang bijak bagi syarikat yang baru ingin mula menapak dalam dunia perniagaan dan memerlukan ruang tersendiri. Terdapat 7 bilik yang disediakan untuk ruang pejabat peribadi ini. Harga adalah daripada RM1488 hingga RM2388 bergantung kepada jenis bilik. Pelanggan bagi pakej ini akan mendapat akses 24 jam sehari selain servis-servis yang lain.

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

Bagi yang mungkin hanya memerlukan ruang kerja bagi beberapa hari sebulan atau atau tidak tetap, pakej Day Pass pada hanya RM30 sehari juga disediakan. Pelajar pula boleh menggunakan ruang bekerja ini dengan hanya RM15 sehari!

Antara servis menarik yang ditawarkan oleh The Venture adalah alamat perniagaan dan pengendalian surat-menyurat. Servis ini penting bagi syarikat yang baru menapak dan memerlukan alamat perniagaan yang nampak profesional, bukan guna alamat rumah sendiri, ok! Servis ni ditawarkan bagi pakej Dedicated Hot Desk, Private Office dan Virtual Office.

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang
Best sangat buat kerja menghadap laut ni!

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang
Bila penat berfikir pasal kerja atau belajar, boleh lah minum kopi percuma yang disediakan di sini. Ada snek percuma juga tau!


Selain ruang bekerja, The Venture juga ada menyediakan ruang untuk mesyuarat dan event.

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang
Ruang mesyuarat kecil

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang
Ruang menyuarat yang lengkap dengan projector dan white board

The Venture Coworking Event Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang
Ruang acara yang besar untuk pelbagai jenis acara, juga dilengkapi dengan projector, white board dan sistem AV built-in. Harga bermula dari RM138 untuk jam pertama dan RM88 untuk jam-jam selanjutnya.


Menarik kan?

Kalau ada blogger yang rasa bosan nak menulis blog kat rumah, boleh lah try bekerja dari co-working space macam The Venture ni. Mana tau dapat kenal-kenal entrepreneur lain dan dapat bekerjasama ke.

Lagi pun sekali sekala tukar enviroment untuk bekerja ni bagus juga untuk membuka minda. Hehe.

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh lawati website The Venture: https://www.theventure.com.my atau Facebook The Venture.

12 ulasan:

  1. Ada juga konsep macam ni kat Bangi. Tapi apa yang menarik mengadap pantai?. Wow cantik sungguh permandangan macam ni. Bila dah letih2 tu pandang ke luar untuk menikmati keindahan alam.

    BalasPadam
  2. Bestnya tempat ni..nyaman,segar dan selesa sangat tengok tempat The Venture ni.kalau nak rest tension pun,memang terbaiklah.

    BalasPadam
  3. Menarik! Dalam satu ruang ada pelbagai vendor. Boleh la bisik2 tanya orang sebelah jual apa. Cuma ni dalam bentuk moden. Pakai laptop je. Freelancer la katakan. Tak perlu susah fikir hal deko atau pekerja. Good idea sangat

    BalasPadam
  4. Yaaa.. Bangi ada juga. But not spacious and ada view cantik mcm ni. Bestnya la duduk mencurahkan ideakan.. Harga pun berpatutan

    BalasPadam
  5. I love the environment like this. Look comfy and great for work space. The view pun menarik. Nak start office senang je sekarang.

    BalasPadam
  6. wahhh sangat menarik! sekarang banyak yang buka bisnes macam ni. tawarkan tempat untuk bekerja dan sebagainya. harga yang diberi juga agak berpatutan. tapi jauh sangatlah pulak. apa2pun terima kasih share :)

    BalasPadam
  7. Sekarang ni konsep pejabat sewa macam ni sangat popular kerana banyak orang buat business secara online sahaja tidak perlu premis yang tetap nak sewa mahal. Bila ada tempat macam ni ada internet mudah lah...

    BalasPadam
  8. Meanariklah konsep dia...kalau marsha boleh blogging kat sini bestnya!! Banyak idea mari....hihi. Paling best mengadap laut tu....nice nice very nice

    BalasPadam
  9. Sekarang makin banyak ya ruang kerja macam nie disediakan. Dekat KL dah beberapa sy jumpa. Xsangka dekat penang pon dirg ada buat. Best buat kerja dekat ruang kerja mcm nie sbb tenang dan wifi laju. Hihi

    BalasPadam
  10. Bagusnya ada ruang bekerja macam ni. Kalau nak buat meeting ke, jemu suasana selalu di tempat kerja, boleh la sewa kat sini kan. Terasa semangat sikit. Harga sewaan pun okay.

    BalasPadam
  11. best pulak konsep sewa working space macam ni..lagi best dan wow view menghadap laut tu..kalau dekat confirm ciktom pergi update blog kat sana..mesti idea mencurah2 ni..harga sewa pun berpatutan sgt.

    BalasPadam
  12. Saya suka dengan konsep working place ini terutamanya dia Nampak cantik dan menarik untuk kita buat kerja. Suasana yang baik dan selesa akan membuat otak kita lebih focus. Saya ingin tanya kat sana ada carpet? Because carpet actually helps in sound absorption and I would like it if they have carpet cleaning performed everyday so maintain the cleanliness. Thank you for sharing of this new work place to us.

    BalasPadam

09 10