22 Sep 2020

Mainan sensori dengan pasir (Construction themed sand sensory play)

Masa plan last minit nak buat makan-makan untuk birthday Bilal baru-baru ni, sebenarnya plan nak buat small scale messy play di Open House Play Center, sebab dah lama sangat tak buat messy play sejak pandemik melanda.

Tapi sebab hujan yang tak menentu pagi petang sejak seminggu dua, terpaksa batalkan niat. Takut pulak tgh messy play hujan tiba-tiba, kesian tetamu pulak. Jadi plan tukar buat makan-makan sikit kat rumah je. 

Tapi sebab Mummy yang dah teringat-ingat nak bagi Bilal and Balqis main, jadi Mummy terus ajak Daddy set up small sensory play sections at home.

Dan sebab Bilal is so into construction trucks and sort that we have to hafal all the vehicles name (ppfftt!) we made a sensory play section of sand play with construction theme!


Tapi tak sempat ambik gambar set up, dah selamat kena terjah. LOL. But I'm glad that we made the sensory play cos we know Bilal had so much fun playing! Sampai taknak masuk potong kek nangis-nangis LOl!

And Balqis mentioned that the highlight of the day that she enjoyed the most is the sand play! Yeayyy!


Kenapa nak bagi anak main pasir? Anak-anak belajar menerusi bermain, dan main pasir pun tiada bezanya.

Sebab main pasir (sand play) adalah salah satu cara bermain yang membolehkan anak merasa tekstur, explore, membuat bentuk dan lain-lain lagi. 

Antara manfaat dan kemahiran yang dapat kanak-kanak kembangkan dan praktikkan dengan bermain dengan pasir :

  • Perkembangan kemahiran motor halus
  • Koordinasi tangan dan mata - melihat dan melakukan dan menyelaraskan perbuatan mereka
  • Menggalakkan kreativiti dan imaginasi - menggunakan pasir basah untuk membentuk pasir menjadi bentuk dan objek yang berbeza, menggunakan pasir untuk membuat bentuk-bentuk
  • Kemahiran sensori- pengembangan deria sentuhan melalui sentuhan dan memanipulasi objek dan membentuk pasir. Cuba pelbagai jenis pasir; pasir kering, pasir basah, pasir bulan, busa pasir, dll.
  • Kemahiran sosial - kanak-kanak menyukai pasir sehingga mewujudkan tempat berkumpul yang hebat yang mendorong anak-anak untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi, menjadi kreatif dan menyaksikan kanak-kanak lain menjadi kreatif
  • Perkembangan bahasa - bermain dengan pasir adalah aktiviti sosial yang memerlukan bercakap dan mendengar, yang membantu mengembangkan perbendaharaan kata
  • Mengatasi cabaran - penyelesaian masalah

And just because it is fun!





Kalau anak-anak bawah 3 tahun atau yg masih suka masukkan benda dalam mulut, boleh la cuba DIY sand play guna tepung, serbuk koko dan lain2, banyak resipi 'pasir' kat Google.

Tapi sebab Bilal dah 3 tahun, dan dah tak masukkan objek-objek ke dalam mulut dan anak-anak yg kami ajak datang pun dah besar-besar, kami gunakan pasir betul. 

Campuran jenis pasir dan batu berbeza  memberikan tesktur berbeza untuk anak-anak belajar. 

Thank you mommies yang datang dan bagi anak-anak main sekali. Hope they enjoy the sand play.


P/S: Impian nak buat messy play for birthday masih ada. Semoga dapat realisasikan satu hari nanti.

18 ulasan:

  1. Saya ada juga bg anak main Magnetic Sands. Memang seronok la mereka. Tapi, nak mengemas dan membersihkan mereka memang ambil masa. Ini diantara permainan yang mereka enjoy sangat-sangat. So, saya pun layan aje. Takpelah mak membersih lama sikit. Asalkan anak happy.

    BalasPadam
  2. hahha cute jer tak nak msk potong kek.. tapi masa tu mama menyinga dak? hahahha... udah ralit pulak dia main. tapi magnetic sands ni mmg baguih.. utk balance kan balik kalau anak anak selalu pegang gadget

    BalasPadam
  3. budak-budak suka la main benda macam ni even nampak macam buat sepah tapi actually diorang tengah explore hahaha

    BalasPadam
  4. aktiviti macam ni bagus untuk anak-anak. tapi mak2 zaman sekarang lagi suka anak diorang main phone. geram bila tengok budak2 melekat dengan phone sampai tak nak bergaul dengan orang lain.

    BalasPadam
  5. klu jenis rumah bawah boleh main ni ,sbb senang nak mengemas, tapi utk rumah ats susah sikit la, tapi bgos main ni dari anak2 main gadjet kan...

    BalasPadam
  6. Nak main ni mmg kena extra supervision. Nnt sibuk dgm sorg, yg had sorg buat keje lain makan ke apa.. Hahhaha tapi mmg best aktiviti mcmni dgn anak2

    BalasPadam
  7. Nampak riah muka anak-anak akak semua seronok bermain mainan dengan pasir. Ia di usia muda kena ada pendedahan tentang alam sekitar. hehe. Terbaik kak :)

    BalasPadam
  8. bestnya main dengan kawan-kawan. sambil main sambil improve motor skills. lepas main ni mommies kena belek tangan dengan kuku la ek takut melekat.

    BalasPadam
  9. yesss.. bagus bagi budak2 main pasir, kalau jenis geli2 tu maybe ada problem dengan sensory motor. better bagu main pasir dari gadget kan. pemerhatian saya kanak2 yang expose gadjet ni kuat tantrum huhu

    BalasPadam
  10. Bagus bila kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti sebegini untuk merangsang pertumbuhan sihat.. Kids at this age should keep explore!

    BalasPadam
  11. Tengok mainan ni, terus teringat anak sedara yang dah kematian Ayahnya tu..dia paling pelik sorang tu, sebab suka benda kenderaan yang jenis kontraktor gini..kalau lori sampah datang pun, maknya kata berlari ke luar nak nengok semua hahahahah

    BalasPadam
  12. Memang bagus bagi anak-anak main permainan macam ni untuk gerakkan sensory motor diorang. Thank you share manfaat dia

    BalasPadam
  13. I like the Construction themed sand sensory play. Good for the kids to play and build their sensory yay

    BalasPadam
  14. nak jadi juga pasir macam ni..bagus utk anak2 eksplore..apatah time pkp ni kita tak berpeluang untuk keluar dari rumah hehe

    BalasPadam
  15. Ye tak ye jugak kan.. dulu zaman kita semua main pasir, tanah, lumpur. SEbab tu sekarang ada macam-macam produk nak bagi anak-anak belajar dan explore semula bermain dengan pasir.

    BalasPadam
  16. Sensory play ni memang bagus untuk anak. Iza teringin jugak nak buat main pasir macam ni belim dapat2 lagi nak buat.

    BalasPadam
  17. Kids will always love stimulating play time right? This sand play will certainly be a favourite for a lot of kids. Good to see them enjoying themselves.

    BalasPadam

09 10