21 Jun 2022

Pameran Stories + Art = Picture Books di GMBB Kuala Lumpur oleh Museum of Picture Book Art

Setelah lama nak melawat Museum of Picture Book Art yang terletak di GMBB Kuala Lumpur, akhirnya minggu lepas dapat slot in masa sekejap untuk singgah. Itu pun kebetulan dapat tahu ada pameran picture books yang dianjurkan oleh Museum of Picture Book Art yang diberi nama Stories + Art = Picture Books.

Salah satu sebab nak melawat pameran Stories + Art = Picture Books sebab nampak Kak Emila Yusof post yang dia akan ada pameran solo. Kak Emila salah seorang dari pelukis kegemaran Balqis. (dan Mummy hahaha!)


The wall of alphabet

Dah kenal Kak Emila Yusof ni dari zaman blogging muda remaja dulu. Dulu siap beli ilustrasi pengantin dari Kak Emila untuk buat kad kahwin, masa tu tahun 2012. Ada menang macam-macam giveaway dari blog Kak Emila, ada buku yang menang tak pernah guna dulu. Buku art & craft kanak-kanak. Lepas dapat anak baru mula guna.

Jadi hari Sabtu hari tu, saja lah bawa budak-budak ni ke GMBB KL ni. Sebenarnya tak tahu pun apa aktiviti yang ada atau siapa yang ada sebab tak ada update di media sosial.

Tapi Alhamdulillah rezeki Balqis dapat jumpa dengan Kak Emila Yusof. Malu-malu konon tapi bila balik tu sebut seronok dapat jumpa akhirnya. Sebelum-sebelum ni dia pernah merajuk sebab Mummy pernah jumpa Kak Emila masa Kak Emila datang Penang dulu. Ni masa zaman belum ada Balqis lagi.



The Bess with little Dina. 

Pameran Stories + Art = Picture Books ni dianjurkan untuk meraikan cerita dan seni dalam buku bergambar, dari 18 Jun hingga 17 Julai di Aras 3A GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur. Pameran yang dianjurkan oleh Museum of Picture Book Art ni mengumpulkan 20 artis dan ilustrator Malaysia mengambil bahagian dengan unit individu mereka sendiri atau pameran berkumpulan.

Antara yang ada di pameran atau festival ni adalah pameran seni, sesi bersama pengarang dan pelukis, bengkel-bengkel dan aktiviti untuk kanak-kanak.


Koleksi buku bergambar yang menarik!

Cubaan menge-paw Mummy Daddy art supplies... semestinya tidak berjaya hahaha!

Backdrop tema "Under The Sea" di booth illustrator Nor Azhar Ishak



Storybook-making process at Wizard Within booth. They have very awesome customizable story books for children. Do check them out --> https://wizardwithin.com/




Bilal playing game with Nenek at Artzland booth!

Kalau minat buku bergambar, sila lah melawat pameran ni. Lagi-lagi kalau mak-mak yang suka belikan anak-anak buku bergambar tu. Dah la banyak pilihan. Buku-buku pun yang elok disusun atur, sesuai dengan anak yang dari peringkat mula belajar membaca. Banyak juga buku yang ada maksud dan pedoman, yang sesuai dijadikan buku untuk aktiviti read aloud dengan anak-anak. Yang paling best, kebanyakan buku bergambar yang ada kat sini, adalah hasil seni anak tempatan. :D

Story + Art = Picture Books 
Level 3A, GMBB Jalan Robertson, Kuala Lumpur
18 Jun - 17 Julai 2022
Free admission



5 ulasan:

  1. Kalau Rawlins zaman kanak-kanak dapat hadir ke sini, memang bahagia betul sebab dulu suka bercerita. Hehe

    BalasPadam
  2. menarik anak-anak mesti excited sebab lakukan aktiviti yg diaorang suka

    BalasPadam
  3. Lama tak pi muzium pameran macam ni, bila takde anak kecik, memang takde sapa nak melayan.. seronok anak-anak kan...

    BalasPadam
  4. seronoknya bila ada aktiviti macam ni. kalau kanak2 memang sukalah sebab mereka minat benda-benda macam ni. :)

    BalasPadam

09 10