Seperti kebiasaanya, bila masuk bulan Ramadan, kita dpaat lihat sana sini akan ada promosi bufet Ramadan. Setiapnya cuba yang terbaik untuk menyajikan menu santapan yang berbeza yang dapat menarik umat Islam yang berpuasa untuk berbuka puasa, atau juga mereka yang datang untuk makan malam bersama keluarga dan rakan taulan.
Apa yang menarik pada Bufet Ramdan yang disediakan oleh The Light Hotel Penang kali ini adalah barisan menu yang dihidangkan yang jarang dijumpai di tempat lain iaitu masakan Maghribi, selain juadah tradisi melayu, Cina dan India dengan tema Ramadan tahun ini, Santapan Warisan Melayu dan Tabaq al Maghribi.
Lobi hotel juga dihias indah dengan decorasi bertema kan gaya Maghribi.
09
10